February 27, 2022

Nak Murah Rezeki... Jaga Hati...

Rupanya nak rezeki laju hanya jaga hati. Bagaimana tu?

Nak jaga hati ni meliputi banyak aspek. Bukan setakat kita kena jaga hati orang je. Hati sendiri lebih lagi kena jaga. Sebab semakin bersih hati semakin mudah hidup kita.

Orang yang hatinya bersih jiwanya kaya. Apa yang saya lihat orang yang kaya jiwa ni rezekinya tak pernah surut. Macam ustaz tempat saya mengaji walau dia cacat anggota. Dia tak seperti orang lain yang cukup anggota boleh kerja sana sini. Boleh ceramah sana sini. Namun rezekinya sangat lancar. Dia gunakan kelebihan yang ada untuk memberi manfaat pada orang ramai.

Padahal dia tak bekerja makan gaji pun. Rutin dia setiap hari hanya mengajar orang mengaji, dan ajar ilmu tauhid dll. 

Ini contoh yang paling dekat dengan saya. Kita ni yang cukup anggota masih tak tahu bersyukur. Masih tak rajin untuk berusaha. Masih tak mahu berubah. 

Rezeki datang laju apabila kita mula kaya jiwa. Orang kaya jiwa tak pernah hidupnya merasa tidak cukup. Dia sentiasa rasa kaya. Orang lain pula berlumba lumba nak bagi dia duit dan harta. 

Nak kaya jiwa kita perlu bentuk diri bermula dari hati. Kena latih diri setiap hari. 


Bawah ni antara sikap orang kaya jiwa : 

+ Suka buat dan melihat kebaikan. Suka baca al quran. Suka majlis ilmu. 
+ Suka senangkan orang lain walaupun dirinya punyai pelbagai masalah. 
+ Tidak terbawa bawa emosi dan masalahnya hingga menyakiti orang lain. 
+ Mampu sembunyikan kesusahan dirinya agar dapat menjaga hati orang lain. 
+ Orang kaya jiwa perihatin terhadap orang lain. Pentingkan orang lain lebih dari dirinya.

Nabi muhammad saw adalah contoh orang kaya jiwa. (Selawat)

Kesimpulannya, orang kaya jiwa ni orang yang bersyukur dan suka memberi kebaikan kepada orang lain.

Kredit: Siti Rohani

3 comments:

norhidana said...

terima kasih atas perkongsian...

Azhafizah MN said...

Terima kasih untuk perkongsian ni.
Semoga kita sentiasa jadi manusia yang bersyukur dan memberikan kebaikan pada orang lain.

Sidratul Muntaha said...

salam singgah
terima kasih atas perkongsian ye

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...