November 30, 2010

Mr. Boss Dah Tahu Dah

Korang nak tahu sesuatu tak?
Pagi tadi Mr. Boss Lynn boleh la plak tanya kat sorang office mate Lynn...
Dia tanya kenapa la Lynn nie nampak berisi sket...
Huhuhuhuhu...
**Berisi sket ker berisi banyak Mr. Boss?**

 Jadi office mate Lynn pun sound la Mr. Boss...
Boss tak tahu ker dia tengah preggy sekarang nie?
Lepas jer office mate Lynn cakap macam tu...
Terus la berkumandang story kat pejabat Lynn nie...
Ramai betul yang bercerita tentang Lynn pagi tadi...
Agak kecoh la juga...
Sekarang nie boleh dikatakan satu pejabat nie dah tahu yang Lynn preggy sekarang nie...
Esok-esok maybe satu negeri Johor plak dah tahu...

Lynn sebenarnya memang x pernah bagi tahu Mr. Boss pasal preggy kali nie...
Bagi diri Lynn belum tiba lagi masa yang sesuai untuk bagi tahu kat Mr. Boss...
Tapi sekarang nie dia dah tahu dah...
Jadi tak per la...
Hope sangat la Mr. Boss ada timbang rasa la yer kalau Lynn ada amek MC atau nak gie ke klinik utk check up...
Diam tak diam dah nak masuk 10 minggu Lynn preggy...
Insyaallah this week nak buat check up kat Klinik Kerajaan...
Nak pergi buat buku merah tu...

Happy 2nd Anniversary & Award Utk Lynn

Salam pagi Selasa untuk semua kawan-kawan blogger yang sungguh baik hati dan yang amat Lynn sayang...Untuk para pembaca yang setia membaca pun Lynn ucapkan selamat pagi...Apa khabar semua hari nie? Moga semuanya sihat-sihat belaka la yer...Mr. Hubby masih lagi MC disebabkan sakit mata yang dialaminya manakala Lynn dan Qistina sihat adanya sehingga kini...

Hari nie Lynn nak buat special review untuk sorang kawan blogger...Tentu ada di antara korang yang kenal dengan dia nie...Berasal dari Terengganu dan agak famous juga sebab follower dah pun cecah 683 orang setakat pagi nie...Lebih dikenali sebagai Mata Hati dan memang arr friendly...Rajin juga mengomen kat entry2 Lynn nie...Dia senang memanggil Lynn dengan panggilan Kak Lynn dan dari situ Lynn dah comfirm yang Mata Hati nie lebih muda belia daripada Lynn la yer...Hehehehehe...

Hari nie 30 November 2010 merupakan hari ulang tahun ke2 blog kesayangannya...Dalam diam dah 2 tahun Mata Hati berkecimpung dalam dunia blogger nie...

 Untuk Mata Hati, Kak Lynn ucapkan Happy 2nd Anniversary...Semoga terus kekal di dalam dunia blogger nie dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam entry-entry kamu yer...Kak Lynn juga doakan kamu bertemu jodoh yang baik dan cun melecun yang sepadan dengan kamu...Hehehehehe...

Dan terima kasih juga kepada Mata Hati kerana telah sudi memberikan Lynn award ini...Sangat terharu dibuatnya bila pagi-pagi lagi dah dapat award...

This award to all of the bloggers who put their hearts, mind and soul into their blogs and give us a glimpse into their worlds. They are positive and may not realize it, but are leading by example. They inspire with their words, educate and inform. They entertain and uplift with their humor. They are welcoming, helpful and friendly and no one is a stranger, whether you've commented once or a million times. They are ever so wise and giving. Most of all, they have Beautiful Hearts...
 
Itulah yang Mata Hati tuliskan pada blog dia sempena pemberian award nie...Terima kasih la banyak-banyak kepada Mata Hati di atas pemberian award nie...Kak Lynn sangat-sangat la menghargainya...Okeylah...Cukup dulu entry pagi nie...Kena buat claim Mr. Boss nie...Kalau lambat submit, lambat pula Mr. Boss dapat duit nanti...Huhuhuhu...Take care yer semua...

November 29, 2010

Monday Morning

Salam pagi Isnin untuk kawan-kawan blogger semua...Sihat ker korang? Lynn dan Qistina sihat-sihat adanya...Tapi Mr. Hubby diserang sakit 'MATA'...Huhuhuhu...Kesian tengok mata Mr. Hubby yang sepet sebelah tu...Semalam gie klinik doc bagi MC 3 hari...Tapi awal-awal Mr. Hubby dah cakap yang dia ada kerja banyak yang perlu diselesaikan...Jadi dia akan on off ke pejabat la nanti...

Pagi tadi punya la liat Qistina nak bangun untuk ke tadika...Mungkin disebabkan sekarang nie tengah cuti sekolah dan tak berapa ramai sangat kids yang datang ke tadika tu yang dia pun macam tak der mood nak gie tadika tu...Tapi nak buat macam mana...Lynn dan Mr. Hubby kena gak hantar dia gie tadika...Tak kan nak biarkan dia sorang-sorang kat rumah...Huhuhuhuhu...

Disebabkan terlalu banyak sangat bergerak dan berjalan-jalan lately nie...Lynn rasa lepak sangat bila berada di rumah...Lynn tak larat betul nak buat kerja-kerja rumah...Mata nie sakit jer tengok kain baju yang berlambak tak berlipat kat rumah tu...Tapi sungguh Lynn surrender...Lynn memang la tak larat nak buat kerja-kerja rumah...Lynn harap sangat la penyakit nie tidak la berlarutan...

