February 29, 2012

Double Q Kesayangan Mama & Papa

Rasanya dah lama tak tepek gambar anak-anak kat dalam blog nie...Okey la...Hari nie Lynn nak tepek gambar Double Q kat entry nie yer...Bukan banyak pun...Just 2 keping jer...Untuk tatapan di kemudian hari...Hehehehe...


Gambar Mama dan Papa tak yah tepek kat sini...Hehehehe...Cukup la gambar anak-anak jer...

Okey la...Nanti ada masa update lagi yer...Take care semua...

February 28, 2012

Tips Mendidik Anak

Kat entry nie ada beberapa tips mendidik anak-anak...Lynn pun dapat dari Facebook...Kalau korang rasa okey leh la baca dan pratikkan yer...
  • Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan)
  • Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
  • Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).
  • Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya)
  • Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  • Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
  • Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai suatu bebanan kepada ibubapa mereka.
  • Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
  • Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  • Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg datangnya daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
  • Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  • Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  • Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  • Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  • Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
  • Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.
  • Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja-kerja ofis selalunya lebih penting daripada keluarga.
  • Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka, tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
  • Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Ibarat kain yang putih, terpulanglah kepada anda untuk mencorakkannya. Semuanya di tangan anda.
Seriously nak bagi tahu yang hati Lynn tengah risau memikirkan Qaleesya di rumah pengasuh baru...Semoga semuanya dipermudahkan la yer...Dan Lynn juga berharap Qaleesya dapat sesuaikan diri dengan pengasuh baru...Memang cuak betul la Lynn nak lepaskan Qaleesya dengan pengasuh baru...

Hanya ALLAH S.W.T jer yang tahu hati dan perasaan Lynn ketika ini...

February 27, 2012

Meh Qistina Tolong Mama

Sebenarnya dah lama nak share dengan korang citer nie...Tapi sebelum tu nak bagi tahu kat korang semua yang Majlis Doa Selamat, Kesyukuran dan Aqiqah Nur Qaleesya Arissa telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu lepas...Syukur Alhamdulillah...Ramai saudara mara dan jiran tetangga yang hadir...Citer tentang majlis tu akan diupdate dalam masa seminggu nie yer...Korang doakan la Lynn rajin nak mengedit gambar dan update story yer...

Entry hari nie sebenarnya tentang Qistina...Anak dara Lynn dan Mr. Hubby yang sulung nie bakal berusia 5 tahun Julai nie...Sekejap jer dah nak 5 tahun dah...Dan bila dah nak berusia 5 tahun nie dah macam-macam perangai yang dia dah tunjukkan pada mama dan papa dia...Dan sekarang nie Qaleesya pun dah mula dah belajar perangai kakak dia...Huhuhuhuh...

Memang mustahil la kalau anak-anak nie tak der buat perangai kan...Qistina pun selalu gak buat perangai kat rumah...Tapi tak der ler melampau-lampau...Masih boleh dihandle...Kalau mood dia okey memang arr bagus jer...Tapi kalau mood dia tak okey memang kecoh arr satu rumah tu...Di tambah plak dengan Qaleesya yang sekarang nie memang suka sangat nak berkepit dengan Mama dia...Jadi agak super busy sket la Lynn dan Mr. Hubby uruskan anak-anak...

Berbalik kepada tajuk entry di atas...Dah 3 perenggan baru ko nak masuk citer sebenar ker Lynn?  Hahahahaha...Kalau hantar karangan Bahasa Melayu comfirm ler kena potong markah dengan Cikgu BM...Hehehe...Qistina baru-baru nie duk tolong Lynn buat sesuatu...Korang nak tahu apa yang dia tolong Lynn? Meh tengok sini meh...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Qistina tolong Mama buat nie...

Note book nie dia kata x der nama Mama...Jadi dia tolong tuliskan kat atas kertas lain dan tepek kan kat note book nie...Alahai anak mama...Sangat terharu mama ko nie bila ko boleh terfikir nak buat macam nie...Huhuhuhuhu...Anyway Mama dan Papa loves you so much dear...Gitu juga dengan Qaleesya...Hehehehe...Tak kan la sayang Qistina sorang jerk...Betul tak...Kena la sayang dua-dua...

Okey la semua...Nanti Lynn update lagi yer...Take care...

