August 31, 2010

1 Malaysia Menjana Transformasi

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53...
Tahun nie rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan di bulan Ramadhan...
Sama seperti tahun lepas...
Tema hari kemerdekaan pada tahun nie adalah 1 Malaysia Menjana Transformasi...

 Kat blog pun sekarang tengah sibuk berkempen...
Bermacam-macam cara dibuat untuk menerapkan sifat cintakan negara...
Kebiasaannya setiap tahun akan ada lagu tema sambutan kemerdekaan...
Kalau tak ada lagu tema macam x best jer...
Betul tak?
Lagu tema untuk tahun nie bertajuk 1 Malaysia...
Lebih kurang sama jer ngan tema hari kemerdekaan...

Lirik lagu 1 Malaysia

Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan
Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x
Satu Malaysia untuk semua

Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha


Dan sambutan kemerdekaan pada tahun ini pertama kalinya 
dibuat secara bertutup di Stadium Putra, Bukit Jalil...
Dan pastinya sambutan kali nie lain daripada yang lain...
Untuk keterangan lebih lanjut berkaitan Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 53 MALAYSIA...
Korang semua boleh klik MERDEKA...

Sebagai salah seorang rakyat Malaysia...
Lynn ingin menyatakan betapa bertuahnya Lynn kerana diberi peluang untuk hidup di negara yang tercinta ini...
Tiada negara yang lebih baik daripada Malaysia...
Semoga kemerdekaan yang dicapai akan sentiasa kekal di negara ini...
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

August 30, 2010

Celcom Broadband & Traffic Nuffnang

Huhuhu...
Entry nie untuk lepas geram yer...
Lynn geram sungguh la dengan Celcom Broadband Lynn...
Entah apa hal agaknya Lynn tak dapat nak access internet pun pada hari Sabtu n Ahad...
Memang arr sakit hati sangat-sangat...
Punya la excited nak update dan melawat blog kawan2 sementara menunggu Mr. Hubby interview PTK...

Semalam sorang kawan Lynn pun cakap Celcom Broadband dia pun bermasalah...
Nak kata tak bayar bil memang mustahil la...
Huhuhu...
Apesal ntah...
Akibat daripada Celcom Broadband yang buat hal weekend lepas...
Traffic UV Lynn di Nuffnang jadi macam nie...


Huhuhu..
Memang tension sungguh la..
Jadi sepanjang minggu nie kena gigih la naikkan traffic...
Kalau tak nanti tak dapat la iklan lagi 
dari 

Untuk kawan-kawan blogger di luar sana...
Anda rasa Lynn patut tak tukar Broadband yang lain?
Atau stay jer dengan Celcom Broadband...
Huhuhuhu...
Please advise me...

Lovely Blogger Award

Selamat hari Isnin untuk korang semua...Macam mana dengan weekend korang? Best tak.? Lynn rasa tentu ramai yang sambung cuti hari nie sebab esok negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53...Sah sah la esok cuti kan...Jadi ada yang amek kesempatan untuk bercuti panjang...Mungkin juga untuk membuat persiapan untuk Hari Raya yang bakal menjelma...

Erm, Lynn tak amek cuti pun hari nie...Actually entry hari nie Lynn nak bagi tahu korang yang Lynn dapat award lagi...Bulan Ramadhan nie rasanya dah 2 kali Lynn dapat award...Memang syok la...Dan untuk para pemberi pun memang arr korang baik hati sebab sudi nak bagi award pada Lynn...Hehehehe...Award kali nie adalah daripada KELLA...Walaupun KELLA agak tension dengan blog Lynn nie seperti di dalam entry BUKAN TAK NAK KOMEN, dia masih lagi bermurah dan baik hati untuk memberikan blog ini kepada Lynn...Tq so much yer dik...

Award yang Lynn terima dari KELLA adalah LOVELY BLOGGER AWARD...


Dan Lynn nak sampaikan award nie kepada beberapa blogger yang Lynn sayang sangat...

AYU 
Untuk korang semua di atas tu terima la award nie dari Lynn yer...Selamat berpuasa dan semoga ceria selalu...Muaahhhss...

August 27, 2010

Melaka Bandaraya Bersejarah

Malam nie kitorang nak ke Melaka...
Sebab esok pagi Mr. Hubby ada interview PTK di Perpustam, Melaka...
Erm, dah 2 tahun berturut2 LPP buat interview PTK untuk zon Selatan kat Melaka...
Dan kali nie interview PTK diadakan pada Bulan Ramadhan & hujung minggu...
Hope tahun nie Mr. Hubby dapat A la untuk kedua-dua paper Generik & Fungsional...
Kalau berjaya dapat A maka boleh la dapatkan anjakan gaji...

Jadi weekend nie kitorang tak berada di Johor Bahru la yer...
Dah terlanjur berada di Melaka, Lynn ingat nak singgah ke rumah Kak Jun...
Nak tengok hasil kerja dia dan ingat nak sambar la apa yang berkenan di hati...
Dah tu mungkin juga nak singgah sini...


Dan kalau boleh nak la beli sket barang2 hiasan untuk diletakkan di rumah...
Kat rumah Lynn tu tak der langsung bunga...
Jadi mungkin boleh la usha bunga2 yang cantik giler kat KK Home Deco nie...
Hehehehe...
Offer pun giler2 sekarang nie kat KK Home Deco...


Dan sekiranya berpeluang Lynn nak ajak Mr. Hubby berbuka di sini esok...
Nak makan ikan bakar yang special kat sini...
Nyam nyam...


Untuk Mr. Hubby...
Kami berdua...


Ucapkan 

GOOD LUCK
SEMOGA BERJAYA MENJAWAB SEGALA PERTANYAAN DALAM INTERVIEW ESOK
MUAAAHHHHHSS

Helah Penculikan Kanak-Kanak di Carrefour JB

Huhuhuhu...
Lynn dapat info tentang entry nie daripada blog MieMiey...
Kredit untuk MieMiey sebab letakkan info nie untuk kita share bersama...
Jadi Lynn terpanggil untuk share juga info nie dengan korang semua...
Korang baca sampai habis yer...

SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU...

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.

Even if you do not have little kids, pass this one on to everyone you can think of. You never know who you might save by sending this e-mail! Please, take the time and forward this to any friend who has children & grandchildren! Thanks!

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Wanted to share something that happened today while shopping at Carrefour. A mother was leaning over looking for meat and turned around to find her 4 years old daughter was missing. I was standing there right beside her, and she was calling her daughter with no luck.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

I asked a man who worked at Carrefour to announce it over the loud-speaker. He did, and left me, he immediately walked right past me when I asked and went to a pole where there was a phone. He made an announcement for all the doors and gates to be locked, a code something. So they locked all the doors at once.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

This took all of 3 minutes after I asked the guy to do this. They found the little girl 5 minutes later in a bathroom stall drugged. Her head was half shaved, and she was dressed in her underwear with a bag of clothes, a razor, and wig sitting on the floor beside her, to make her look different ..

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Whoever this person was, took the little girl, brought her into thebathroom, shaved half her head, and undressed her in a matter of less than 10 minutes. This makes me shake to no end. Please keep a close eye on your kids when in big places where it's easy for you to get separated like Shopping Malls. It only took a few minutes to do all of that. Another 5 minutes and she would have been out the door.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

I am still in shock that some sick person could do this, let alone in a matter of minutes. The days are over when our little ones could run rampant all over the place and nothing worse would happen then them annoying people. The little girl is fine. Thank God for fast workers who didn't take any chances .

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

BE SURE TO FORWARD THIS TO EVERYONE, SO THEY REMEMBER JUST HOW SICK PEOPLE ARE OUT THERE !
 
Huhuhuhuhu...
Memang mengerikan...
Jadi please berhati-hati yer...
Kalau gie mana-mana memang kena selalu perhatikan anak-anak kita... 

Pagi Jumaat

Salam Jumaat untuk korang semua...
Hari nie dah masuk hari ke 17 umat Islam berpuasa...
Sekejap jer kan...
Seperti biasa Hari Jumaat di bulan Ramadhan ada ceramah agama...
Jadi Lynn nak naik Dewan Kuliah dulu dengar ceramah agama...
Later will share the info dengan korang semua yer...
Chiao...

August 26, 2010

Yeah Dapat Award

Petang nie Lynn ternampak message di shoutbox dari Cik Tom...
Cik Tom yang baik hati telah memberikan award nie kepada Lynn...


Erm, award nie first time Lynn terima tau...
Almaklumlah Lynn nie bukanlah blogger yang glamour sangat...
Nie pun dah bersyukur sebab ada gak yang sudi nak bagi award nie pada Lynn...
Jadi Lynn tak nak la share sorang2 jer kan...
Di bulan yang mulia nie Lynn nak sampaikan award nie pada...
.
.
.
.
.
.
.


Sudilah kiranya terima award nie yer...
Dan Lynn nak juga sampaikan award nie kepada semua follower blog Lynn...
Tq la kat korang semua sebab sudi jadi follower blog yang tak seberapa nie...
Muaaahhhs...
Sayang korang...

Kerajaan Malaysia Bagi Duit Raya RM500

Salam 1 Malaysia...Daripada tajuk entry pun korang dah dapat agak kan apa yang Lynn nak coret kat blog hari nie...Semalam petang Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pemberian Duit Raya sebanyak RM500 kepada 1.24 juta Kakitangan Awam dan 590,000 Pesara di Malaysia...Lynn dan Mr. Hubby rasa bersyukur sangat...Walaupun amaun tu tak seberapa tapi setidak-tidaknya dapatlah juga menampung perbelanjaan pada hari raya nanti...Memang itu la berita yang dinanti-nantikan oleh kami semua...Dan petang semalam waktu nak punch card, kawan sepejabat Lynn kebanyakkannya tersengih-sengih...


Seawal Ramadhan dulu ada gak dapat SMS yang berbunyi "CUEPACS dah comfirm! Kerajaan jadi bagi bonus hari raya kepada semua Kakitangan Awam pada 7 September 2010 sebanyak RM2000 kepada kakitangan kumpulan sokongan & RM1500 untuk kumpulan profesional.  Pekeliling boleh didapati melalui laman web http://www.janganharaplahwoi.com.my!!Hahahahaha!!"...Macam tu la bunyi SMS nyer...Waktu dapat SMS tu memang Lynn dah tersengih-sengih sorang diri...Entah saper la yang memulakan...

Owh yer...Pagi nie Lynn akan menghadiri satu mesyuarat Pengurusan bersama Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan di Negeri Johor...Disebabkan bulan ni Bulan Ramadhan maka mesyuarat kali nie hanya diadakan di pejabat LPP Johor sahaja...Kalau bulan biasa rasanya dah tentu kena mesyuarat kat luar Johor Bahru...Dan kebetulan hari nie pegawai yang sepatutnya mencatit minit mesyuarat awal-awal dah menyatakan yang dia tidak akan hadir kerana demam...Boleh plak semalam telefon pejabat kata esok dia demam...Huhuhu...Memang bermasalah sungguh la...

Maka selain daripada menghadiri mesyuarat Lynn juga kena ambil alih tugas mencatit minit mesyuarat hari nie...Jadi tak dapat la Lynn nak merayap ke blog korang semua pagi nie...Tak per...Tengahari nanti Lynn akan jenguk korang semua yer...Untuk semua Kakitangan Awam & Pesara yang membaca blog Lynn nie...Lynn ucapkan tahniah sebab dapat Duit Raya RM500 daripada Kerajaan Malaysia...Gunakan lah duit tersebut dengan sebaik-baiknya dan janganlah kita berlebihan dalam membuat persiapan raya...Bersederhana itu adalah lebih baik...

August 25, 2010

Mula-mula ke Western Union Kemudian Menyinggah ke Teratak Za'ba

Last Sunday sewaktu di rumah MIL, Mr. Hubby ada ajak Lynn dan Qistina ke Bahau...Tujuan Mr. Hubby nak ke Bahau sebab nak gie masukkan duit untuk pekerja dia yang berada di Indonesia...Jadi kitorang pun gie ke Kiara Square yang terletak di luar Pekan Bahau tu...Dan nasib kitorang baik sebab kat situ ada outlet Western Union...


