December 31, 2010

Senarai Bloglist 2011

Ini adalah Sticky Post...Untuk entry2 terbaru please scroll ke bawah yer...

Untuk pengetahuan korang semua blog Lynn nie tak ler sepopular blog Redmummy, Cikgu Dahlia atau Hanis Zalikha tu...Tak ler sampai traffic riban-riban setiap hari macam mereka-mereka yang popular tu...Tapi entah macam mana pagi tadi Lynn tergerak hati untuk senaraikan dengan lebih banyak lagi blog untuk diletakkan dalam bloglist yang wajib Lynn baca setiap hari pada tahun 2011...

Lynn ingat nak asingkan blog-blog nie mengikut negeri...Contohnya blogger dari negeri Johor akan diletakkan di list negeri Johor...Begitu la juga dengan negeri-negeri yang lain...Rasanya itu lebih memudahkan Lynn untuk ingat semua kawan-kawan blogger Lynn...Senang juga untuk Lynn komen entry-entry korang...Kadang-kadang Lynn nie terlepas pandang la...Terskip baca entry korang dan x komen pun...Sedangkan korang punya la gigih datang membaca setiap entry Lynn serta komen sekali...

Jadi untuk semua kawan-kawan blogger ku...Please drop your comment kat entry nie dan tinggalkan sekali korang punya link blog...Inform Lynn korang skrg stay kat mana yer...Senang nanti Lynn nak letakkan dalam blog list untuk tahun 2011 nie...Hehehehehe...Silap hari bulan sejurus jer korang bagi link Lynn terus jer ubah setting kat blog Lynn nie dan masukkan senarai blog yang baru...

Rawang - Penang - Sg. Petani

Salam pagi Jumaat untuk semua kawan-kawan blogger...Sempena cuti yang diberikan oleh PM di atas kejayaan pasukan negara tercinta memenangi AFF Suzuki Cup tahun ini, kitorang bertiga balik ke Rawang...Malam tadi kitorang dah sampai Rawang...Syukur alhamdulillah...

Pagi nie tadi sesudah subuh kitorang sekeluarga gie menziarah kubur arwah adik Syafiq...Dan lepas tu terus jer breakfast kat kedai mamak atas permintaan Qistina...Nak makan roti tisu plak dia pagi nie...Sekejap lagi kitorang akan bertolak ke Utara untuk menghantar Adik Finaz yang akan mendaftar untuk Semester 2 di UiTM Shah Alam...Ehhhhh...UiTM Shah Alam plak...UiTM Merbok, Sungai Petani la...Hehehehehe...

Mengikut kata ayah kitorang akan ikut jalan lama sehingga Tanjung Malim dan cari masjid yang berdekatan untuk para lelaki sekalian menunaikan Solat Jumaat...Dan lepas tu akan proceed ke Penang...Bermalam tahun baru 2011 di Penang la kitorang malam nanti...Dan sekiranya ada rezeki Lynn nak sangat makan Nasi Kandar kat Penang...Sejak awal preggy hari tu Lynn dah teringin sangat nak makan Nasi Kandar...Hope dapat la makan yer...Hehehehe...

Okeylah...Lynn nak tolong kemas apa yang patut nie...Akan update lagi dari masa ke semasa okey...Take care semua...Adios...




December 30, 2010

Hari Nie Ada Meeting

Morning semua...Sihat ker korang? Hope semuanya sihat2 belaka la yer...Entry nie entry autopublished...Tak pasti la entry nie akan muncul ke tidak sebab pernah gak entry autopublished Lynn tak muncul kat blog...Entah kat mana silapnya...Huhuhuhu...

Hari nie Lynn ada mesyuarat pengurusan di Hotel Landmark, Batu Pahat...Hotel nie berdepan dengan BP Walk...Jadi kalau malam minggu disarankan tak yah la duk menginap kat sini sebab Lynn dah ada experience tak tido malam bila stay kat hotel nie...Di BP Walk nie ada disco dan club yang pastinya membingitkan telinga anda di malam minggu...Tapi kalau korang suka dengan suasana yang bising tu okey jer kalau nak stay kat hotel nie malam minggu...

 Inilah dia Hotel Landmark, Batu Pahat...Untuk mereka yang tak tahu jer...Yang mana tahu tu duk diam-diam yer...

Lynn harap mesyuarat pengurusan kali nie berjalan lancar...Dan disebabkan Mr. Boss baru jer balik dari mesyuarat dengan Pengarah-Pengarah sure banyak amanat yang akan disampaikan dalam mesyuarat pengurusan nie...Hope tak amek masa sehingga lewat petang la yer...Hehehehe...Erm, okey la...Nanti ada masa dan peluang Lynn akan jalan-jalan kat blog korang dan komen...Take care semua...Muaahhhsss...

December 29, 2010

Batuk Ini Menyakitkan Tekak

Huhuhuhuh...
Setelah beberapa hari memakan ubat sakit tekak...
Akhirnya batuk-batuk Lynn makin worst...
Semalam dah start kuar kahak...
Memang arr makin perit tekak nie...
Ubat sakit tekak dah habis plak tu...
Dan hari tu doktor tak bagi ubat batuk...
Jadi lunch hour tadi Lynn bergegas ke Farmasi...
Bertanyakan tentang ubat batuk yang sesuai dimakan...
Al-maklumlah preggy mommy...
Nak amek sebarang medicine kena la tanya yang pakar...
Diorang suruh makan ubat nie...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Lynn pun beli la ubat nie yang paling kecik sekali...
Hope sangat lepas makan ubat nie batuk Lynn okey...
Tidur malam pun asyik terganggu jer lately nie...
Semua gara-gara batuk la...
Untuk para wanita di luar sana...
Korang pernah alami tak batuk2 waktu mengandung nie?
Ada makan ubat apa2 tak?

Insiden di CALTEX

Salam ceria untuk semua kawan-kawan blogger yang Lynn sayang...Begitu juga dengan silent reader yang setia membaca blog nie...Tq so much yer sebab korang semua sudi bertandang ke blog Lynn...Tentang entry Lynn petang semalam, Lynn ucapkan terima kasih banyak2 kepada mereka yang memberi komen...Ramai yang memberikan kata2 semangat pada Lynn...Insyaallah Lynn dan keluarga akan kuat menghadapi situasi nie dan kami sekeluarga sentiasa bermohon pada ALLAH S.W.T agar segalanya dipermudahkan dan ada hikmah yang akan muncul di sebalik apa yang terjadi...Insyaallah...

Pagi nie Lynn nak citerkan sket kat korang semua tentang satu insiden yang terjadi pada Mr. Hubby di CALTEX petang semalam...Sebelum Mr. Hubby amek Lynn kat office dia singgah isi minyak kat CALTEX...Dulu Mr. Hubby isi minyak Petronas ataupun Shell tapi sekarang nie dah berlih ke CALTEX plak...Erm, x pasti la plak kenapa...Sedang dia isi minyak, ada seorang lelaki berbangsa India datang berjumpa dengan Mr. Hubby sambil mendokong anaknya...Rasanya usia anak dia dalam setahun lebih...

Gambar ihsan dan Encik Google

Lelaki tu sebenarnya nak isi minyak...Tapi kad kredit dia kena reject...Jadi dia dengan segan silunya dan minta maaf pada Mr. Hubby supaya Mr. Hubby dapat tolong dia...Dia tengah emergency nak ke Singapore dari Muar...Mr. Hubby cakap dengan Lynn waktu tu dia rasa kesian sangat tengok orang tu...Dia pun bagi la RM20.00 kat lelaki tu...Then lelaki tu ucap terima kasih dan terus gie isi minyak...

Waktu Mr. Hubby citerkan hal nie, Lynn tanya pada Mr. Hubby apesal dia bagi duit pada lelaki tu...Tak terfikir ker yang itu mungkin satu penipuan...Sebab Lynn pernah gak dengar situasi nie berlaku pada kawan-kawan Lynn...Tapi orang tu minta duit sebab dompet kena curi...Mr. Hubby just cakap imagine la kalau situasi tu berlaku pada kita...Kad kredit kena reject, cash plak tinggal ciput dalam wallet, nak kuarkan duit kat mesin ATM tapi mesin ATM tak berfungsi...Apa yang boleh kita buat dalam situasi tu...Mungkin kita pun akan buat perkara yang sama macam lelaki tu...

