November 23, 2012

MAHA International dan HPPNK 2012

Assalamualaikum...Hari nie Lynn tak mau citer pasal kitorang sekeluarga...Tapi nak ambil peluang untuk promote kat korang semua supaya pergi ke satu event nie...

Event nie hanya diadakan 2 tahun sekali dan untuk tahun nie diadakan mulai 23 November 2012 hingga 2 Disember 2012 di MAEPS, Serdang...Rasanya tahun nie lama sket MAHA nie berlangsung berbanding yang lepas...

Perasmian MAHA akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 2012...Disarankan kalau korang semua nak pergi datang la pada hari lain sebab dah comfirm2 pada hari perasmian tu akan ada berduyun-duyun orang yang akan datang ke MAHA nie...

Owh lupa plak...Korang tahu ker MAHA nie event tentang apa?  Biar Lynn terangkan sket yer...MAHA nie sebenarnya event berkaitan dengan pertanian, hortikultur dan agroperlancongan...Menyentuh banyak aspek pertanian dan korang memang akan enjoy la kalau berkunjung ke MAHA nie...Lebih-lebih lagi bila MAHA nie diadakan pada musim cuti sekolah...

Korang boleh dedahkan pada anak-anak korang tentang pertanian dan ada pameran haiwan juga...Boleh la tengok depan mata sendiri macam mana kah rupa Kambing BOER, Kambing Jamnapari dan macam-macam lagi la...Selain daripada pameran korang boleh menghabiskan duit korang kat sini dengan membeli produk-produk yang dikeluarkan oleh usahawan di Malaysia nie...Ada bermacam-macam produk yang akan dijual dan diperkenalkan...Memang seronok la berkunjung ke MAHA nie...

Insyaallah kalau ada peluang kitorang sekeluarga pun akan berkunjung ke MAHA nie...Nak dedahkan pada anak-anak environment mama dan papa dia bekerja...Almaklumlah kitorang berdua kan kerja di Lembaga Pertubuhan Peladang...Dah tentu LPP tu salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani...Hehehehe...

Jangan tak pergi yer kawan-kawan semua...

6 comments:

Lia said...

bagus klu ada program ni.. byk benda blh tau :)

NrlAidaHml said...

OOO MAHA dah nak start ye..Thanks Lynn bagi info..aida yang dekat pon tak penah lagi pg MAHA ni..hehehe...*malu...kena pg jugak kan..banyak info pasal pertanian n perladangan akn kita dapat..

Unknown said...

Tak pernah lagi pergi MAHA nih..

Lynn Huraiza said...

Lia : memang betul tu...

Lynn Huraiza said...

mommyaida : pergi la aida kalau dekat...cuma disarankan datang pagi2...sebab banyak yg boleh kita tengok kat sana...

Lynn Huraiza said...

Papa mifz : kalau ada kesempatan pergi la...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...