Sebenarnya dari hari Sabtu lagi kitorang dah sibuk mencari Western Union nie...Waktu berjalan-jalan kat Nilai dan lalu kat Seremban...Tapi x terserempak plak dengan outlet Western Union nie...Mr. Hubby nak masukkan duit RM800.00 untuk staff dia tu...Duit Rupiah Indonesia bila dah ditransferkan menjadi 2 juta lebih...Perrrggghhh...Memang la banyak giler...Tapi duit kat sana tak sama macam duit kat Malaysia...Kalau kita kat Malaysia nie ada duit sebanyak 2 juta lebih tu rasanya dah duk senang lenang kat rumah...Betul x? 

Disebabkan jam menunjukkan baru kul 11.00 pagi jadi x banyak la kedai yang dibuka kat Kiara Square tu...Huhuhuhu...Pelik betul la...Sepatutnya hari Ahad la diorang buka kedai awal-awal sebab hari Ahad kan hari cuti...Dah tentu la orang akan keluar rumah untuk berjalan-jalan dan shopping...Lebih2 lagi bulan Ramadhan nie...Disebabkan kedai-kedai kat Kiara Square tu tak semeriah kat Mid Valley Megamall atau Jusco Tebrau City maka Lynn pun suggest la kat Mr. Hubby sesuatu...

Lynn suggest kat Mr. Hubby supaya bawa kitorang ke Teratak Za'ba...Mr. Hubby nie memang la orang Negeri 9 tapi dia sendiri tak pernah bertandang kat Teratak Za'ba tu...Sure ada di antara korang yang tertanya2 Teratak Za'ba tu kat mana dan apa yang ada kat situ kan...Okey, meh sini Lynn citer sket pasal Teratak Za'ba nie...Chewah...Dah macam orang Tourism Negeri Sembilan plak...Hehehehe...

Signboard di pintu masuk Teratak Za'ba...

Teratak Za'ba nie terletak di Kampong Bukit Kerdas, Batu Kikir..."Tiba-tiba teringat lagu Batu Kikir Jambatan Besi"...Untuk pengetahuan korang Bahau ngan Batu Kikir nie bersebelahan...Dekat sangat...Tujuan Teratak Za'ba nie dibina adalah untuk dijadikan sebagai memorial untuk memperingati tempat kelahiran Za'ba dan di sini juga tempat terletaknya beberapa koleksi barangan Za'ba...

Pandangan hadapan Teratak Za'ba...

Gambar dekat Teratak Za'ba...Cantikkan senibina Teratak nie...


Pandangan dari belakang Teratak Za'ba...

Sedikit penerangan tentang Teratak Za'ba...

 
 Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za'ba ialah seorang ilmuan Melayu yang dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan...Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Kikir ketika berumur 12 tahun dan kemudiannya turut dihantar ke Linggi untuk mendalami Bahasa Arab...Pekerjaan awal beliau sebagai seorang guru di Bukit Zahrah English School...Dikurniakan gelaran PENDITA sempena Kongres Bahasa dan PErsuratan Melayu Ketiga...Info lanjut tentang Pendita Za'ba boleh didapati DI SINI...

Bergambar di kawasan luar Teratak Za'ba...

 Waktu amek gambar nie Qistina peluk leher Lynn sampai rasa nak tercekik...Huhuhuh...Sabar jer la tengok keletah anak dara nie...

 Posing dengan Papa plak...

Chewah...Bertentang mata plak diorang nie...

Last but not least gambar kami bertiga...

Mesti korang pelik kan kenapa kitorang bergambar kat luar jer? Sebenarnya memang dilarang sama sekali untuk mengambil gambar di dalam Teratak Za'ba...Pasal apa tak boleh amek gambar Lynn tak pasti...Tapi segala koleksi yang ada kat dalam Teratak Za'ba tu memang arr dah lama sungguh...Memang antik belaka la...Lynn memang puas hati sangat la sebab dapat pergi ke Teratak Za'ba nie...Selama nie just lalu lalang jer kat depan tu setiap kali nak pergi Bahau atau ke rumah Wan di Batu Kikir...Jadi bila dah dapat pergi dan tengok sendiri apa yang ada kat Teratak Za'ba tu memang arr satu kepuasan untuk diri Lynn...

Dan yang paling Lynn suka sekali seni bina dan rekaan Teratak Za'ba nie...Walaupun ini bukan la rumah asal Za'ba tapi seni bina dan rekaan Teratak Za'ba nie memang sangat tradisional...Ukiran2 yang ada kat Teratak Za'ba tu pun memang sangat cantik...Waktu tu Lynn dah mula berangan nak cari tanah lot dan buat rumah seperti Teratak Za'ba nie...Serious tau...Lynn memang suka konsep tradisional macam nie...Memang cantik...Tapi difahamkan harga kayu sekarang nie lebih mahal dari harga batu...Jadi kalau korang nak bina rumah batu sebiji dalam anggaran RM100k - RM150k, berapa banyak plak kos yang diperlukan untuk bina rumah seakan-akan Teratak Za'ba nie? Hehehehe...

Sangat Serious Nie

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Hari ni dah masuk 15 Ramadhan...
Sekejap jer masa berlalu kan...
Sebenarnya Lynn nie nak menyatakan rasa kerisauan di hati Lynn nie...
Huwaarrrrgggghhhh...
Memang sungguh serious nie...
Tak sangka sungguh leh jadi macam nie...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Berat badan Lynn sekarang dah cecah angka...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Memang giler ahhhh...
Macam mana la boleh jadi macam nie ek...
Aduh...
Tension sih...
Tolong bagi tips untuk turunkan berat badan...
Dengan ketinggian 157 cm, berat badan yang ideal untuk Lynn adalah 52 kg...
Macam mana la Lynn nak buang lagi 10 kg tu?
Huhuhuhu...