Dan untuk pengetahuan korang lelaki tu minta no handphone Mr. Hubby juga sebab hari nie dia berjanji akan call dan bayar semula duit Mr. Hubby yang sebanyak RM20.00 tu...Tapi Mr. Hubby cakap yang dia x berharap pun lelaki tu bayar sebab dia tolong ikhlas dan sekiranya lelaki tu menipu itu antara dia dengan tuhan...Mr. Hubby pun cakap kalau betul la lelaki tu nak bayar dia just minta lelaki tu top up kan jer handphone dia...Tak nak amek risiko bagi nombor akaun kat lelaki tu...Kang tak pasal2 kes lain plak yang muncul...

Ha...Korang ada tak pengalaman macam nie?  Jom share kat sini...Komen juga apa pendapat korang tentang tindakan Mr. Hubby Lynn tu...Semalam Lynn dah minta izin dengan dia untuk citerkan hal nie kat blog...Dia pun nak tahu juga apa feedback korang semua...Hehehehehe...

December 28, 2010

Its Really Hurt Me

Lynn tak pasti leh share citer nie atau tak dengan korang...
Citer nie agak panazz & yang pasti boleh merobekkan hati...
Apa yang berlaku menguji kesabaran Lynn...
Lynn rasa buntu...
Lynn rasa frust...
Mungkin di luar orang nampak Lynn okey...
Tapi di dalam hati Lynn menanggung beban perasaan yang sangat dalam...

Maaflah sebab korang mesti tercengang2 dengan entry Lynn yang nie...
Lynn tak sedia untuk share dengan korang kat sini...
Huhuhuhuhuhu...
Cuma satu jer Lynn pinta...
Agar ALLAH S.W.T memberi petunjuk...
Lynn mohon juga agar ALLAH S.W.T memberikan kami sekeluarga ketenangan dan kekuatan untuk menghadapi situasi ini...

Qistina di Rumah, SKT di HRMIS

Salam pagi Selasa untuk semua kawan-kawan blogger Lynn...Yang sudi membaca tapi tak kenalkan diri atau tinggalkan komen pun Lynn ucapkan Good Morning...Pagi nie Lynn terlewat punch kad tau...8.02 pagi...Huhuhuhuhu...Lynn & Mr. Hubby memang dah agak dah yang kitorang akan lewat pagi nie...Semuanya gara-gara cik mek molek Qistina la...Pagi tadi boleh plak mengada-ngada lambat bangun kan...Bila dah bangun tu mula-mula nak Mr. Hubby mandikan then lepas Mr. Hubby solat subuh nak ler mandikan dia...Tapi kecohs plak panggil mama dia mandikan...Haru biru dibuatnya...

Kat situ jer dah amek masa dah...Then dia nak plak makan roti bakar dengan Mayonise...Jadi memang la layankan...Tapi boleh plak makan roti tu dengan penuh sopan santun dan slow2 macam la mama dan papa dia tengah duk lepak2 kat rumah macam pagi weekend...Huhuhuhuh...Jadi pagi tadi kitorang kuar rumah tepat jam 7.30 pagi...Selalunya keluar rumah kul 7.15 pagi...Jadi sampai kat pejabat lebih kurang kul 7.57 @ 7.58 pagi ler...Tapi disebabkan dah kuar lambat hari nie maka merah la punch kad Lynn hari nie...Nasib baik la bulan nie baru 1 kali punch kad tu bewarna merah...

Sepanjang minggu lepas dan minggu nie rasanya ramai yang berhempas pulas mengisi SKT di dalam HRMIS masing-masing kan...Ada juga yang tolong isikan untuk pegawai-pegawai lain di pejabat...Sama la dengan situasi yang berlaku kat office Lynn nie...Ketua Pembantu Tadbir pejabat Lynn nie duk sibuk membantu kerani2 yang ada di cawangan Lynn nie memberikan tunjuk ajar cara-cara memasukkan SKT di dalam HRMIS...Bagi diri Lynn kerja-kerja nie tak ler sesusah mana pun...Yang jadi masalahnya ada line internet yang macam siput sedut dimasak gulai lemak cili api...Huhuhuhuhu...Memang arr satu masalah besar kat office Lynn nie...

Tak tahu la diorang amek line yang berapa RM agaknya untuk pejabat Lynn nie...Asal nak simpan jer draf SKT yang kitorang buat sure amek masa la...Kadang-kadang tu amek masa sejam dua menunggu draf tu diterima...Huhuhuhuhu...Tapi walau sesusah mana pun nak deal dgn HRMIS nie, Lynn dan kawan-kawan sepejabat kena gak masukkan SKT dalam HRMIS masing-masing...Tak der pengecualian untuk sesiapa pun...Jadi sekarang Lynn tengah cuba siapkan SKT Lynn...Dan lepas tu baru la berhempas pulas siapkan SKT Mr. Boss...Pasal SKT Mr. Boss nie lagi haru...Nanti2 la Lynn citer dengan korang...

P/S : Lynn nak sarapan nie...Pesan Soto Nasi jer dengan kawan-kawan tadi...Korang dah sarapan ker? Breakfast apa jer pagi nie?

December 27, 2010

Kemenangan Yang Best

Malam tadi Lynn dan Mr. Hubby menonton perlawanan bola sepak diantara Malaysia dan Indonesia sempena perlawanan akhir pertama AFF Suzuki Cup 2010...Dah lama rasanya Lynn tak temankan Mr. Hubby menonton perlawanan bola nie...Almaklumlah Lynn nie bukan la peminat bola sepak sangat...

Dan sokongan padu yang diberikan oleh kami berdua malam tadi membuahkan hasil yang cukup manis sekali...Yieeeehhhhhaa...Akhirnya kemenangan berpihak kepada Malaysia...3 - 0 Malaysia hentam Indonesia malam tadi...Menang berbaloi la Lynn dan Mr. Hubby terjerit2 menyokong pasukan kebangsaan kita...Hehehehehehe...Sampaikan Qistina pun naik hairan kenapa la kitorang leh terjerit2 macam orang gila kat rumah tu...



Ini adalah insan yang paling cemerlang beraksi malam tadi...Mohd Safee bin Mohd Sali...Player yang Lynn rasa baru nie la Lynn dengar nama dia...Sebab Lynn nie kan agak mundur sket pasal hal-hal bola sepak nie...Kalau yang glamour2 macam adik beradik kembar Zaquan tu memang kenal sangat la...Hehehehehe...Lynn memang salute habis la dengan Safee Sali nie sebab skill dan performance dia memang la sangat mantaps malam tadi...Safee Sali sumbangkan 2 biji gol untuk Malaysia yer malam tadi...

Dan 1 biji gol lagi disumbangkan oleh Ashaari Shamsudin...Lynn try google gambar dia tapi x der yang terbekenan di hati la plak...Huhuhuhu...Jadi dengan total 3 gol yang disumbangkan oleh mereka berdua dengan gagahnya Malaysia akan melangkah ke Indonesia pada Rabu nie dengan lebih yakin dan bersemangat lagi...Insyaallah...Lynn dan rakyat Malaysia yang lain dah pasti la kemenangan akan berpihak sekali lagi pada pasukan kebangsaan kita...Saper yang tak nak tengok negara sendiri menang kan...Betul tak...

Jadi untuk para pemain bola sepak kebangsaan especially Safee Sali dan Ashaari Shamsudin, Lynn sekeluarga ingin mengucapkan tahniah di atas kemenangan yang dikecapi malam tadi dan tak lupa nak say good luck untuk game Rabu nanti...Don't worry Lynn dan Mr. Hubby dah tentu akan terpacak depan TV Rabu nie nak sokong team Malaysia...Akan tetap menyokong team kebangsaan kita MALAYSIA...Go MALAYSIA Go...Kalau boleh team Malaysia kasi sumbat lagi 3 gol yer kat Indonesia nanti...Hehehehehehe...

P/S : Jarang betul update pasal sukan kat blog nie...Hehehehehe...Kelainan hujung tahun 2010 nie...Tak per la...Yang penting mesej yang nak disampaikan tu...