February 23, 2012

Semoga Semuanya Dipermudahkan

Dah berhari-hari tak update...Disebabkan kesibukan yang super duper tak boleh nak elakkan dan ditambah dengan banyak perkara yang perlu difikirkan maka hari nie la baru Lynn sempat nak update blog...Alasan tak boleh blah...Hahahaha...Macam la ko sorang jer yang ada banyak kerja...

Sebenarnya Lynn memang tergerak hati nak cuti hari ni dan esok...Semuanya disebabkan nak fokuskan kepada Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Aqiqah Nur Qaleesya Arissa yang bakal berlangsung di rumah MIL hari Sabtu nie...Tapi entah kenapa hari nie boleh plak datang office...Huhuhuhuh...Punca sebenar datang office sebab borang cuti pun tak isi lagi...Jadi jangan arr nak mengada-ngada nak cuti hari nie...Boleh cuti esok jer...

Paling koman pun akan amek half day hari nie atas ihsan Ketua Cawangan yer...Satu sebab nak amek half day adalah kerana nak mencari pengasuh baru untuk Nur Qaleesya Arissa...Pengasuh yang sekarang nie minta kitorang cari pengasuh lain...Huhuhuhu...Sebenarnya Makcik dan Pakcik Lynn tu nak menunaikan haji tahun nie...Jadi diorang minta kitorang cari pengasuh lain supaya diorang boleh fokuskan kepada urusan-urusan untuk menunaikan haji...

Dan kini bertambah lagi satu perkara yang perlu difikirkan...Semoga semuanya dipermudahkan la yer...Korang doakan kitorang dapat cari pengasuh baru untuk Qaleesya yer...Kalau boleh biarlah dapat yang dekat dengan rumah...Insyaallah...

February 17, 2012

Tak Mau Cakap Banyak

Hari nie tak nak merapu apa dalam blog nie...
Boleh ker gitew? 
Macam la selalu merapu kan...
Sebenarnya hari nie sehingga la hari selasa depan jadual Lynn memang pack giler...
Boleh tak pinjam masa korang semua?  
Huhuhuhu...

Jumaat - Siapkan kerja-kerja office dan wrapping hadiah Bola Sepak 
Sabtu - Kojohanan Bola Sepak Piala Pengarah LPP Johor 
Ahad - Gie shopping barang keperluan untuk program Maulidur Rasul
Isnin - Mesyuarat Pengurusan dan Gotong Royong (pagi - petang) 
Program Maulidur Rasul LPP Johor/KSK LPP Johor (malam)
Selasa - Mesyuarat Pengurus Besar 

Alahai...
Memang super duper busy lor...
Dah tu next week juga nak buat goodies untuk majlis aqiqah Nur Qaleesya Arissa...
Moga semuanya dipermudahkan la yer...
Insyaallah...

February 14, 2012

Dari Lasagna ke Roti John

Dah lama betul tak berupdate blog nie...Ingatnya nak ler update tiap-tiap hari tahun nie...Tapi memang x dapat lor...Sebabnya busy sokmo arr sejak akhir-akhir nie...Moga-moga lepas nie Lynn makin bijak menguruskan masa la yer...Agar blog yang satu nie tak terabai...Begitu juga dengan blog Homemade Chocolate Lynn yang lagi satu tu...Banyak betul gambar tempahan chocolate yang belum Lynn update dalam blog...Huhuhuhuh...

Erm, ingat lagi tak entry tentang nak buat Lasagna tu...Untuk pengetahuan korang semua rancangan untuk buat Lasagna tu tak jadi pun...Sebabnya Qistina kena gie school hari Sabtu lepas...Jadi nak kena fokus kat anak dara tu dan kalau nak buat Lasagna tu kan kena amek masa lebih sket...Maka pada hari Sabtu lepas kitorang gie sarapan kat luar jer...Lepas hantar Qistina ke school, kami tiga beranak terus ke Taman Universtiti...Gie melepak kat kedai mamak jap untuk sarapan dan proceed ke Pasar Taman Universiti...

Walaupun tak dapat buat Lasagna, Lynn telah berjaya membuat Roti John pada hari Ahad lepas...Ceeeeehhhhhh...Buat Roti John pun nak kecoh ker? Hahahahahaha...Peduli la kan...Suka hati ler nak update apa pun sebab blog nie kan Lynn yang punya...Betul tak?  Untuk yang tak suka tu jangan sibuk-sibuk nak baca atau amek tahu yer...Boleh buat hal korang masing-masing...Betul tak kawan-kawan blogger ku?  