August 24, 2010

Decoupage Tin

Salam petang untuk kawan-kawan blogger semua...
Petang nie Lynn nak tunjuk sket hasil kerja Lynn mendecoupagekan tin biskut...
Projek nie tak siap sepenuhnya lagi...
Tapi Mr. Hubby dah sibuk plak suruh buat kat tin biskut yang lain...
Hehehehe...

Tin biskut Jacob's yang belum didecoupagekan...Gambar diambil dari Mr. Google...

Setelah digesso dan diwarnakan pink...Dah jadi macam kuda belang plak tin biskut nie...

Bersama model tak berbayar Lynn...Hehehehe...

Hasil setelah didecoupagekan dengan tisu decoupage yang dibeli dengan Kak Jun...

Nampak kosong kan kat atas tu...
Lynn nak tulis something kat atas tu nanti...
Projek akan bersambung malam nie...
Dah siap tulis nanti boleh la Lynn varnish plak...

P/S : Ada cadangan tak nak tulis apa kat tin tu?

Tutorial Auto Published

Hahahahaha...Malu sungguh Lynn petang semalam...Tapi dalam malu tu tergelak-gelak juga Lynn...Ingat tak lagi tentang citer pasal nak minta tolong buat auto published entry last week...Hari nie ada seorang kawan blogger telah buat satu entry meletops tentang itu...Walaupun Lynn sebenarnya dah tahu nak buat sebab kawan2 blogger yang lain dah tunjukkan caranya...

Tadi Lynn merayap-rayap la kat satu blog nie...Sejak akhir-akhir nie memang Lynn rajin gie berjalan-jalan kat blog Cik Puan Mimi nie...Dan ada satu hari tu Cik Puan Mimi nie buat satu tutorial tentang Tutorial Besarkan Gambar...Lynn pun komen la entry Cik Puan Mimi tu...Nie komen Lynn...
  • terima kasih cikgu...hehehe...info berguna nie...kak, tolong buat tutorial macam mana nak buat auto published entry plak...lynn memang nak belajar sangat...hr sabtu ahad memang x sempat nak buat entry...jd kalau tahu buat auto published entry memang best arr...
Jadi Cik Puan Mimi telah pun membuat satu entry khas Tutorial Auto Published untuk Lynn...Semata-mata nak mengajar Lynn yang tak tahu nak buat auto published entry nie...Hehehehehe...Anyway berterima kasih sangat dengan Cik Puan Mimi sebab sudi mengajar Lynn...Lepas nie kalau tak faham apa-apa lagi boleh la minta tolong dengan Cik Puan Mimi nie...

P/S : Maaf sebab tak der gambar Beef Lasagna pagi nie...Lynn sampai rumah semalam kul 6 lebih...Jadi memang arr tak sempat nak masak menu tu untuk berbuka puasa...Hari nie kalau boleh Lynn nak keluar dari pejabat tepat jam 5.00 petang...Insyaallah sempat la nak masak Beef Lasagna tu...

August 23, 2010

Beef Lasagna

Tadi tengahari Lynn gie Carrefour...Bukan jauh sangat pun Carrefour nie ngan pejabat Lynn...Dalam 200 meter jer...Nak berjalan di bulan puasa nie agak memenatkan la juga...Jadi tadi Lynn tumpang kawan yang kebetulan nak pergi ke Carrefour...

Tujuan Lynn pergi ke Carrefour tu sebab nak beli bahan2 nak buat Beef Lasagna...Mr. Hubby memang suka makan Lasagna nie...Lebih2 lagi yang kat Secret Recipes tu...Lynn mula tergerak hati nak try buat lasagna nie bila Adik Yaty dah jadi Chef Ty masak Lasagna July lepas...Dari tarikh dia publish entry sampai la last week, akhirnya Lynn decide nak try buat Beef Lasagna pada hari nie ...

Gambar nie diambil dari blog Kak Hana...Tq so much pada tuan blog...

Lynn dah usha beberapa blog masakan yang ada buat Beef Lasagna nie...Antara blog2 yang buat resepi nie adalah seperti hanamemories, zachoes, blogresipi dan ramai arr lagi yang buat...Takkan nak mention satu satu kat sini...Hehehehe...Memang arr nampak menyelerakan...Betul tak kawan2 semua...

Gambar nie diambil dari Blog Resipi...Tq so much pada tuan blog...

Jadi hari ini dengan gigihnya Lynn nak cuba untuk memasak Beef Lasagna nie berpandukan kepada resepi yang ada di blog Kak Hana...Sebelum tu kita kena la tengok resepi satu persatu dulu kan...Kena faham betul2 sebelum nak buat nie...

Bahan-bahan yang diperlukan...
  • 8-10 keping kulit lasagna...
Bahan-bahan untuk Sos Daging...
  • 300g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar holland - cincang
  • 2 ulas bwg putih - cincang
  • 1 tin sos spaghetti original
  • 3 sudu besar tomato puree@ 2 biji tomato cincang
  • 1/2 biji carrot - potong dadu (optional)
  • 3 biji cendawan butang - hiris nipis
  • 1 sk oregano
  • Air
  • minyak zaitun
  • garam, gula secukup rasa
  • keju mozarella secukupnyer
Bahan-bahan untuk Sos Putih...
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan susu segar
  • 1/3 cawan keju pilihan
  • 3 sudu besar butter
  • lada hitam, garam
Cara-cara...
  • Rebus kulit lasagna instant mengikut arahan peket.Kemudian ketepikan.
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau hingga daging bertukar warna. Masukkan pula tomato puree@tomato cincang. Masak hingga tomato hancur. Kemudian masukkan sos spaghetti, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak hingga mendidih dan ketepikan.
  • Utk membuat sos putih , satukan semua bahan dan kacau di atas api yg kecil hingga pekat.
  • Sediakan mangkuk yg bersesuaian utk membakar. Susun kulit lasagna, kemudian sapu rata sos daging... Sapu pula sos putih dan taburkan keju mozarella (jika inginkan rasa cheese yg lebih pada setiap lapisan. Jika tak nak letak pun tak mengapa.) Lapiskan lagi dengan kulit lasagna dan ulangi proses tadi hingga habis. Dan last sekali adalah sos putih. Taburkan keju dan sedikit daun parsley jika suka.
  • Bakar selama 40-60min atau hingga permukaan lasagna keperang-perangan. Boleh dimakan sejuk atau panas.
Doakan Lynn berjaya untuk buat Beef Lasagna untuk juadah berbuka puasa malam nie yer...Hope sangat la berjaya sebab dah lama x makan lasagna...Korang masak apa hari nie? Mesti special kan...