Kurang Sihat Sket

Assalamualaikum dan salam ceria semua...Korang sihat ker hari nie? Syukur alhamdulillah kalau semuanya sihat-sihat belaka...Weekend baru nie Lynn x sihat sangat...Petang Jumaat Lynn diserang demam, batuk-batuk dan selsema...Nak tak nak berkunjung juga Lynn ke Klinik Siti Fatimah...Dapatkan nasihat doktor dan ubat yang sesuai untuk dimakan sebab Lynn kan preggy...Kalau tak preggy senang citer...Makan jer panadol dan ubat batuk Hurix atau Cap Ibu dan Anak tu...Insyaallah okey la nanti...

Sepanjang hari Sabtu Lynn duk berehat jer kat rumah...Nak online di rumah pun Lynn tak der mood...Almaklumlah badan tak berapa nak sihat...Mr. Hubby dan Qistina keluar berdua ke tempat kerja Mr. Hubby sebab pada hari tu ada urusan pengambilan telur ikan siakap di Teluk Jawa, Pasir Gudang...Jadi Lynn tinggal la sorang-sorang kat rumah...Memang rest jer la...Tak masak pun hari tu...Just makan apa yang ada jer...

Sehingga ke hari nie Lynn masih tak sihat sepenuhnya lagi...Cuma selsema dah berkurangan dan demam memang dah kebah la...Batuk-batuk plak makin menggila sekarang nie...Aduhai...Hari Jumaat lepas Lynn tak dapat plak ubat batuk sebab batuk tak kuat sangat...Doktor just bagi ubat sakit tekak jer...Tapi semalam makin menjadi-jadi plak batuk Lynn nie...Huhuhuhuhu...Nampak gayanya petang nanti kena la singgah sekejap ke Klinik Siti Fatimah beli ubat batuk yang sesuai untuk preggy mommies...

Hope sangat Lynn akan beransur sihat la yer...Lebih2 lagi Jumaat nie nak hantar Adik Finaz balik ke UiTM Merbok...Biarlah sihat fizikal dan mental hendaknya...Line internet di pejabat Lynn pun nampaknya macam tak berapa nak sihat sangat...Kadang2 okey kadang2 K.O...Lynn tak tahu la sempat ke tidak nak gier terjah blog korang semua macam kebiasaannya...Tapi kalau semuanya okey Lynn akan datang berkunjung yer kat blog korang...Okeylah...Sementara line tengah okey nie Lynn nak gie jalan-jalan blog korang...Adios...

December 23, 2010

Ragam Qistina

Petang nie Lynn nak share sket citer tentang darling Qistina...Sejak dia tahu yang dia nak dapat adik tak lama lagi, anak dara Lynn dan Mr. Hubby nie punyalah banyak ragam yang dia tunjukkan pada kitorang berdua...Huhuhuhuhu...Walaupun banyak ragam yang dia tunjukkan tapi kadang-kadang tu tergelak juga kitorang tengok keletah dia...

Untuk pengetahuan korang Qistina sekarang dah makin manja dan kemanjaan dia nie kadang-kadang buat Lynn & Mr. Hubby fenin kepala nak melayankan...Nak tengok DVD Upin Ipin kat dalam bilik pun nak kena temankan tau...Padahal sebelum nie boleh jer dia melepak dalam bilik tengok DVD tu sendiri...

Qistina makin banyak songeh bila minta Lynn buatkan susu untuk dia...Dia memang x minta Mr. Hubby buatkan susu dia...Mesti dia nak Lynn juga yang buatkan susu...Kalau air tu x panas macam yang dia nak sure dia akan mengamuk sakan tau...Siap cakap lagi nak susu banyak + air panas banyak...

Dan bila dah siap jer susu yang Lynn buat tu mengikut piawaian yang Qistina tetapkan, dia bukan minum habis pun susu tu...Kadang2 tu membazir jer sebab dia just hisap puting botol tu jer...Alahai...Makin haru la kitorang dibuatnya...Sebab harga susu bukannya murah lor...Bila tak habis minum kan membazir namanya...Huhuhuhu...

Qistina semakin suka bermain dengan anak patung lately nie...Kononnya anak patung tu baby dia...Asal pergi ke shopping complex sure ada jer permainan yang berkaitan dengan anak patung yang dia nak beli...Baru-baru nie dia duk berkenan dengan Barbie plak...Terasa tak lama lagi kena la juga Lynn dan Mr. Hubby belikan anak patung Barbie tu untuk dia...

Sekarang nie Qistina suka gaduh2 manja dengan Lynn atau Mr. Hubby...Kalau dia gaduh dengan Lynn dia akan cakap 'Tak mau kawan dengan Mama...Kawan dengan Papa jer'...Begitulah juga sebaliknya...Tapi gaduh tak lama mana pun...Tak sampai 5 minit dah okey dah...Hahahahaha...

Itulah diantara beberapa ragam Qistina lately nie...Lynn dan Mr. Hubby rasa dia memang nak kan perhatian lebih sekarang nie...Sebab dia dah tahu tak lama lagi dia nak jadi kakak...Mungkin lepas dapat adik nanti dah tak leh nak manja2 sangat kut...Tu yang sekarang nie pe-el dia boleh tahan tu...Huhuhuhuhu...Korang yang dah beranak ramai nie pernah tak alami ragam anak macam nie ketika korang preggy...Meh la share sket kat sini...
Gambar nie Lynn tak pernah tepek lagi kat blog atau FB...Jadi petang nie korang tengok gambar nie la yer...Hehehehehe...

Kerja Udah Siap

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...Sihat ker korang? Lynn doakan kawan-kawan blogger yang Lynn sayangi semuanya sihat-sihat sokmo la yer...Syukur alhamdulillah Lynn, Mr. Hubby dan Qistina sihat walafiat...Cuma Lynn jer yang masih muntah-muntah walaupun dah pun memasuki trimester ke2 minggu nie...Macam tak percaya jer usia kandungan dah pun 13 minggu...Sekejap betul masa berlalu...

Hari nie Lynn agak relax la...Surat-surat yang tiba pagi nie tak sebanyak semalam dan seawal jam 9.30 pagi Lynn dah pun selesai rekodkan semua surat-surat...Yang mana perlu diagihkan dah pun Lynn agihkan...Sekarang nie tinggal nak masukkan surat-surat untuk tindakan Mr. Boss jer...Tapi Mr. Boss dah 2 hari tak der kat pejabat nie...Ada meeting di Kuantan...Jadi bertambah la relax kerja Lynn sepanjang ketiadaan Mr. Boss nie...

Untuk mereka-mereka yang iri hati dengan Lynn disebabkan kerelaxan Lynn yang terlampau nie...Korang jangan la jealous sangat yer...Sebab tugas sebagai PA nie memang macam gini la...Bila ada kerja tu memang arr busy sokmo tapi bila kerja dah selesai dilaksanakan memang relax la...Takkan la nak pergi merayap kat department lain atau kuar gie jalan2 bila kerja-kerja dah siap buat kan...Nak tak nak kena la duk memerap kat dalam bilik nie dan buat la apa yang patut...Seperti blogwalking blog kawan-kawan ker...Hehehehehehehe...

Apa motif Lynn cakap macam tu?  Sebab ada orang kat pejabat Lynn nie yang iri hati tau bila Lynn relax jer...Dan kebetulan plak orang tu jenis tak reti nak uruskan kerja dengan masa dia...Jadi bila dapat kerja jer sure dia akan mengadu pening n kusut...Tak professional langsung...Nak kata masih baru bekerja rasanya tak pula...Tinggal berapa tahun jer lagi nak pencen...Huhuhuhuh...Sampai ke sekarang tak reti nak uruskan kerja...Pelik betul...Tu yang bila tengok orang dah selesai buat kerja dia pakat sakit hati jer tu...Then jaja citer yang bukan-bukan kat orang lain plak...Aduhai...

Okeylah...Nak breakfast nie...Lynn beli laksam jer hari nie...Singgah beli kat warung sebelah Caltex kat Taman Sri Pulai pagi tadi...Korang dah breakfast ker? Breakfast apa jer pagi nie?

December 22, 2010

Pemeriksaan Ibu Mengandung dan Aktiviti Kami Semalam

Syukur alhamdulillah Lynn dah pun selesai mendapatkan buku merah untuk sesi mengandung kali ke2 semalam...Lynn memang pakat dah awal-awal dengan Mr. Hubby nak amek cuti sempena first check up semalam...Sebab Lynn dapat rasakan yang prosedur untuk buat buku dan pemeriksaan amek masa yang lama la juga...Kitorang bertiga kuar rumah agak awal la juga semalam sebab nak dapatkan antara nombor yang terawal...

