Sebenarnya niat untuk menceriakan laman rumah nie dah lama ada...Tapi asyik tertangguh jer sebab Mr. Hubby agak buzy lately nie mengerjakan ikan-ikan siakap di kolam Gelang Patah...Huhuhu...Dek kerana dah tak tahan tengok laman rumah yang sungguh dull & sangat bosan tu, akhirnya kami tekad ker KipMart Tampoi Ahad lepas...Acara memborong pokok, pasu dan segala peralatan untuk menceriakan laman rumah telah dilaksanakan dengan mengorbankan wang tunai berjumlah RM120.00 okey...
Niat untuk berjalan-jalan ke Tanjung Piai terbatal pada hari tersebut memandangkan kos perjalanan dan makan minum untuk ke sana telah digunakan di Nursery KipMart Tampoi...Hahahaha...Next time jer la kita pergi yer kata Mr. Hubby...So berbalik kepada citer menceriakan laman rumah tadi yer...Actually Lynn nie tak la pandai dalam hal-hal landskap nie...Tapi my beloved Mr. Hubby ada la study pasal landskap waktu belajar kat Institut Pertanian Ayer Hitam...Jadi kali nie dia praktikkan la apa yang dia belajar tu...
Untuk permulaan, kitorang tak beli banyak pokok pun...Rak untuk letak pasu pun beli satu jer...Pasu kitorang just beli 6 biji jer...Erm, dan hasil dari pembelian tu maka jadi lah ini....
Okey la tu dari tak der langsung pokok kat rumah kitorang kan...
Mr. Hubby tengah siramkan air kat pokok2 kami...
Tengah mengatur kedudukan pasu-pasu...
Fokus sungguh sampai suruh posing pun x nak...
Lynn suka pokok yang paling besar sekali tu...Entah apa la nama pokok tu...Huhuhu...
Mama jangan kacau Qis la...Qis nak tolong Papa nie...
Main-main jer Lovely Qistina nie...
Tengok tu...Sajer jer buat Mama & Papa dia hangin...
Tu entah nak buat apa la tu...Huhuhu...Anakku...
Aktiviti ini akan berterusan dari hari ke hari...Percayalah daripada pokok-pokok yang ada nie, kitorang akan memperluaskan lagi keceriaan di laman rumah kitorang...Hehehe...So kalau korang ada cadangan nak bagi tolong la komen yer...Mana tahu ada di antara korang yang super duper mahir dalam hal-hal bercucuk tanam nie...Hehehehe...Adios...