Ngantuk & Cerita Weekend

Salam pagi Isnin...
Hari nie Lynn mengalami rasa mengantuk yang amat sangat...
Huhuhuhu...
Malam tadi Lynn tidur jam 12 lebih...
Dan pagi nie kul 4.30 pagi dah bangun siapkan makanan untuk sahur kami laki bini...
Lynn memang mengantuk sangat nie...
Rasa macam nak sengkang jer mata nie dengan batang mancis...
Aduhai...

Sorry pada kawan-kawan semua sebab tak mengunjungi korang pada weekend lepas...
Kitorang balik ke Negeri Sembilan...
Sepatutnya kitorang balik next week...
Tapi next week Mr. Hubby ada interview PTK di Melaka...
Jadi kitorang decide utk balik berbuka puasa dengan family weekend lepas...
Dan line Celcom Broadband memang arr teruk giler kat kampung...
Naik tension la Lynn nak berjalan-jalan dan tinggalkan jejak kat blog korang...
Huhuhuhu...
Tapi x per...
Hari nie Lynn akan balas semua jejak korang yang datang ke blog Lynn weekend lepas...

Niat nak buat auto published entry untuk weekend pada last Friday pun tak sempat...
Mr. Boss ajak berborak pasal trip ke Jogjakarta plak petang Jumaat tu...
Puas dah Mr. Boss mengajak kami sekeluarga berjalan-jalan ke Indonesia...
Sejak Mr. Boss berada di negeri Johor nie dah 3 kali rasanya dia bercuti di Indonesia...
Dan dah 3 kali juga dia mengajak kami sekeluarga...
Lynn memang x daya la nak mengikut Mr. Boss bercuti...
Huhuhuhu...
Bimbang tak dapat nak mengikut rentak Mr. Boss plak nanti...
Lagipun Lynn lebih prefer untuk berjalan-jalan di dalam Malaysia dahulu...
Masih banyak lagi tempat menarik di Malaysia nie yang belum kitorang pergi...

Bercerita tentang jalan-jalan...
Semalam Lynn, Mr. Hubby dan Qistina sempat singgah Batu Pahat...
Kitorang berbuka puasa bersama dengan Lee, Ezmad dan Iza...
Dan selepas berbuka puasa dan singgah solat Maghrib di rumah Lee...
Ezmad dan Iza plak sibuk mengajak kitorang gie Bazaar Ramadhan di Parit Raja...
Disebabkan kitorang nak balik ke JB dan for sure akan lalu Parit Raja...
Terus jer Mr. Hubby memberi kata persetujuan...
Jadi malam tadi kitorang berjalan-jalan la plak kat Parit Raja...
Memang banyak juga barang yang dijual di Parit Raja tu...
Yang paling banyak dijual adalah baju raya ready made...
Dan harga pun sangat memuaskan hati...

Disebabkan menghabiskan masa di dalam perjalanan yang agak panjang semalam...
Mungkin itu yang menyebabkan Lynn dan Mr. Hubby rasa mengantuk sangat...
Dan hari nie masing-masing macam dah x der mood nak pergi kerja...
Dah la hari pertama dalam minggu nie...

Uisshhh...
Nak tak nak kena gak gagahkan diri pergi kerja hari nie...
Tak leh nak dilayan sangat mata yang mengantuk nie...
Betul tak...

August 20, 2010

Feedback Auto Published Entry

Entry yang tadi Lynn ada tanya pasal mcm mana nak buat auto published entry kan...
Hahahahaha..
Lynn dah tahu dah kat mana yang Lynn x buat...
Lepas Lynn setkan masa dan tarikh...
Lynn tak klik kat publish...
Jadi entry tu x der la dalam schedule...
Maka entry yang ini adalah entry percubaan...
Lynn nak try sendiri nak tengok Lynn berjaya atau tak kali nie...
Lynn taip entry nie tepat jam 3.50 petang...
Tapi Lynn akan set published jam 4.00 petang...
Nak tengok jadi ke tidak...

P/S : Korang layan jer la perangai Lynn petang nie yer...Hahahaha...Saya budak baru nak belajar...

Ceramah Agama Pagi Tadi

Salam Jumaat...Sedar tak sedar hari nie dah masuk hari ke10 kita semua berpuasa...Dah nak masuk ke Fasa 2 Ramadhan...Seperti kata Tuan Haji Mohd Nor dalam ceramah agama pagi tadi...Bulan Ramadhan nie ada 3 Fasa...Fasa 1 - 10 hari pertama...Fasa 2 - hari ke 11 - ke hari ke 20Fasa 3 - 10 hari terakhir...

Setiap fasa nie ada kelebihannya...

Fasa 1 - Dipenuhi dengan rahmat ALLAH S.W.T...
Fasa 2 - Dipenuhi rahmat ALLAH S.W.T. dan mendapat keampunan dari ALLAH S.W.T...
Fasa 3 - Dipenuhi rahmat ALLAH S.W.T, mendapat keampunan dariNya dan dapat pembebasan dari api neraka...

Sewaktu Fasa ke3 nie la akan ada satu malam yang istimewa yang dikenali sebagai Malam Lailatulqadar...Puasa juga sebenarnya memberi didikan kepada umat Islam yang melakukannya...Didikan puasa terbahagi kepada 2 iaitu spritual & fizikal...