Sampai jer kat Klinik Desa Kangkar Pulai Lynn dapat nombor yang 1009...Pelik kan...Datang dah awal tapi nombor dah jejak ke 1009...Tengok keadaan kat klinik tu still lengang lagi...Rupa-rupanya Lynn nie orang ke 9 la yang daftar pagi semalam...Diorang start semua nombor dengan angka 1000, 2000, 3000 dan 4000...Sebelum nombor Lynn dipanggil Lynn dah diarahkan untuk lakukan pemeriksaan air kencing...Biasalah kalau pergi klinik kerajaan mesti kena buat...Huhuhuhuh...Jenuh la juga nak kencing sebab baru jer lepas mandi kan...Minum air pun segelas jer pagi semalam...Tak sempat lagi nak jadi air kencing...Huhuhuhuh...Tapi akhirnya berjaya juga walaupun tak banyak air kencing yang keluar...Next time Lynn ingat nak standby jer dari rumah...

Ambil masa lebih kurang 15 minit juga Lynn menunggu untuk nombor Lynn dipanggil...Jururawat yang bertugas just update rekod Lynn yang ada kat buku merah yang baru...Memang betul la kata kawan-kawan...Kalau kita bawa buku lama tugas-tugas pendaftaran dan buat buku baru agak lancar la sedikit...Jururawat tu just update beberapa perkara jer contohnya info kelahiran anak pertama dan history penyakit parents...Then amek blood preasure dan berat badan Lynn...Waktu check up kat swasta bulan lepas, berat badan Lynn dah cecah 63 kg tau...Tapi semalam berat badan Lynn just 61 kg jer...Agaknya turun sebab Lynn asyik muntah2 jer kut...

Lepas jer selesai urusan pendaftaran Lynn dapat pula 2 nombor lain...Huhuhuhuh...Kali nie nombor 4013 dan 3013...Untuk 4013 tu Lynn kena ke bilik suntikan dan 3013 pula ke bilik pemeriksaan...Nombor 4013 tu yang naik dulu dan Lynn pun masuk la ke bilik suntikan tu...Kat bilik suntikan Jururawat yang bertugas amek darah Lynn untuk pemeriksaan HIV, Hemoglobin dan jenis darah Lynn...Amek sekali jer untuk ketiga-tiga pemeriksaan tu...Kalau la amek darah sampai 3 kali mau pitam juga dibuatnya sebab masih belum sarapan lagi...Huhuhuhu...

Jururawat tu baru lagi kut kat situ tapi cekap jer dia amek darah Lynn...Syukur tak rasa sakit dan tak ler lebam-lebam...Ujian HIV dan Hemoglobin dapat waktu tu juga...Tapi untuk jenis darah akan dapat next check up...Sementara nak tunggu nombor untuk pemeriksaan dipanggil Lynn sempat la juga melayankan Qistina yang nak minum susu...Buatkan dia susu sebotol dan layan dia berborak...Kebetulan ada plak promoter dari Anmum promote produk Anmum kat klinik tu...Lynn dapat la sample susu untuk ibu mengandung sempena promotion yang diorang buat...Tapi hingga kini masih tak minum lagi susu tu...

Tak lama lepas tu nombor 3013 dipanggil dan Lynn masuk la plak ke bilik pemeriksaan...Ada 2 jururawat dalam bilik tu...Jururawat yang handle Lynn suruh Lynn baring kat atas katil yang disediakan dan longgarkan bra...Haaaaahhhhh...Nak buat apa agaknya?  Hehehehehehe...Untuk pemeriksaan kali pertama memang diorang akan lakukan pemeriksaan payudara...Jururawat akan ajar kita cara-cara untuk melakukan pemeriksaan payudara tu...

Lepas jer pemeriksaan payudara, Jururawat check plak mata, kaki dan tangan Lynn...Then dia check perut dan terangkan tentang kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi...Banyak juga yang kitorang discusskan semalam lebih2 lagi tentang penyusuan susu ibu tu...Lynn memang tengah mengumpul maklumat-maklumat tentang penyusuan susu ibu nie sebab dah nekad dalam diri nak breastfeed baby sehingga usia 2 tahun nanti...Insyaallah...Moga dimakbulkan ALLAH S.W.T...

Overall masa yang diambil untuk buat buku merah dan pemeriksaan kali pertama adalah 1 jam lebih jer...Kitorang sampai klinik jam 7.40 pagi dan selesai 9.30 pagi...Lega sungguh rasanya sebab dah dapat uruskan buku merah tu semalam...Jadi untuk pemeriksaan yang seterusnya Lynn terus proceed appointment jam 8.00 pagi jer...Insyaallah check up boleh selesai awal untuk sesi yang akan datang nie sebab buku merah dah ada...

Lepas jer urusan kat Klinik Desa Kangkar Pulai, Lynn ajak la Mr. Hubby dan Qistina gie breakfast...Kitorang breakfast di Medan Selera Taman Universiti...Kononnya nak makan Nasi Kukus Ayam Berempah yang selalu sangat Ibu Damia @ Ayu citerkan tu...Tapi waktu kitorang sampai Nasi Kukus Ayam Berempah tu masih belum ready lagi...Maybe next time la kut baru leh dapat makan Nasi Kukus Ayam Berempah tu...

 Tengah breakfast tu Mr. Hubby duk suggest suruh Lynn dan Qistina buat passport kat Pekan Rabu...Lynn macam tak yakin jer nombor masih ada...Untuk pengetahuan korang nombor untuk buat passport yang dikeluarkan setiap hari bekerja hanya 500 sahaja...Jadi kalau kita orang yang ke 501 yang datang nak buat passport jangan harap la Pegawai Imigresen tu nak bagi nombor...Tapi kitorang gigihkan juga diri ke Pekan Rabu...Betul apa yang kitorang jangka...Memang ler x dapat nombor bila datang jam 10 lebih nie...Walaupun tak dapat nombor...Kitorang dapat juga borang dan amek gambar passport Lynn dan Qistina...Insyaallah akan berkunjung semula ke Pekan Rabu untuk amek nombor dan buat passport dalam masa terdekat nie...

Entry nie dah panjang berjela...Lynn kena stop dulu nie...Kang bosan plak kawan-kawan blogger membacanya...Lynn akan sambung entry yang kedua untuk aktiviti kitorang semalam yer...Korang rajin2 la komen yer...Hehehehe....

December 20, 2010

Lawak2...

Hahahahaha...
Petang nie tadi...
Ada 2 orang visitor dari luar nak jumpa Mr. Boss...
Dah ler tak buat appointment...
Main terjah jer datang...
Erm, x per la kan...
Layankan jer...
Jadi kebetulan Mr. Boss tgh minum kat pantry...
Lynn dan beberapa staff suruh tunggu sekejap...
Lynn tanyakan saper nama dan dari mana...
Tapi this person x nak bagi tahu...
Dia cuma cakap yang dia dari Tadika Nuri...
Macam pelik semacam jer...
Sebab Mr. Boss tak der plak hantar anak dia kat tadika tu...

Nak tak nak Lynn disturb la juga Mr. Boss yang tgh minum...
Cakap ngan dia yang ada visitor nak jumpa...
Mr. Boss pun pelik semacam jer tau...
Sebab tak pernah dengar atau kenal visitor nie...

Yang kelakarnya...
Waktu visitor nie nak masuk bilik Mr. Boss..
Sempat plak dia cakap...
Suruh buatkan air teh o kurang manis...
Tercengang kitorang kat luar nie...

Ada yang cakap bila masa plak visitor tu jadi Pengarah kat sini...
Hahahahahaha...
Sudahnya Ketua Kerani suruh sediakan air kat pantry jer...
Kalau visitor tu nak minum gie jer kat pantry...
Mr. Boss tak pernah minum kat bilik dia...
Inikan plak nak bawa minuman untuk visitor kat bilik dia..

Tertanya-tanya gak...
Saper la ek gerangan visitor tu?
Sekarang nie dia masih kat dalam bilik Mr. Boss...
Mesti nanti dia tanya kat Lynn mana air teh o dia...
Huhuhuhu...

