January 7, 2011

Setelah Tidak Bersiaran Semalam

Salam pagi Jumaat untuk semua kawan-kawan blogger...Tengok tajuk kat atas macam la blog Lynn nie popular sangat kan...Hahahahahaha...Okeylah...Semalam Lynn tak bersiaran dan buat sebarang entry sebab Lynn MC...Kenapa MC? Gara-gara kes bleeding pada hari Rabu lepas la nie...

Untuk pengetahuan korang, Lynn memang mengalami masalah uri kat bawah waktu first pregnant dulu...Dan kali nie situasi yang sama berlaku juga...Doktor di Klinik Thessan dah scan kandungan Lynn dan didapati uri Lynn ke bawah sket...Tapi syukur sebab Lynn dapat tahu masalah nie awal...Jadi di atas nasihat doktor Lynn kena la banyak-banyak berehat, kurangkan stress dan jangan angkat barang-barang yang berat...

Semalam walaupun Lynn dah dapat MC Lynn berkunjung lagi ke Klinik Siti Fatimah...Doktor scan dan tengok uri tu tak ler ke bawah sangat pada hari semalam...Sedang doktor scan kandungan Lynn semalam terjadi satu insiden yang agak scary juga...Mr. Hubby boleh plak pitam dalam bilik doktor...Huhuhuhuh...Kecohs la sekejap dalam bilik doktor tu...

Puncanya sebelum masuk ke bilik doktor Mr. Hubby ternampak seorang perempuan nie...Perempuan nie pakai kain batik waktu masuk dalam klinik tu...Lynn pun cakap la dengan Mr. Hubby rasanya perempuan nie bleeding kut...Tu yang pakai kain batik tu...Then ada la terdengar perbualan perempuan tu dengan kawan-kawan dia dan kerani klinik tu...Perempuan tu pernah keguguran bulan 9 lepas dan tiga minggu lepas perempuan tu datang period tak berhenti-henti...Sehingga la hari semalam...

Then perempuan tu plak boleh bangun dari tempat duduk dia dan Mr. Hubby ternampak darah kat kain batik perempuan tu...Hah...Nie la yang menyebabkan Mr. Hubby pitam...Mr. Hubby Lynn sebenarnya mabuk darah...Dan terbukti semalam apa yang Mr. Hubby cakap tentang mabuk darah dia tu...Masuk jer bilik doktor tengah scan tu dia boleh terduduk dan pucat lesi muka dia...Sudahnya Mr. Hubby plak yang terbaring kat atas katil tu...Huhuhuhuh...

Nasib baik la doktor urutkan kepala dia dan bagi minum air suam...Lepas jer beberapa minit muka dia yang pucat lesi tu dah kembali berdarah dan boleh la bangun berjalan...Huhuhuhuhu...Nampak gayanya bersalin kali kedua nie tak dapat la Mr. Hubby nak tengok...Silap hari bulan dia plak yang doktor uruskan kat dalam labour room tu...
P/S : Korang ada tips tak nak kurangkan mabuk darah MR. Hubby Lynn nie...Kalau boleh nak sangat dia temankan Lynn waktu nak bersalin nanti...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...