Didikan Puasa Secara Spiritual
  • Melemahkan tekanan nafsu 
  • Meningkatkan kecergasan akal 
  • Menghindari keburukan 
  • Meningkatkan syahsiah diri 
  • Meningkatan pengawalan diri
  • Meluhurkan kesusilaan
Didikan Puasa Secara Fizikal 
  •  Mengurangkan agresif diri 
  • Membersihkan penghadaman 
  • Mengendurkan otot/usus
  • Menyempitkan urat saraf
  • Zat gula dapat disebatikan 
  • Denyutan jantung dapat diturunkan 
  • Jasmani bertambah sihat
Ceramah agama pagi tadi just amek masa 1 jam jer...Ini disebabkan ada mesyuarat pagi nie...Dan untuk kesekiankalinya Mr. Boss naik Dewan Kuliah dengar ceramah agama...Syukur Alhamdullilah...Tak ler susah sangat Lynn nak menjawab kalau pegawai lain tanya tentang Mr. Boss...

Sekarang nie Lynn nak minta pertolongan anda semua...Boleh tak sesiapa di antara anda yang terror tu tolong ajar Lynn sesuatu...Huhuhuhu...Tolong ajar Lynn macam mana nak buat auto published entry...Please...Muka Lynn dah merah padam nie nak minta tolong ngan korang...Sebab Lynn rasa bukan susah sangat pun nak buat auto published entry tu...Tapi Lynn dah puas godek2 la...Try sana try sini...Tak juga dapat buat...Tolong la ajar Lynn yang sangat x pandai tentang hal nie...

August 19, 2010

CONTEST KE TERENGGANU

Petang nie line internet macam dah okey sket...Jadi boleh la Lynn buat entry2 baru untuk blog Lynn nie...Hehehehe...Dah boleh la nak berjalan-jalan di blog kawan-kawan...Dah boleh la nak komen entry kawan-kawan juga...Suka sangat...

Mood nak joint contest dah datang lagi...Sebenarnya Lynn dah lama tahu pasal contest nie cuma Lynn nie belum tergerak lagi nak joint waktu tu...Tapi hari nie ada sorang kawan blogger yang bernama NADIAH telah tag Lynn untuk sertai contest nie...Dan disebabkan memang dah lama tahu tentang contest ni maka Lynn pun setuju arr untuk joint hari nie...


SAYA TERINGIN SANGAT NAK KE TERENGGANU KERANA SAYA INGIN MENJEJAKI PULAU- PULAU PERANGINAN YANG CANTIK  DI NEGERI TERENGGANU DI SAMPING MELUANGKAN MASA UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI SNORKELING SERTA SAYA JUGA SANGAT TERUJA UNTUK MENCUBA AKTIVITI MENCANDAT SOTONG YANG SANGAT POPULAR DI TERENGGANU...






Referral Lynn untuk contest nie adalah NADIAH...

Dan Lynn dengan berbesar hati nak tag 3 orang kawan Blogger iaitu:
Syarat-syarat penyertaan untuk menyertai contest nie telah pun Lynn laksanakan...Dan untuk korang yang nak tahu dengan lebih lanjut tentang contest nie boleh la klik SINI...Tarikh tutup penyertaan pada 31 OGOS 2010...Jom pakat joint ramai-ramai...

P/S : Baru-baru nie ada penyu pulang ke Pantai Rantau Abang...Kan best kalau dapat saksikan dengan mata sendiri penyu tu...Tq to Encik Google di atas gambar2 di atas...

Alahai

Morning kawan-kawan semua dan silent reader blog Lynn nie...
Semalam dan hari nie Lynn agak tension sket arr...
Line internet asyik problem jer kat office Lynn nie...
Tak tahu la apesal line internet nie problem...
Niat di hati nak la gie jalan-jalan baca entry kawan-kawan blogger semua...
Tapi tak dapat nak buka blog korang...
Geram betul tau...
Bila line tu dah okey sket leh la buka blog korang...
Tapi timbul plak masalah tak leh nak comment...
Hissshhhh...
Entah apa la masalah line internet nie...
Jadi korang semua jangan la sedih2 yer kalau Lynn tak datang melawat...
Lynn memang nak sangat lawat korang everyday...
Nak baca setiap entry korang dan komen apa yg patut...
Huhuhuhu...
Hope sangat la masalah nie tak berlanjutan...
Dah rindu sangat nak berjalan-jalan nie...

August 18, 2010

Little Princess/Prince of Posing Contest

Hari nie Lynn nak joint contest lagi bagi pihak anak dara kesayangan Lynn...
Bukan ker terror tahap Gaban kalau Qistina leh taip sendiri entry nie dan joint contest nie tanpa bantuan mama dia kan...
Betul tak?
Hehehehe...
Contest yang Lynn nak joint kali nie adalah


Contest ini telah ditaja oleh:

Khaimohd

dan juga


Gambar yang Lynn nak masukkan untuk contest kali nie adalah gambar nie...

NUR QISTINA FARZANA 
3 JULAI 2007

Gambar nie diambil waktu kitorang gie jalan-jalan ke Strawberry Garden, Kundasang bulan Mei 2010...Qistina nak sangat bergambar backgroundkan bunga rose yang berwarna pink tu...Dia kata warna bunga tu sama dengan warna baju dia...Dan posing nie memang arr posing wajib yang dia akan buat setiap kali nak bergambar...

Untuk kawan-kawan lain yang berminat nak joint...
Syarat-syarat penyertaan boleh la korang tengok kat SINI...
Contest berlangsung dari  
12 Ogos hingga 20 September...
Masih ada masa lagi untuk sesiapa yang berminat nak joint...
Jom la joint ramai-ramai...

August 17, 2010

Teringin Sangat-Sangat Nie...

Sejak bermulanya bulan Ramadhan last week...Lynn dan Mr. Hubby telah berusaha untuk mencari sesuatu...Naik jenuh la mencari parking di kawasan yang penuh sesak dengan kereta semata-mata kerana nak makan kuih nie...Memang teringin sangat-sangat nak makan...


Kalau ada yang tak tahu di atas tu adalah gambar Kuih Tako...Thank you En. Google kerana supply gambar yer...Kuih Tako yang kami rasa sedap sangat dijual di Bazaar Ramadhan Taman Universiti...Tapi sehingga ke hari ini kami tak berpeluang nak makan kuih nie...Last sekali Lynn makan Kuih Tako nie waktu Ramadhan tahun lepas...Kuih nie memang tops waktu bulan Ramadhan nie...

