Assalamualaikum
4 September yang lepas...Kak Yong dan Mr Hubby bertugas di Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Negeri Johor...Tahun 2014 nie PPNJ buat AGM meeting kat Berjaya Waterfront Hotel...Ala...Dulu nama hotel nie The Zon...Yang kat Stulang tu...Ingat tak? Ingat tak?
Kitorang bertugas sebagai Penolong Penyelia Pemilihan...PPNJ ada sediakan penginapan tapi tak plak terfikir nak tidur kat hotel sebab bukan jauh sangat pun jarak di antara rumah dan hotel...Jadi just stay kat rumah jer dan gerak awal pagi ke Berjaya Waterfront Hotel tu pada pagi 4 September...
Dalam fikiran dah tentu nanti tak kan sempat nak gie breakfast atau minum minum...Jadi kitorang decide untuk sarapan dulu di luar hotel dan tepat jam 8.45 pagi dah berada di dalam Grand Ballroom...
Grand Ballroom nie memang besar...Kat Grand Ballroom nie juga diorang buat dinner majlis perasmian...Majlis Perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Johor...Tahun nie siap panggil artis jemputan Rohana Jalil...Gempak...
Sebelum bertugas sempat Kak Yong bergambar dengan Kak Ina pemilik blog Azlina Azis ni...Dan bergambar juga dengan Gee...Tak nampak macam ibu mengandung kan Kak Yong dalam gambar nie...Hihihihih...Suka betul Kak Yong tengok gambar nie...Nampak slim sekejap...
Yang belah kanan ni Mr Boss Kak Yong...Pengarah LPP Negeri Johor...Yang sebelah kiri tu pulak Eksekutif Cawangan Urusan Pendaftar LPP Negeri Johor...Memangku Ketua Cawangan Urusan Pendaftar LPP Johor...
Time bertugas memang tak sempat nak amek gambar pun...Kalau ada pun sure gambar tu kat staff PPNJ...Kak Yong bertugas untuk semak pendaftaran perwakilan sebelum buat pemilihan melalui sistem E-Undi...Jadi Kak Yong memang tak bergerak mana mana arr...Duduk jer kat meja semakan pendaftaran tu...Sakit pinggang Kak Yong sebab tak bergerak ke mana mana 2 jam tu...Hahahaha...
Mr Hubby plak kena bertugas jaga 3 petak undi...Kena bantu para perwakilan kalau diorang tak tahu menggunakan peralatan seperti mouse dan keyboard...Tapi dilarang sama sekali untuk membantu para perwakilan mengundi...Undi adalah RAHSIA...Macam pilihanraya setiap 5 tahun sekali tu...Jadi tak sempat ler nak amek gambar dengan Mr. Hubby...Pandang pandang jeling jeling jer...
Lepas jer selesai sesi pemilihan melalui E-Undi para petugas dibenarkan untuk pergi makan tengahari...Haaaaa...Disebabkan dah lapar sangat tak sempat pun amek gambar lauk pauk bagai...Kak Yong sempat amek gambar pinggan selepas makan jer...Kuikuikui...
Kak Yong suka betul makan Daging Masak Kicap yang pihak hotel sediakan...Kena dengan tekak Kak Yong hari tu...Ni full menu yang disediakan hotel...Bubur Cha Cha pun best juga sebab tak manis sangat...
Selesai jer makan Kak Yong terus masuk balik Grand Ballroom...Time tu Mesyuarat Agung PPNJ dah nak selesai... Ahli Jemaah Pengarah PPNJ masih lagi AJP penggal yang lama...Tahniah diucapkan untuk yang berjaya...Insyaallah kalau diberi peluang lagi, Kak Yong nak bertugas di Mesyuarat Agung PPNJ dua tahun akan datang...Sebab time bertugas sebagai Penolong Penyelia Pemilihan nie, Kak Yong berpeluang untuk berjumpa dengan para perwakilan PPK...Jangan tak sangka tau...Sebab ada yang satu kampung dengan Kak Yong di Kg Sungai Suloh, Batu Pahat dan Kg Lukut, Kota Tinggi... Sempat bertanya khabar...Hihihi...
Next entry Kak Yong up cerita tentang Outing Birthday Kak Yong bersama keluarga tersayang yer...Nanti leh la korang tahu apa hadiah hari jadi Kak Yong tahun nie...Nantikan next entry Kak Yong yer...Take care semua...
2 comments:
nak tengok gambar makanan nanti singgah blog Mokcik hokey....tapi N3nya lom sempat hahaha
kak azlina azis : hahahahah...harusss singgah...cepat sket update...
Post a Comment