Morning Semua

Salam ceria pagi Isnin utk semua kawan-kawan blogger Lynn...Huhuhuhuhu...Lama betul tak menjengah kat blog nie...Setelah berkursus 2 hari di Teluk Gorek dan sambung plak cuti Sabtu dan Ahad...Makanya total 4 hari tak menjengah blog...Traffic pun jatuh merundum la sepanjang ketiadaan entry 4 hari nie...Huhuhuhuhu...Tak dapat la nak cash out cheque kedua NUFFNANG dalam jangka masa terdekat nie...

Jadi hari nie Lynn akan sedaya upaya berjalan ke blog korang semua...Membalas kunjungan dan yang pasti memberi komen terhadap entry-entry kamu semua...Memang rindu sungguh la dengan korang...Dengan anak-anak korang yang comey dan banyak keletah tu...Hehehehehe...Tapi Lynn kena la selesaikan kerja-kerja yang ada kat atas meja nie dulu...Dah selesai baru la boleh nak jalan-jalan ke blog korang yer...

Lynn nak update sket citer pasal Qistina...Tapi di next entry la yer...Tentang perangai dia sejak Lynn preggy nie...Hehehehehe...Jumpa lagi di next entry...Take care semua...

December 16, 2010

Nak Gie Kursus Nie

Kawan-kawan blogger semua...
Lynn nak minta maaf yer kalau tak sempat baca entry korang semua 2 hari nie...
Sebab Lynn nak gie kursus nie...
Kursus yang kat Teluk Gorek Beach Resort tu...
Kursus tu sampai hari esok...
Jadi nanti kalau ada masa Lynn gie jalan2 kat blog korang yer...
Jaga diri baik2 yer semua...
Hehehehehe...

Yeah Yeah Dapat Award Lagi

Morning semua...
Pagi-pagi nie dah ada message kat shoutbox Lynn...
Dari MamaGee...
Hehehehehehehe...
MamaGee yang baik hati telah mengurniakan award ni...
Kepada semua follower & pembaca setia blog MamaGee...


Very the pinky award dari MamaGee nie...
Lynn suka sangat la...
Hehehehehehe...
Selain daripada award tu...
Dalam entry MamaGee ada juga terselit quote nie...


Pun ada warna pink juga...
I like it so much...

Terima kasih la kepada MamaGee sebab sudi bagi award nie...
Pada Lynn dan follower2 yang bertuah yang lain...
Lynn sangat senang berkunjung ke blog MamaGee nie...
Orangnya memang arr sangat friendly dan baik hati...
Lynn juga berharap agar persahabatan yang dibina...
Antara Lynn dan MamaGee kekal hingga ke akhir hayat...
Tq so much yer MamaGee...

December 15, 2010

Kosong

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...
Huhuhuhuhu...
Hari nie rasa macam kosong sangat la...
Tak tahu la plak kenapa...
Mungkin sebab Lynn x der kerja kut...
Surat-surat masuk pun tak banyak hari nie...
Tak sampai pun 10 envelop...
Bosan betul la...
Nak buat apa yer?

December 14, 2010

Award Dari Puan Stoberi

Hari nie sempena hari lahir Puan Stoberi yang ke 31 dia dengan baik hatinya telah memberikan satu award untuk pengkomen tegar yang selalu memberikan komen kat entry2 dia...Hehehehehe...Dan salah seorang daripadanya adalah Lynn Hamzah...Wah...Agak glamour di situ...


Rupa-rupanya Puan Stoberi nie tua daripada Lynn 2 tahun la...Alahai...Selama nie main hentam kromo jer panggil dia Reen...Jadi lepas dah tahu umur Puan Stoberi nie lagi tua dari Lynn maka kena la membahasakan dia Kak Reen...Hehehehehehe...Tak sanggup la plak nak panggil Reen jer...Tak baik tau...Kena la hormat orang yang lebih senior daripada kita...

Award nie tak leh share dengan saper2...Memang dia bagi khas untuk Lynn dan para pengkomen tegar dia yang lain...Jadi korang pakat tengok jer la yer...Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Puan Stoberi nie boleh la la klik kat mana-mana jer nama dia yang ada kat entry Lynn nie...Semua dah link dengan blog dia tu...

Sempena hari lahir dia hari nie dan anniversary perkahwinan kali ke2 dia yang jatuh pada hari semalam...Lynn sekeluarga mendoakan agar dia panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki...Bahagia bersama suami tercinta dan keluarga hingga ke akhir hayat...Tq so much yer Kak Reen di atas award yang diberikan...

December 13, 2010

Jalan-jalan Dengan Family

Petang nie Lynn just nak tanya korang sket jer...
Cousin Lynn sibuk ajak gie bercuti next year...
Jadi Lynn tengah confius nie...
Nak pilih negeri mana plak nak merayap nie...
Erm, korang ada cadangan tak?
Tempat-tempat menarik yang tidak perlu seberang laut...
Tak perlu naik ferry...
Please share dengan Lynn...

 My cousin sibuk duk mengajak jalan-jalan...
Tapi untuk program next year...
Diorang minta Lynn jadi ketua rombongan...
Alahai...
Mak yong nie juga yang diorang minta uruskan...
Mungkin sebab Lynn dah berjaya...
Membawa 1 family dengan penuhkan 1 gerabak keretapi tahun 2007...
Kitorang gie Langkawi waktu tu...
Hehehehehe...
Memang super duper happening la...
Please share dengan Lynn yer...
Kalau korang ada cadangan tempat yang sesuai...

I'm Late

Semalam merupakan hari yang sungguh meletihkan dan membuatkan Lynn lepak selepaknya...Huhuhuhuhu...Seharian Lynn muntah-muntah dan penyudahnya Lynn melepek jer kat rumah...Memang x pernah la alami situasi macam nie...Nak jer gagahkan diri masak untuk Qistina dan Mr. Hubby tapi memang tak larat sungguh...Apa yang Lynn makan dan minum semuanya terkeluar balik...

Pagi nie Lynn minta Mr. Hubby bawa Lynn ke Klinik Siti Fatimah...Tepat jam 9.00 pagi kitorang dah terpacak kat klinik tu...Dan dapat giliran no2...Syukur alhamdulillah...Doktor pun tak la lewat sangat dan hari nie Lynn dapat penerangan yang jelas dari Doktor Siti Fatimah...Kali nie memang alahan mengandung Lynn agak kuat dan doktor suggestkan Lynn supaya tak makan makanan yang pedas dan masam...Dan penyudahnya doktor bagi ubat gastrik, muntah @ loya, folic acid dan vitamin b complex...

Dan doktor juga scan baby dalam perut Lynn nie...Hehehehehehe...Syukur alhamdulillah tadi doktor tunjukkan kepala, badan, kaki dan tangan baby...Memang arr baby bergerak aktif sekarang nie...Dan doktor cakap juga pada Lynn insyaallah usia kandungan 5 bulan dah boleh tahu jantina baby...Erm, waktu tu Lynn dan Mr. Hubby tak cakap apa pun...Sebab kitorang tak kisah baby apa yang lahir...Girl or boy kitorang terima seadanya...Yang penting biarlah baby sihat walafiat dan cukup sempurna sifatnya...

Setelah selesai pemeriksaan di kilinik Mr. Hubby pun terus la hantar Lynn ke pejabat...Dan pagi ini Lynn punch card tepat jam 10.04 pagi...Huhuhuhuhu...Tak per la...Bukan selalu pun datang lewat kan...Datang lewat hari nie pun bersebab...Moga selepas nie makin kurang la mabuk-mabuk Lynn yer...Tapi doktor cakap biasanya akan berlarutan sehingga 16 minggu...Maka ada 5 minggu lagi Lynn kena hadapi situasi nie...Semoga segalanya dipermudahkan la yer...Insyaallah...

December 11, 2010

Ke Mana Jer Korang Hari Nie?

Morning semua...
Sihat ker korang sekeluarga hari nie?
Seronok kan hari nie...
Tak payah nak terkejar-kejar ke tempat kerja...
Al maklumlah hari cuti...
Hehehehehehe...
Tapi Lynn pasti ada juga di antara kita yang bekerja...
Di sektor swasta dah tentu kerja half day hari nie...
Betul tak?
Jadi untuk mereka yang bekerja tu...
Rajin-rajin la bekerja yer...
Dan untuk mereka yang bercuti macam Lynn nie...
Ke mana jer korang hari nie?
Apa aktiviti yang korang buat yer?
Masak-masak, makan-makan, jalan-jalan...
Kitorang sekeluarga masih tak decide nak buat apa hari nie...
Ada gak jemputan kawen kat Senai...
Tapi tengok la nanti...
Kalau mood okey pergi la kut...
Huhuhuhuhu...