Rasanya kitorang dah sampai awal juga di Bazaar Ramadhan Taman Universiti tu tapi kenapa la bila kitorang pergi kat meja akak tengok semuanya dah selesai dikemas...Agaknya pukul berapa la habis akak tu jual Kuih Tako nie yer? Takkan la baru jual 1 jam dah habis kut...Huhuhuhu...Dan disebabkan Kuih Tako yang kitorang nak beli tu sentiasa habis, jadi kitorang pun beli la Popia Basah yang ada kat sebelah meja Kuih Tako tu...


Gerai Popia Basah nie pun sentiasa la ramai orang yang beratur nak beli...Huhuhu...Dan yang menjual Popia Basah nie plak adik-adik yang handsome2 belaka seramai 3 orang...Memang x menang tangan arr...Kedua-dua kuih di atas merupakan kuih kegemaran Lynn & Mr. Hubby...Qistina hanya suka makan Kuih Tako jer...Popia Basah dia tak suka sebab pedas sket...Hehehehe...Korang plak suka makan kuih apa?

P/S : Entry nie membuatkan Lynn rasa lapar...Huhuhuhu...

Berkongsi Tip Keibubapaan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia untuk kawan-kawan blogger semua...Apa khabar hari nie? Moga semuanya sihat sejahtera yer...Sedar tak sedar hari nie merupakan hari ke7 Ramadhan...Sekejap jer masa berlalu kan...Hari nie Lynn nak share sket ilmu yang Lynn dapat dari satu magazine di Malaysia nie...Mana tahu info yang ada kat sini leh jadi panduan untuk kawan-kawan blogger di luar sana...Jom kita tengok satu persatu yer...

10 Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak

~ Membebel berbanding berbincang - Pendekatan memarahi anak-anak remaja seperti anak kecil bukan lagi kaedah terbaik dalam mendidik.  Sebaliknya teguran berhemah dan berbincang lebih mudah diterima anak-anak remaja kini.  Teguran seperti seorang kawan lebih bermakna.

~ Mengambil mudah setiap perkara - Disiplin anak remaja yang kadangkala suka membuat masalah seperti balik lambat, tidur di rumah kawan, ponteng kuliah dan sebagainya bukanlah perkara yang harus dipandang sebelah mata oleh ibu bapa.  Mengawasi pergerakan dan pergaulan anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa.

~ Tidak mengambil tindakan - Peraturan yang ditetapkan ibu bapa kepada anak-anak mereka kadang-kadang hanya tinggal peraturan.  Anak-anak sepatutnya jelas dengan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar peraturan yang digariskan oleh ibu bapa.

~ Menetapkan matlamat yang tidak munasabah - Apabila menetapkan matlamat, ibu bapa harus memastikan bahawa matlamat yang dibuat itu adalah sesuatu yang jelas dan boleh dicapai.  Contohnya, jika mahu anak pandai bermain muzik, ibu bapa perlu menghantar anak mereka ke kelas muzik.

~ Kurang berdoa dalam proses mendidik anak - Perlu diingatkan bahawa doa ibu bapa adalah doa yang akan dimakbulkan.  Mendidik anak-anak sambil berdoa untuk kebaikan mereka adalah sangat dituntut.

~ Memperkecilkan kebolehan anak - Setiap anak dikurniakan kelemahan dan kelebihan masing-masing.  Sikap ibu bapa yang memperkceilkan kelemahan anak-anak akan membuatkan anak-anak berasa terasing dan jauh daripada ibu bapa.

~ Kurang tegas - Ketegasan ibu bapa dalam mendidik anak adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan.  Pastikan anak-anak belajar, makan, tidur, riadah pada waktu yang sepatutnya.

~ Kurang memberi sentuhan - Anak-anak yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa lebih cenderung untuk mengasingkan diri.  Mereka lebih gemar berada dalam dunia mereka sendiri.  Sentuhan dan belaian mahupun perbualan singkat antara ibu bapa dengan anak-anak mampu mengeratkan hubungan.

~ Menegur dengan cara negatif (sentiasa mencemuh dan mengkritik anak-anak) - Kritikan yang membina boleh merangsang semangat anak-anak manakala cemuhan atau kritikan yang negatif tentu sahaja membuatkan anak-anak menjadi lebih pasif dan tidak yakin pada diri sendiri.

~ Pendidikan anak-anak yang tidak seimbang - Mendedahkan anak-anak kepada perkara-perkara yang cemerlang boleh membentuk perkembangan minda yang sihat.  Keseimbangan dalam mendidik anak-anak dari segi intelektual, fizikal, kerohanian dan pengalaman adalah pendekatan terbaik.

Daripada panduan yang ada nie mungkin kita sebagai ibu bapa boleh memikirkan cara yang terbaik bagi kita untuk mendidik anak-anak...Info nie Lynn dapat dari Majalah Wanita bulan Ogos 2010...Sharing is caring...

August 16, 2010

Blogwalking

Salam pagi Isnin untuk kawan-kawan blogger semua...
Sihat ker korang pagi nie?
Macam mana dengan weekend korang?
Lynn rasa mesti ramai di antara korang yang balik kampung weekend lepas...
Berbuka puasa bersama family tercinta kat kampung halaman kan...
Macam tu juga dengan Lynn...
Lynn, Mr. Hubby n Qistina balik ke Rawang weekend lepas...
Spend masa dengan family...
Disebabkan weekend Lynn dah terisi dengan macam-macam aktiviti...
Masa untuk berjalan-jalan kat blog kawan2 pun terbatas la...
Jadi hari nie Lynn nak berjalan-jalan dan komen kat blog korang semua...
Hehehehe...
Nantikan kehadiran Lynn yer...
Chiao...