Berbalik kepada cerita Roti John tadi...Sebenarnya Lynn tak pernah pun buat Roti John nie...Selalu beli kat Pasar Malam atau Bazar Ramadhan jer...Tapi kawan baik Lynn, yang bernama Rose tu rajin betul la buat Roti John nie untuk makan malam keluarga dia...So Lynn nie pun minta la resepi...Dari cara dia bercakap tu memang arr senang jer nak buat Roti John nie...

Jadi Lynn dah pun berjaya buat Roti John nie...Walaupun simple jer sarapan pagi kitorang Ahad lepas tapi Qistina dan Mr. Hubby memang sangat-sangat ler menyukai Roti John yang Lynn buat nie...Siap puji sedap lagi...Bangga betul Lynn bila suami dan anak cakap sedap...Heheheh...Masuk bakul angkat sendiri...Boleh gitew...


Yang tiga nie jer yang sempat diambil gambar...Lagi 2 dah dimakan oleh Mr. Hubby dan Qistina...Insyaallah lepas nie akan jadi menu yang selalu dimasak oleh Lynn...Hehehehe...Lepas jer sarapan pagi dengan Roti John tu dapat la plak satu mesej dari kawan sepejabat...Diorang ajak gie jalan-jalan di Muzium Johor dan Puteri Harbour, Nusajaya...Yang tu citernya pada next entry yer...Just tepek jer gambar kami beramai-ramai yang joint program nie...


Take care semua...Jumpa di next entry...Insyaallah...

February 9, 2012

Testing Testing

Hi semua...Sihat ker? Hope korang semua sihat la yer...


Okey la...Tak der apa sebenarnya...Sajer jer nak testing testing...Hehehehehe...

P/S : Nampak sedap kan lasagna tu...Dah lama x buat la...Apa kata kalau Lynn buat weekend nie...Boleh gitew?

February 3, 2012

Cuti Panjang Nie Korang Ke Mana?

Syukur Alhamdulillah...Lynn baru jer balik lunch nie...Kenyang sungguh perut...Jangan sat gie mata kuyu nak tidur sudah ler...Dah la sah-sah tak cukup tidur 2 hari ni...Sibuk buat tempahan chocolate untuk satu wedding pada ahad nie...Malam nie pun nak buat satu tempahan lagi...Tapi tak ler banyak mana pun...Untuk kawan baik Lynn yang nak gie bercuti ke Port Dickson esok...

Bercakap tentang bercuti nie teringin juga rasanya nak spend masa berempat gie bercuti juga...Lebih-lebih lagi bila cuti panjang 4 hari yang start esok...Kalau nak balik kampung memang tak der dalam list sebab Raya Cina hari tu dah pun balik ke Rawang...Last week plak baru jer balik Negeri Sembilan...Maka this week kena la kitorang stay jer kat rumah...Maybe nanti-nati la kitorang leh gie bercuti...

Sebenarnya dah ada plan dah nak buat apa kat rumah minggu nie...Lynn dan Mr. Hubby ada projek khas....Waahhhhhh...Projek apakah itu? Cer teka cer teka....Tak yah ler korang semua fikir lama-lama...Meh Lynn khabar kat korang semua...Lynn dan Mr. Hubby sebenarnya dah lama merancang nak deco bilik Qistina...Tapi tak pernah menjadi realiti...Jadi cuti yang panjang selama 4 hari nie bakal di isi dengan membuat sket decoration di bilik Qistina...

Tapi tak ler meriah dan secantik macam yang ada kat blog Zaldeco nie...Kalau nak meriah macam gini harus ler ada budjet ratus-ratus dan maybe juga leh cecah riban-riban...Huhuhuhuhu...Betul tak?





Tapi walaupun tak der budget yang besar kita masih boleh mendecoratekan bilik menggunakan idea dan kreativiti kita...Jadi korang semua doakan la yer agar rancangan Lynn dan Mr. Hubby nak decorate bilik Qistina nie berjaya...Hehehehe...

Selamat bercuti panjang untuk semua kawan-kawan blogger dan pembaca setia...Sesiapa yang balik kampung atau gie jalan-jalan tu berhati-hati di jalan raya yer...Kenderaan comfirm banyak cuti-cuti panjang nie...Take care semua...

February 2, 2012

Early Childhood Education (ECE)

Mesti ada di antara korang semua yang pernah dengar, baca atau sah-sah tahu tentang Early Childhood Education (ECE) nie...Dan mungkin juga ada di antara korang yang dah pratikkan ECE nie di rumah dengan anak-anak korang...

