January 3, 2011

First Day Working & School Year 2011

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua kawan-kawan blogger...Hari nie merupakan hari pertama kita semua bekerja dan bersekolah...Hari nie Lynn, Mr. Hubby dan Qistina bangun awal sebab excited nak gie kerja dan school...Lynn dan Mr. Hubby excited nak gie kerja...Dan Qistina plak excited nak gie school...Apesal plak kitorang leh excited ek?

Sebabnya baru jer menghabiskan cuti 3 hari weekend lepas...Hari Jumaat kan cuti ihsan dari kerajaan Malaysia...Dan sambung plak Sabtu & Ahad...Memang cukup rest dan rasa fresh sangat...Qistina plak excited sebab nak gie school dengan baju baru dan beg school yang baru...Walaupun masih lagi meneruskan persekolahan di Tadika Ixora Ria tapi Qistina tetap excited sebab nak jumpa kawan-kawan baru...Hehehehehe...

Untuk tahun 2011 nie Lynn dan keluarga memang mengharapkan yang terbaik dalam keluarga kecil kami nie...Moga-moga rezeki kami sekeluarga makin bertambah dan kehidupan kami makin bahagia...Semoga segalanya dipermudahkan ALLAH S.W.T dan diberi hikmah dari ALLAH S.W.T atas semua kejadian yang berlaku...Insyaallah...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...