August 14, 2010

Mari Mengemas Rumah + Jalan-jalan

Salam pagi Sabtu untuk pembaca blog Lynn nie..
Sihat ker semuanya hari nie?
Lynn tak berapa sihat sangat la hari nie...
Dari malam tadi hidung Lynn nie asyik bersin2 jer...
Huhuhuh...
Masalah sungguh la...
Dah la Lynn sekarang nie kat rumah parents Lynn di Rawang...
Ubat selsema plak tertinggal di Johor Bahru...
Kalau tak okey juga kena arr gie klinik...
Hari nie kitorang adik beradik dah berpakat nak kemas rumah Rawang nie...
Sejak Ibu uruskan kontrak tandas di stesyen KTM Rawang rumah nie agak kelam kabut sket...
Kebetulan semua adik beradik Lynn balik minggu nie...
Haruslah ada program gotong royong hari nie...
Hope sangat la hidung Lynn tak buat hal la yer...
Huhuhuh...
Kalau ada peluang Lynn nak minta Mr. Hubby bawa Lynn ke Jalan TAR hari nie...
Nak cuci mata sebab sepanjang bulan Ramadhan nie ada Bazaar kat Jalan TAR...
Barang-barang yang dijual memang arr sangat mantops...
Tapi kalau tak sempat gie hari nie maybe kitorang boleh pergi esok...
Leh singgah sekejap waktu nak balik ke Johor Bahru...
Erm, apa perancangan korang plak sepanjang weekend nie?

August 13, 2010

Give Away Raya

Tadi Lynn jalan-jalan kat blog kawan-kawan...Sekali Lynn ternampak satu blog nie...Tuan punya blog dikenali sebagai Kak Nor dari Kota Bahru, Kelantan...Kak Nor yang baik hati nie telah anjurkan satu Give Away Raya...Hadiah yang ditawarkan untuk para pemenang memang arr sangat best...Tapi sayangnya Lynn tak dapat nak tepek gambar2 hadiah tu kat sini...Sebabnya Kak Nor tidak mengizinkan gambar-gambar di blognya dicilok oleh org lain...

Syarat-syarat penyertaan sangat simple yer...
  • Terbuka kepada semua...Sama ada follower atau tidak...(Lynn jadi follower sebab suka tengok koleksi yang ada kat blog Kak Nor nie...)
  • Terhad untuk blogger di Malaysia sahaja...(Lynn kat Johor Bahru jer...)
  • Sesiapa nak sertai just tinggal komen kat entry tentang Give Away Raya nie...(Dah tinggalkan komen pun...)
  • Komen di shoutbox tidak diambil kira...(Lynn just nak Salam Ramadhan untuk Kak Nor jer kat shoutbox...)
  • Tiada paksaan untuk buat entry di blog masing-masing...(Yang nie Lynn buat dengan rela hati...Tanpa paksaan pun...Hehehehe...)
  • Tarikh tutup penyertaan pada 23 Ogos 2010...(Seminggu jer masa yang diperuntukkan...)
Jadi untuk anda-anda di luar sana yang nak menyertai Give Away Raya nie boleh la joint give away tu di SINI...Okey kawan-kawan semua, jom kita sertai give away nie ramai-ramai yer...Untuk Kak Nor moga makin murah rezeki sebab sudi nak buat Give Away Raya nie...

Tentang Ceramah Agama

Pagi tadi Lynn berpeluang untuk menghadiri satu majlis ilmu di pejabat Lynn...Phamplet tentang ceramah agama nie telah diedarkan seawal minggu lagi...Jadi masuk jer pejabat pagi tadi Lynn terus tanya kawan-kawan pejabat jadi ker ceramah agama yang dirancang...Syukur kerana program akan berlangsung jam 8.30 pagi di Dewan Kuliah IPP...Penceramah pun dah sampai kata mereka...

Ceramah agama pagi nie disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Nor Rashid bin Haji Mohd Yassin dari Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim...Tuan Haji Mohd Nor nie dah masuk kali ke2 sampaikan ceramah kat pejabat Lynn nie...Cara dia sampaikan ceramah memang arr sempoi sebab ada nyanyi2 sekali...Hehehehe...Jadi yang dengar ceramah nie rasa enjoy dan tak kan sempat nak mengantuk la...

Ceramah agama hari nie adalah tentang Penghayatan Ramadhan...Al-maklumlah sempena bulan Ramadhan kan...Tapi dari pendapat Lynn, alangkah bagusnya kalau Lynn dapat dengar slot nie sebelum Ramadhan bermula sebab inti pati ceramah adalah lebih kepada Persediaan Menghadapi Ramadhan...Tapi hari nie dah masuk puasa ke3 pun...Tak per la...Kita praktikkan untuk tahun hadapan la yer...

Amalan Apabila Masuknya Bulan Ramadhan...(Maghrib terakhir bulan Syaaban...Selepas dah tengok anak bulan...)
  1. Mengucapkan Alhamdulillah...
  2. Baca Al-Fatihah sebanyak 7 kali...
  3. Baca Allahuakbar sebanyak 3 kali...
  4. Baca pujian - Pujian bagi yang telah menjadikan aku & engkau dan telah menentukan bagiku darjat & telah menjadikan kau tanda kuasa bagi sekalian Alam...
  5. Baca doa - Ya Allah, telah zahirlah Ramadhan atas kami dengan Aman, Iman & Selamat...
Telah datang kepada kamu Ramadhan Al Mubarak...Allah telah mewajibkan atas kamu puasanya...
  • Dibuka sekalian pintu Syurga...
  • Ditutup sekalian pintu Neraka...
  • Dibelenggu semua syaitan...
  • Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan (83.33 tahun)...Malam tersebut adalah Malam Lailatulqadar...
Sesiapa yang tidak bertemu kebaikannya sesungguhnya alangkah rugilah dia...

Jadi itu la di antara info-info yang Lynn dapat waktu ceramah pagi tadi...Dan kita sebagai umat Islam hendalah merasa seronok apabila tibanya Ramadhan ini kerana bulan ini adalah bulan yang istimewa dan seperti kata Tuan Haji Mohd Nor segala amalan yang dilakukan sepanjang bulan ini ALLAH akan memberikan pahala yang berganda-ganda...Itu jer yang Lynn nak share dengan korang...Next Friday akan ada Ceramah Agama lagi...Tajuk next week Pembentukan Ibadat Yang Berkualiti...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...