September 14, 2012

Nak Update Sket Jer

Salam Jumaat untuk semua bloggers dan pembaca blog Lynn nie...Hari nie tak dapat nak update panjang2 la...Sebabnya agak busy sket....Pagi nie duk fokuskan buat kerja-kerja yang ada kat meja nie...Sebab petang nanti nak ke Majlis Hari Raya dan Meraikan Bakal Haji/Hajah pejabat Mr. Hubby...Jadi x leh la nak bersenang lenang mengadap blog macam biasa...Hehehehe...

Hujung minggu nie dah tentu ramai yang pulun buat Open House kan...Lynn sendiri ada 2 program penting minggu nie...Tapi hanya dapat hadiri satu jer sebab yang satu nie pun sangat-sangat la penting...Adik Mr. Hubby nak bertunang dan ada majlis aqiqah anak saudara Lynn yang baru lahir bulan Ramadhan lepas...Jadi lepas jer program Majlis Hari Raya pejabat Mr. Hubby bergegas la kitorang balik ke Negeri 9 pula...

Untuk kenduri kali nie kitorang sponsor hantaran chocolate untuk adik Mr. Hubby dan Chocolate Fountain...Tang Chocolate Fountain tu harus la ada sebab penyeri majlis...Hope sangat la jiran tetangga dan sanak saudara suka Chocolate Fountain tu kan...Insyaallah...Tapi kalau ada yang x suka pun x per la...Yang penting niat kitorang ikhlas...Nak memeriahkan majlis yang ada...

Nanti ada masa Lynn update yer kat Negeri 9...Take care semua...Selamat menjamu selera di open house yang korang semua pergi nanti...Adios...

No comments:

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...