December 10, 2010

Nak Komen Tapi Tak Boleh

Huhuhuhuhu...
Lynn tak pasti la plak apa masalahnya...
Tapi sejak Lynn guna comment box dari Intense Debate nie...
Ramai yang mengadu tak leh nak komen...
Ada masanya diorang akan tulis kat shoutbox Lynn...
Yang kotak komen tu langsung x appear...
Huhuhuhuhu...
Lynn sendiri tak tahu apesal...
Erm, apa pendapat korang?
Rasa-rasanya perlu tak Lynn buang comment box Intense Debate nie...
Dan gantikan dengan kotak komen yang biasa jer...
Kesian plak tengok kawan-kawan blogger yang nak komen...
Tapi tak dapat-dapat nak komen...
Huhuhuhuhu...

Fully Breastfeed For My Next Baby

Salam pagi Jumaat...Sedar tak sedar hari nie dah pun hari Jumaat...Sekejap jer masa berlalu kan...Dan tinggal beberapa hari jer lagi nak masuk ke tahun baru 2011...Macam tak percaya jer dah pun hujung tahun...

Hari nie Lynn nak share dengan korang azam tahun baru 2011 Lynn...Huhuhuhuhu...Belum pun masuk tahun baru dah pun pasang azam...Apa kes? Sebenarnya azam yang nie dah kena start buat dari sekarang nie...Itupun kalau nak berjaya la...Sebenarnya semuanya tentang tajuk entry Lynn kali nie...Sebelum mengandungkan anak kedua nie Lynn dah pun mengutarakan pada Mr. Hubby kalau ada rezeki untuk preggy Lynn nak fully breastfeed anak sehingga umur 2 tahun...Mr. Hubby dah tentu la suka dan berikan sokongan padu pada wifey dia nie...

Dari pembacaan Lynn di blog AYU, Lynn dapati banyak sangat perkara yang Lynn perlu tahu dengan lebih mendalam lagi tentang breasfeed nie...Tapi hari nie Lynn nak share sket dengan korang panduan untuk para ibu yang nak breastfeed baby nie...

SEMASA MENGANDUNG

1) Berdoa dan sentiasa berniat untuk menyusukan bayi sehinggalah 2 tahun (sambil tu boleh usap2 perut).  Berniat juga dapat menyusukan bayi secepat yang boleh.  Sekurang-kurangnya sejam selepas kelahirannya.  Menyusu terus selepas kelahiran boleh mengurangkan risiko jaundis dan makin cepat stimulation ke atas breast yang dapat dilakukan.

2)Melakukan pemeriksaan payudara semasa mengandung. (Selalunya di Klinik Kesihatan akan melakukan pemeriksaan tersebut).  Ini bagi mengetahui ibu mempunyai puting payudara yang normal atau inverted (tenggelam).  Sekiranya hendak melakukan sendiri, boleh tarik puting dan melihat tenggelam atau tidak.

3)Mencuci dan membersihkan kotoran di puting payu dara.  Dengan menggunakan air biasa atau air suam (Jangan guna sabun)

4) Menghadiri kelas atenatal yang mengandungi Kursus Penyusuan Susu Ibu ataupun lebih baik menghadiri Kursus Penyusuan Susu Ibu samada dengan pihak swasta atau kerajaan.  Rasanya di Hospital Rakan Bayi memang ada dijalankan kursus tersebut.

5) Kalau boleh cari Hospital rakan Bayi untuk melahirkan bayi.  Sekiranya hendak di hospital biasa inform awal semasa check up lagi yang kita hendak fully breastfeed.  Bagitahu juga hendak menyusu sejurus selepas kelahiran atau sekurang-kurangnya sejam selepas kelahiran kerana bagi merangsang susu yang akan dihasilkan

6) Cari pam yang bersesuaian dengan skop kerja kita dan harga yang berpatutan.  Skop kerja adakah kerja kita memerlukan selalu out station atau di ofis sahaja.  Adakah bos jenis memahami?

Kalau boleh cari yang kualiti, senang untuk hantar servis, dan senang untu dapat spare part. Cuma kita galakkan pengunaan double pumping yang membolehkan kedua-dua payudara dipam dengan serentak.Boleh search di www.susuibu.com/ www.momslitteones.com/ http://www.sarakids.com/ untuk mencari pam yang bersesuaian.Jenama2 seperti Avent, Spectra, Medela dan Ameda antara brand pam yang dah establish.

7) Semasa usia kandungan 9 bulan, sudah boleh express susu untuk stimulatekan susu ye
 
 SELEPAS KELAHIRAN

1) Selepas kelahiran hanya bagi susu ibu sahaja.  Di awal-awal kelahiran memang susu sedikit sebab hanya mengandungi kolostrum sahaja.

2)Bila susu dah establish seperti after 2 weeks atau sebulan boleh start mengepam untuk buat stok susu.

SELEPAS BEKERJA 

1) Sentiasa konsisten mengepam susu di pejabat. Sekurang-kurangnya 3 kali sessi untuk 9 jam bekerja. Contohnya jam 10.00 pagi (sessi 1), 1.00 tengahari (sessi 2) dan 4.30 petang (sessi 3). Sebaik-baiknya masa yang pam kena sama .

2) Semasa balik dari rumah, amalkan direct feed kepada baby, yang kita pam susu masa kerja untuk stok keesokan hari. Stok yang dalam pantang pun digunakan juga. Boleh try buat First In dan First Out. Maybe boleh letak 2 botol frozen dan 4 botol fresh.Kita galakkan bagi yang fresh kerana yang frozen ada kekurangan nutrient sikit tapi still berkhasiat daripada Formula Milk.

3) Makan makanan yang berkhasiat di dalam pantang dan jangan stress. Happykan diri dan selawat serta doa banyak2 . Kadang-kadang baby menangis bukan nak tak cukup susu. Cuma dia nak pelukan daripada kita.

Ha...Yang italic tu semuanya Lynn copy dari blog AYU...Memang dah dapat izin pun dari dia...Jadi untuk memastikan Lynn dapat fully breasfeed baby dalam kandungan Lynn nie, Lynn dah mula berdoa dan berniat untuk menyusukan baby sehingga usia baby 2 tahun...Lynn mohon sangat agar doa Lynn nie dimakbulkan ALLAH S.W.T dan segala urusan ketika mengandungkan dan melahirkan anak di dalam kandungan ini dipermudahkan...

December 9, 2010

Teluk Gorek Beach Resort

Next week Lynn ada kursus kat Teluk Gorek Beach Resort nie...
Khamis hingga Jumaat depan...
Check in hari Khamis check out hari Jumaat...
Satu malam jer...
Ada tak di antara korang yang tahu kat mana tempat nie?
Dan ada tak di antara korang yang pernah stay kat sini...
Tempat nie okey tak?

Menurut salah satu blog tempat nie menarik...
Korang cuba klik TELUK GOREK nie...
Korang tengok sendiri...
LPP Johor nie pernah gak buat meeting kat sini...
Tapi Lynn tak attend waktu tu sebab Qistina demam...

Kebetulan pergi kursus kali nie waktu Lynn preggy...
Dah tu Mr. Hubby dan Qistina x ikut plak tu...
Erm, macam mana la keadaanya nanti ek...
Hope sangat semuanya okey la yer...

Auto Blogwalking

Morning semua...Sihat ker korang hari nie? Hari nie Lynn sekeluarga sihat-sihat sokmo...Syukur alhamdulillah...Lynn doakan kawan-kawan blogger dan keluarga pun sihat-sihat juga...Pagi nie Lynn nak share sket pendapat Lynn dengan korang tentang Auto Blogwalking nie...

Sejak akhir-akhir nie Lynn perhatikan ada beberapa blogger yang berkunjung ke blog Lynn nie menggunakan kaedah auto blogwalking...Kenapa Lynn yakin sangat diorang nie menggunakan kaedah tu? Sebab setiap hari pagi dan petang sure ada jer nama diorang tertera kat shoutbox Lynn tu...Lynn tak pasti la diorang gunakan software apa untuk melakukan aktiviti auto blogwalking nie...Bagi Lynn mungkin ini adalah cara yang senang dan mudah untuk diorang tingkat traffic kat blog diorang...