Fine, tak mau coloteh panjang-panjang...Boleh tak korang yang dah terror pasal ECE nie story mory sket kat entry nie tentang ECE...Kat mana yang Lynn boleh dapat tahu tentang ECE nie dengan lebih lanjut lagi...Seawal mana usia anak-anak yang boleh kita praktikkan ECE nie?  Meh la share dengan Lynn sebabnya setelah Qistina berusia 4 tahun lebih dan Qaleesya dah 8 bulan baru Lynn didedahkan dengan ECE nie...

Huhuhuhuhu...Seriously Lynn rasa sangat-sangat sedih sebab Lynn terbelakang dalam mengetahui dan mempraktikkan cara-cara yang terbaik dalam mendidik anak-anak...Berharap sangat-sangat dapat mengetahui dan mempraktikkan konsep ECE nie secepat mungkin untuk Double Q di rumah...

February 1, 2012

Selamat Datang Febuari

Salam sayang untuk semua kawan-kawan blogger dan pembaca setia blog kesayangan Lynn nie...Syukur alhamdullillah hari nie kita semua masih berpeluang bernafas di bumi ALLAH S.W.T. ini...Dan hari nie juga merupakan hari permulaan untuk bulan Febuari...Actually Lynn memang ternanti-nantikan ketibaan bulan Febuari nie...

Sebab pertama Lynn ternantikan bulan Febuari nie adalah kerana pada 26 Febuari nie birthday Mr. Hubby yang ke 31...Mr. Hubby berkongsi tarikh lahir dengan anak saudara kami Nur Khairina Damia...Dan 2 hari sebelum itu birthday MIL Lynn...Insyaallah pada 25 Febuari nie kami akan mengadakan kenduri aqiqah anak kesayangan kami Nur Qaleesya Arissa di Felcra Lakai, Negeri Sembilan...

Dulu waktu Qistina, habis jer pantang sebelum naik kerja dah buat kenduri aqiqah...Tapi yang kali ni lewat sket...Tapi tak ler lewat mana pun...Tak sampai pun setahun lagi usia Qaleesya...Insyaallah pada majlis tu nanti akan diadakan juga Bacaan Yassin, Tahlil dan doa selamat serta kesyukuran...All in 1...Untuk aqiqah ini kami sepakat memilih kambing untuk diaqiqahkan...Urusan pembelian kambing dah pun dibuat oleh FIL Lynn...Duit pun kami dah serahkan awal Januari lepas...Tapi kami belum tengok lagi kambingnya...Insyaallah kami akan balik awal sebelum kenduri untuk pilih kambing...

Adakah kami akan pilih kambing yang ini...
 atau yang macam nie...


yang macam nie pun okey juga...


Erm, tengoklah nanti yer kami pilih kambing yang macam mana...Hehehehe...

MIL ada cadangkan sewaktu kenduri aqiqah nanti diadakan majlis berzanji, potong jambul dan berendoi...Tapi setelah adakan perbincangan bersama Mr. Hubby, kitorang prefer kalau diadakan majlis berzanji dan potong jambul sahaja...Sebabnya Qaleesya dah pun 8 bulan lebih waktu tu...Dan sangat-sangat comfirm la Qaleesya dah tak sesuai nak duk baring macam baby baru lahir kat dalam buaian yang cantik-cantik macam kat bawah nie...
 So sweet la buaian nie...Memang sesuai untuk gegirl macam Qaleesya...

Yang nie pula sesuai untuk boboy...
 
Anak dara tu dah makin lasak dah sekarang nie jadi rasanya tak sesuai nak letakkan dia kat dalam buaian tu...Kang tak pasal-pasal dia berguling-guling kat dalam buaian tu...Huhuhuhuhuh...Jenuh plak nanti Mama dan Papa nak handle...Lynn memang excited nak menantikan majlis 25 Febuari nie...Tarikh pun Lynn yang pilih sebab nanti leh celebrate sekali birthday Mr. Hubby...Syok dan menjimatkan sebab tak perlu buat event lain...Betul tak...

Owhhh yer...Lupa plak nak tanya korang semua...Kalau diberi pilihan korang suka Lynn pilih warna apa untuk tema majlis nie nanti?




Cer pilih...Cer pilih...Hehehehe...

Tak lupa juga nak wish Selamat Hari Wilayah kepada semua warga wilayah peserkutuan...Seronok la korang ek hari nie cuti...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...