February 23, 2012

Semoga Semuanya Dipermudahkan

Dah berhari-hari tak update...Disebabkan kesibukan yang super duper tak boleh nak elakkan dan ditambah dengan banyak perkara yang perlu difikirkan maka hari nie la baru Lynn sempat nak update blog...Alasan tak boleh blah...Hahahaha...Macam la ko sorang jer yang ada banyak kerja...

Sebenarnya Lynn memang tergerak hati nak cuti hari ni dan esok...Semuanya disebabkan nak fokuskan kepada Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Aqiqah Nur Qaleesya Arissa yang bakal berlangsung di rumah MIL hari Sabtu nie...Tapi entah kenapa hari nie boleh plak datang office...Huhuhuhuh...Punca sebenar datang office sebab borang cuti pun tak isi lagi...Jadi jangan arr nak mengada-ngada nak cuti hari nie...Boleh cuti esok jer...

Paling koman pun akan amek half day hari nie atas ihsan Ketua Cawangan yer...Satu sebab nak amek half day adalah kerana nak mencari pengasuh baru untuk Nur Qaleesya Arissa...Pengasuh yang sekarang nie minta kitorang cari pengasuh lain...Huhuhuhu...Sebenarnya Makcik dan Pakcik Lynn tu nak menunaikan haji tahun nie...Jadi diorang minta kitorang cari pengasuh lain supaya diorang boleh fokuskan kepada urusan-urusan untuk menunaikan haji...

Dan kini bertambah lagi satu perkara yang perlu difikirkan...Semoga semuanya dipermudahkan la yer...Korang doakan kitorang dapat cari pengasuh baru untuk Qaleesya yer...Kalau boleh biarlah dapat yang dekat dengan rumah...Insyaallah...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...