Tapi untuk blogger yang macam Lynn nie yang suka sangat berkunjung ke blog kawan-kawan dan follower dah tentu la rasa macam unfair jer...Diorang tu mungkin x baca apa pun entry kat blog kita nie...Entah-entah tak kenal pun saper tuan punya blog dan isi cerita dalam blog tu...Huhuhuhuhu...Sedih betul kan...Diorang just datang tinggalkan komen kat shout box jer...

Lynn lebih prefer untuk melakukan blogwalking secara manual...Pergi ke dashboard dan baca setiap entry di blog yang Lynn follow dan komen...Dan Lynn juga suka sangat kalau kawan-kawan blogger datang berkunjung ke blog nie baca entry Lynn dan tinggalkan komen...Lynn kalau boleh nak kita sesama blogger jadi lebih mesra dan mengenali di antara satu sama lain...

Jadi apa pula pendapat korang tentang kaedah auto blogwalking nie?  Jom kita share sket kat sini...Owh yer...Pagi nie ada mesyuarat kesatuan KETADBIR...Jadi Lynn nak kena gie attend meeting nie...Take care yer semua...

December 8, 2010

Model Kecil Nak Beraksi

Hehehehehe...Boleh tak tajuk entry macam tu...Ikut suka tuan punya blog la kan...Petang nie Lynn nak share dengan korang beberapa pics yang Lynn tak tepek hari Isnin lepas...Semuanya diambil waktu majlis kenduri di kampung Ahad lepas...Gambar-gambar nie adalah gambar insan-insan kecik yang bertakhta (betul ker ejaan tu) dalam diri Lynn sejak mereka lahir hingga la kini...Yang banyak dah tentu la gambar si comey Danial Mikail...Hehehehe...

 Inilah dia Danial Mikail...Comey tak? Mikail nie anak kepada sepupu Lynn, Abang Long Faizal...Anak kedua dia yang baru jer lahir 30 Jun 2010 yang lepas...Birthday dia sama dengan due date baby Lynn yang bakal lahir next year...

 Why are you staring at me ha? Hehehehehehe...Fokus jer dia bila Lynn amek gambar dia...

Mikail duk perhatikan Qistina yang tengah syok makan gula-gula...Mr. Hubby memang suka tengok Mikail nie...Pegang dia macam pegang baby berusia nak dekat setahun...Mantap betul la badan Mikail nie...

 My name is Kasih Qaisara...Anak sulung kepada Abang Long Faizal...Rambut dia kerinting semula jadi dan sama gak perangai dengan Qistina tak nak ikat rambut...Alahai...

 Qaisara with Qistina...Double Q beraksi...

 Qistina, Adibah, Qaisara & Raziq...Raziq dan Adibah nie pangkat uncle dan auntie kepada Qistina dan Qaisara...Waktu nie Danish tak sampai lagi jadi Raziq berkawan dengan diorang jer...Hehehehe...

 Qaisara with baju red riding hood dia...Baju tu Mak Lang Lynn baru jer belikan untuk dia...So cute bila tengok dia pakai baju tu...

Danish berposing mesra dengan Qistina...Diorang berdua memang rapat sejak lahir lagi...Membesar sama-sama...Sejak Qistina dah school nie Lynn dan Mr. Hubby akan bawa Qistina ke rumah Mak Tih every week untuk berjumpa dengan Danish...

 Tersesat plak model besar kat dalam gambar nie...Hehehehehe...Diorang nie memang pantang tengok orang nak bergambar...Asyik nak menyelit jer...

  Me again...Hehehehehe...Auntie n unlce yang lain jangan la boring yer tengok gambar Mikail...Mama Lynn nie suka betul la amek gambar Mikail...Mikail pun redha jer la...

 Huhuhuhuhu...Muka tension jer Mikail...Sabar jer la yer Mikail...Lepas nie dah tak potong jambul lagi dah...

Okey...Itu la dia insan-insan kecil yang Lynn sayang...Doa Lynn agar mereka semua menjadi anak yang soleh dan solehah serta taat kepada ALLAH S.W.T, kedua ibu bapa dan keluarga...Kalau boleh Lynn nak Qistina sentiasa close dengan diorang semua seperti mana Lynn close dan rapat dengan semua sepupu-sepupu Lynn...Insyaallah...

Tentang Kehamilan

Salam pagi Rabu untuk semua yang membaca blog nie...Sepanjang minggu nie sehingga Isnin depan Lynn kurang sket kerja disebabkan Mr. Boss bercuti dan saat ini sedang bergembira sakan di Bali, Indonesia...Jadi adalah masa untuk Lynn berjalan-jalan ke blog kawan-kawan semua...Memang syok habis la...Hehehehehehehe...

Entry kali nie Lynn nak share sket dengan korang apa yang Lynn rasa sepanjang kehamilan Lynn sehingga kini...Untuk pengetahuan korang esok usia kandungan Lynn dah masuk 11 minggu...Kalau nak dikirakan tinggal seminggu jer lagi nak masuk ke trimester ke2...Ada diantara mereka yang preggy dah selesai pun morning sickness bila masuk timester ke2 nie...Tapi untuk diri Lynn tak pasti la pula bila morning sickness nie akan berakhir...Huhuhuhuh...Lynn memang arr selalu berdoa agar morning sickness nie berkurangan...Tak sanggup rasanya asyik termuntah-muntah jer...

Lynn teringin sangat nak menikmati juadah dan makanan dengan lebih berselera...Sebab sejak dapat tahu preggy hingga kini apa sahaja yang Lynn makan pasti akan terkeluar semula...Huhuhuhuhu...Kadang-kadang tu sampai tak tahu nak makan apa atau takut nak makan tau...Tapi Mr. Hubby suruh juga Lynn makan sebab tak nak tengok Lynn melepek jer nanti...Jadi nak tak nak kena la kuatkan semangat dan makan jer...

Kalau korang nak tahu Lynn sejak mengandung nie teringin sangat bila balik jer kerja dah ada orang siapkan makanan untuk dimakan...Maksudnya ada orang masakkan untuk Lynn dan keluarga...Huhuhuhuhu...Sabar jer la...Rasa malas dan letih sangat nak memasak tau bila balik kerja...Kadang-kadang tu Mr. Hubby tapau jer kat luar...Tapi tak kan la setiap hari nak makan makanan luar jer...

Mr. Hubby agaknya dah banyak bersabar tengok karenah Lynn mengandung kali nie...Dulu waktu mengandungkan Qistina tak plak muntah-muntah macam nie dan berselera jer makan...Sampaikan kg naik melampau-lampau tau...Tak payah fikir nak makan apa? Pergi jer mana-mana sure nafsu untuk makan tu sentiasa ada...Baik di awal kehamilan atau dah nak bersalin tu...Memang sentiasa berselera...

Tapi kali nie semua tu x ada...Memang lain betul la...Ada yang cakap maybe Lynn mengandungkan anak lelaki...Ibu Lynn pun cakap macam tu juga...Tapi Lynn dan Mr. Hubby tak kisah la dapat anak lelaki atau perempuan...Yang penting biarlah anak yang bakal lahir nanti sihat sempurna dari segi fizikal dan mentalnya...Tapi kalau dapat anak lelaki pun syok juga sebab dah sepasang...Hehehehehe...

Erm, okey la...Lynn nak kena sarapan nie...Pesan meehoon soto jer tadi ngan kawan sepejabat...Hope sangat meehon soto nie boleh mebuka selera makan Lynn la yer...Insyaallah Lynn akan berkunjung ke blog kawan-kawan semua yer...Dan tinggalkan komen untuk entry-entry kamu semua...Nantikan kehadiran Lynn yer...Hehehehehe...Take care semua...

December 6, 2010

Kisah Weekend - Last Part

Ha...Bersambung lagi kisah weekend kitorang...Kali nie part 2...Majlis Aqiqah yang makcik Lynn buat nie agak meriah juga sebab dah macam kenduri kawen rupanya...Sebab dah tumbang seekor lembu...Hehehehehe...Jadi kalau entry yang pagi tadi x der gambar...Korang layankan plak la entry part 2 nie yang penuh dengan gambar...Jangan korang termuntah sudah la...

 Antara mereka yang berhempas pulas menyediakan makanan untuk Majlis Aqiqah nie...

