August 19, 2013

Ceritera Weekend Lepas

Assalamualaikum dan salam 12 Syawal...Macam mana dengan weekend korang? Seronok berjalan raya? Atau korang sibuk nak duk balik rumah masing-masing setelah sekian lama bercuti sakan di kampung? Yang mana baru naik kerja hari nie mesti korang semua duk bermalas-malasan pagi tadi bila nak bangun tido kan...Hehehehehe...

Weekend lepas sepatutnya kami sekeluarga beraya di Kota Tinggi...Tapi rezeki nak menjengah makcik dan saudara mara yang ada kat Kg Lukut, Petrijaya dan Bandar Kota Tinggi tak kesampaian...Hari Jumaat lepas nenek saya dimasukkan ke wad...Gara-gara sesak nafas dan denyutan jantung yang tak stabil...Risau plak mendengarnya...Habis semua orang saya telefon maklumkan hal tersebut...


Sabtu tu kitorang sekeluarga berpeluang la juga mengambil gambar raya di Taman U...Walaupun cuma 2 posing jer tapi ragam anak-anak memang la bermacam-macam...Qaleesya memang tengah lasak dan Qhasrina plak meragam disebabkan selsema hari tu...Nasib baik Qistina okey dan sporting hari tu...

Oleh kerana program berjalan raya dah terbatal maka selepas jer photo session tu kitorang terus gerak ke Hospital Batu Pahat...Dah macam raya pertama plak...Lengkap berbaju kurung dan berbaju melayu kitorang Sabtu tu...Hehehehehehe...

Kitorang sampai lebih kurang jam 3.45 petang...Kul 4.30 petang baru start waktu melawat...Triple Q dah mula bising lapar dan saya pun duk sibuk ler membeli wafer, jagung dan air untuk anak-anak...Tepat jam 4.30 petang saya dah naik ke Wad 5 melawat nenek kesayangan...Alhamdulillah keadaan nenek semakin okey cuma doktor masih tak puas hati dengan bacaan jantung...

Selama 2 hari saya sekeluarga ke hospital melawat nenek...Kebetulan ibu yang menjaga atuk bergilir-gilir bersama dengan sepupu saya Fatin...Saya memang tak benarkan ibu saya menjaga nenek berterusan kat wad tu...Sebab ibu pun bukan sihat sangat...Kalau sejuk sangat nanti takut ibu saya plak yang kena Asthma...Jadi Ibu hanya menjaga di siang hari dan Fatin plak menjaga di malam hari...

Entah macam mana Qaleesya malam sabtu tu asyik muntah-muntah...Apa sahaja yang dia makan dan minum terkeluar balik...Adakah gara-gara wafer, air dan jagung yang dimakan kat hospital? Memang tak dapat tidur lena saya dan Mr. Hubby malam tu...Risau dengan keadaan Qaleesya...Semalam gigih ler atuk ayah dia mencari kelapa muda nak bagi cucu minum...Walaupun tak banyak yang Qaleesya minum alhamdulillah memberi kesan juga...Dah kurang muntah dan dapat juga la anak tu tidur...Cuma tengahari semalam dia termuntah dan lepas tu terus merengek jer...Berebut mainan dengan Mak Long Kaisah dia mungkin jadi punca gak merengek tu sampai ler Qaleesya tertidur balik...Huhuhuhu...

Petang dalam kul 2.30 petang kitorang terus bersiap dan ke klinik dulu...Then sempat juga bawa anak-anak makan di Tasik Y...Qistina sibuk sangat nak gie Tasik Y...Nak main-main kat situ tapi panas sangat la...Saya sampai pesan kat Mr. Hubby jangan bagi anak kena panas...Qaleesya baru nak okey...Dan tak mau Qistina plak tak sihat sebab hari nie dah start school...

Then lepas tu terus kami ke hospital...Sekarang nie budak-budak dah tak boleh bawah naik ke wad...Jadi bergilir la menjaga anak kalau nak melawat nie...Dan kebetulan sewaktu saya gie melawat nenek, Qhasrina meragam plak...Menangis-nangis sampai Mr. Hubby duk message saya suruh turun...Huhuhuhuh...Bila nampak jer muka saya terus Qhasrina berhenti menangis...Alahai...Puteri bongsu nie memang ler manja dengan saya...Tak boleh hilang kelibat saya mesti dia nak nangis...

Bersama-sama anak-anak yang bermacam-macam ragam dan karenah...

Kitorang gerak dari hospital jam 6.30 petang...Tinggal la ibu saya menjaga nenek di hospital...Malam tadi kitorang sampai di rumah lebih kurang kul 9.45 malam...Tak sampai setengah jam tiba di rumah akhirnya malam tadi ada juga yang sudi berkunjung di rumah saya untuk beraya...Kehadiran makcik, pakcik dan anak-anak mereka sangat dialukan...Tetamu pertama kami untuk hari raya nie...

Semoga nenek saya semakin kuat dan cepat sembuh...Tak sanggup rasanya tengok nenek saya sakit dan kalau boleh nak sangat dia cepat keluar wad...Boleh berehat dengan lebih selesa di rumah...

4 comments:

Masya said...

hospital mana?? kalau hospital klg pulak pesen.. ada masa boleh bwk naik .. ada masa x boleh.. kdg tu pelik jugak..

Lynn Huraiza said...

masya : hospital batu pahat...kesian budak2 tak dpt tgk moyang diorang...

are_lin@yu said...

alahai cmelnya anak2..smoga di permudahkan ya dear ;-)

Qhaifa Nur said...

salam aidilfitri...

dugaan syawal...moga nenek cepat sembuh...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...