 Pak Uda Zali antara yang terawal merasa masakan untuk majlis semalam...

 Lovely Qistina yang sedang asyik makan Ice Cream...Uncle Sham dah kena pow kaw kaw dengan semua anak buah dan cucu-cucu dia...Hehehehe...Tq yer uncle sebab belanja kitorang makan Ice Cream...

 Ibu, Ayah, Mak Cik Ina, Auntie Rose dan Mak Tih bergambar dengan saudara mara kami dari Felda Sungai Sayung, Kulai...Nenek Lynn jer yang tak der dalam gambar nie...

 Pengantin majlis semalam tertido lena...Alahai Aqif Nur Nabihan...Nanti bangun yer bila nak potong jambul...

 Danial Miqail plak tidur...Aqif dah terjaga suk perhatikan Danial yang tidur...Hehehehehe...

 Qistina yang sibuk juga nak bergambar dengan Acik Annur dia...Qaisara yang berambut kerinting pun duk enter frame sama...Hehehehehe...

 Aqif dah ready dipangku Mak Cik Ina untuk acara potong jambul...Yang first sekali sempurnakan acara dah tentu la Atuk Jilah selaku ketua kumpulan Yasin Kampung Sungai Suloh nie...

 Cool jer anak bujang nie...Siap leh kuyu jer mata dia nak tidur...Hehehehehe...

 Walaupun majlis aqiqah nie untuk Aqif tapi Mak Cik Ina request supaya Danial pun potong jambul juga...Dan untuk pengetahuan korang Danial dah pun potong jambul kat rumah Mak Tih bulan November yang lepas...Dua kali la Danial potong jambul yer...Hehehehe...

Ramai juga yang tolong potongkan jambul budak2 berdua nie...

 Nenek Lynn yang berbaju kelabu tu sibuk bersalam dengan para ahli kumpulan Yasin...Baju yang diorang pakai tu adalah sumbangan dari nenek Lynn untuk kenduri 2 tahun lepas rasanya...

 Qistina yang asyik nak bermanja jer dengan Mr. Hubby sejak Lynn preggy nie...Tak leh nak berenggang langsung tau...

 With Adik Finaz...Kenduri kali nie Adik Nurul tak dapat nak joint sebab dia dah kerja kar Secret Recipes...

Mak Yong Lynn, Mak Yong Gling serta Mak Cik Ina dan anak-anak sekalian duk sibuk gak nak berposing...

 Adik Finaz yang konon-konon nak masuk American Next Top Model...Huhuhuhu...Posing sajer kerjanya...

 Yang nie Annur Larra yang sama juga nak jadi peserta American Next Top Model...Patutlah diorang minta nak pegang kamera godang Lynn tu...Rupanya nak berposing sesama sendiri...Huhuhuhuh...

Kedua-dua anak teruna yang kepenatan...Tertido dibuatnya setelah majlis potong jambul selesai...

 Atuk Uda with my lovely Ibu...Atuk Uda sekeluarga memang arr best...Datang konvoi 3 kereta dari JB untuk joint kenduri kali nie...

 Ayah yang duk rancak berbual dengan Uncle Rahim...Memang seronok sangat kenduri kali nie sebab majority of our family ada kat kenduri nie...

 Bila tetamu dah pulang, beramai-ramai la diorang nie melepak sambil borak2 kat depan nie...

 Kitorang plak kat dalam sibuk melayankan adik sepupu dan anak-anak bergambar...Diorang nie memang suka la sebab asyik jadi model tak berbayar jer...Hehehehe...

 Another pose dari model tak berbayar...Athira with Erin...Mereka sebaya tapi Erin punya la tinggi giler kan...Leh jadi model nanti...

Sementara yang lain-lain sibuk berposing sana sini Aqif plak digondolkan kepalanya sehingga botak...Huhuhuhu...Tak per Aqif...Nanti rambut tu tumbuh balik yer...

Jadi itu la di antara gambar-gambar yang Lynn dapat ambil sepanjang majlis semalam...Erm, ada beberapa gambar yang Lynn nak share juga dengan korang lagi tapi tunggu next entry la yer...Maybe esok baru Lynn update...

Kisah Weekend - Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua kawan-kawan blogger dan pembaca blog ALL ABOUT US nie...Hari nie korang semua sihat ker? Syukur alhamdulillah Lynn sekeluarga sihat-sihat sokmo...Walaupun Lynn dan Mr. Hubby agak kepenatan disebabkan majlis kenduri di rumah Nenek Lynn di Batu Pahat semalam, hari nie gigihkan juga diri datang ke pejabat...Syukur hari nie Qistina tak meragam nak ke Tadika Ixora Ria...Jadi pagi nie memang okey jer...Tak der la istilah monday blues ker apa...Hehehehehe...

Last saturday niat Lynn nak bawa Qistina, adik-adik Lynn dan beberapa orang sepupu yang cemerlang dalam exam ke Wet World Batu Pahat terlaksana juga...Walaupun hujan renyai-renyai tapi diorang semua having fun sewaktu berada di Wet World...Cuma Lynn tak dapat nak amek gambar sebab Lynn dan Mr. Hubby sibuk duk mengawal 10 orang kanak-kanak + 1 remaja tua (Adik Finaz) riang duk bermandi-manda dan bersuka ria kat Wet World tu...Dan disebabkan hujan renyai-renyai tu malas la pula rasanya nak membawa kamera godang tu ke hulu ke hilir...Takut juga kamera tu nanti kena air hujan atau masuk ke dalam pool...Haru biru dibuatnya nanti...

Ayah dan Ibu Lynn pun ikut juga ke Wet World nie...Tapi diorang duk melepak jer kat kafe sambil makan-makan...Kos yang Lynn tanggung untuk kemasukan seramai 10 orang kanak-kanak + 1 orang remaja tua + 4 orang dewasa yang diukur ikut ketinggian adalah sebanyak RM201.00...Pembayaran tiket masuk adalah berdasarkan kepada ketinggian...Dan disebabkan adik sepupu Lynn nie ramai yang tinggi-tinggi belaka maka sebanyak 11 tiket dewasa yang berharga RM15.00 dikenakan walaupun mereka baru jer belasan tahun...Dan tiket kanak-kanak hanya dikenakan untuk 3 orang sahaja yang berharga RM12.00 setiap satu...

Makcik pakcik Lynn memang arr suka jer bila Lynn cakap nak belanja anak-anak diorang yang berjaya dalam exam pergi Wet World nie...Bagi diri Lynn ini merupakan salah satu cara Lynn memberikan semangat kepada diorang untuk terus belajar dengan lebih rajin lagi...Kalau Lynn belanja makan macam x berapa nak feel sangat la...Sebabnya every day pun kita makan kan...Jadi bila treat diorang macam nie rasa memang seronok sangat la...

Kitorang berada di Wet World sehingga jam 2.00 petang dan balik semula ke rumah Nenek Lynn...Lepas tu Lynn sekeluarga bersama Pak Long dan Pak Cik pergi ke Simpang Renggam untuk uruskan lembu aqiqah...Dan penyembelihan lembu aqiqah tersebut dilaksanakan selepas solat Asar...Lynn memang tak gie tengok pun...Nenek Lynn awal-awal dah pesan jangan pergi tengok dan stay jer kat rumah Pak Itam waktu penyembelihan lembu aqiqah tu...Jadi Lynn dan all the ladies serta Mr. Hubby stay kat rumah Pak Itam menunggu yang lain-lain sambil makan apam balik...Hehehehe...

Dan malam tu juga kitorang sekeluarga bergotong royong mengerjakan daging lembu dan masak lauk pauk yang lain...Menu untuk majlis pada hari Ahad adalah Nasi Briyani...Jadi tukang masak utama untuk majlis nie adalah Pak Long dan Pak Itam...Memang terror diorang berdua nie...Diorang masak Daging masak Kicap, Daging masak Briyani, Nasi Briyani, Kuah Dalca dan Sup Tulang...Yang perempuan just sediakan Ayam masak Merah dan Acar Darat jer...Agak senang la juga kerja orang perempuan kali nie...Hehehehehe...

Cukup la Kisah Weekend - Part 1 nie...Gambar-gambar nanti Lynn upload kat Kisah Weekend - Part 2 plak yer...Sebab kalau masukkan semua sekali kat sini takut panjang berjela plak entry kali nie...Jumpa lagi di next entry yer...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...