Hari nie kerja-kerja di pejabat memang berlambak...Gara-gara gie berjalan kat MAHA hari Jumaat lepas...Jadi kena la bagi perhatian lebih sket kat kerja-kerja yang ada hari nie...Insyallah Lynn akan berkunjung ke blog korang semua sambil Lynn buat kerja yer...Rindu nak baca entry2 korang...Okey la...Take care semua...

November 26, 2010

Nak Gie MAHA Nie

Salam pagi Jumaat...
Hehehehehe...
Pagi-pagi nie Mr. Boss dah offer...
Siapa yang nak pergi MAHA boleh la pergi hari nie...
Hari nie hari pembukaan MAHA...
Jadi Lynn dan beberapa staff LPP Johor nak gie hari nie...
Bukan senang nak dapat offer macam nie...
Jadi hari nie tak dapat la nak blogwalking blog korang...
Nie pun just update sket...
Supaya korang tak tertanya-tanya kenapa tak der entry dari Lynn...
Nanti esok Lynn update yer...
Take care yer semua...
Adios...

November 25, 2010

MAHA dan HPPNK 2010

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia untuk semua kawan-kawan blogger...Pagi tadi Lynn tak berkesempatan nak update blog sebab banyak kerja dan ada taklimat pementoran pagi tadi di Dewan Kuliah IPP...Jadi masa nak update blog dan blogwalking memang arr terhad sket...Tapi petang nie bila kerja-kerja dah selesai boleh la Lynn update blog nie...

Petang nie Lynn nak share sket dengan korang semua tentang MAHA dan HPPNK 2010...Mesti ada di antara korang yang tahu dan ada juga yang tak pernah dengar tentang MAHA dan HPPNK nie...Tak per...Kat entry nie Lynn akan huraikan serba sedikit tentang MAHA dan HPPNK nie...Ala-ala promosi la kiranya nie...Hehehehehehe...

MAHA ni merupakan singkatan kepada Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show dan HPPNK plak singkatan kepada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan...Daripada nama panjang MAHA dan HPPNK nie tentu korang dah agak yang pameran nie segalanya tentang pertanian, penternakan kan...

Program MAHA ini diadakan 2 tahun sekali manakala HPPNK pula diadakan setiap tahun...Dan tahun ini disebabkan HPPNK dan MAHA bergabung maka program ini diadakan selama 10 hari mulai 26 November - 5 Disember 2010...Bertempat di MAEPS, Serdang dan disertai oleh lebih 950 jabatan dan agensi pertanian...


Seperti tahun-tahun yang lalu MAHA dan HPPNK nie memang akan diadakan dengan meriah dan tahun nie rasanya lebih meriah dan penyertaan adalah lebih menggalakkan...Lebih-lebih plak kali nie dibuat waktu musim cuti sekolah...Dah tentu la akan ramai pengunjung yang akan datang ke MAEPS, Serdang nie...

Walaupun pameran nie merupakan pameran pertanian tapi untuk mereka yang tak pernah berkunjung ke MAHA dan HPPNK nie jangan la korang terkejut kalau-kalau duit korang boleh habis beratus-ratus atau lebih kat sini yer...Lynn dah ada pengalaman berhabis duit kat MAHA dan HPPNK nie...Sebab tu la Lynn cakap macam tu...Huhuhuhuhu...Korang leh jumpa banyak sangat barang-barang yang boleh diborong kat sini...Dan salah satu yang best dan akan Lynn beli setiap kali berkunjung ke MAHA adalah ikan pekasam...

Memang sedap la ikan pekasam yang diorang jual kat MAHA nie...Semuanya stok-stok baru la...

Selain daripada shopping2, para ibu bapa yang nak mendedahkan anak-anak mereka dengan binatang-bintang yang mungkin korang x leh nampak kat Zoo boleh tengok dengan lebih jelas kat sini...Dan yang penting sekali nak masuk tengok binatang-binatang nie tak dikenakan bayaran pun...
 Contohnya macam Kambing Jamnapari nie...Memang leh tengok dengan clear la...

Yang nie plak Kambing Boer...Memang tengah famous kat Malaysia sekarang nie...

Ha...Yang nie lagi famous mengalahkan Famous Amos...Ikan hiasan yang dikenali sebagai Ikan Arowana...Memang tengah glamour dan ramai yang buat hiasan kat dalam aquarium nie...

Korang yang berminat juga boleh berkunjung ke Pameran Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani...Ada booth LPP, FAMA, MARDI, LKIM, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan lain-lain lagi...Kat sini korang akan didedahkan dengan lebih detail lagi fungsi-fungsi setiap jabatan dan agensi...Dan kalau korang berkunjung ke booth LPP nanti bolehlah korang tengok Mr. Hubby Lynn bersama dengan benih ikan siakap dia yang berusia 20, 40 dan 60 hari tu...

MAHA dan HPPNK 2010 nie akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia kita, Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak pada 27 November 2010 jam 10.00 pagi...Untuk mereka yang berminat boleh la berkunjung beramai-ramai dengan rombongan masing-masing ke MAHA dan HPPNK 2010 nie...Insyaallah korang yang berkunjung ke MAEPS nie akan mendapat banyak pengalaman yang berguna...

Insyaallah Lynn juga akan berkunjung ke MAHA dan HPPNK nie next week...Mr. Boss dah bagi green light dah tadi untuk gunakan kenderaan pejabat untuk ke MAEPS...Tapi kalau pergi pun balik hari jer...Okey la tu...Untuk keterangan lanjut korang boleh la layari laman web MAHA 2010...

November 24, 2010

Doa Ketika Hamil

Syukur alhamdulillah dah nak masuk pun minggu ke sembilan Lynn mengandungkan anak kedua Lynn...Insyaallah...Tadi Lynn ada berkunjung ke satu blog yang Lynn follow...Ada terpampang kat situ doa semasa hamil dan untuk pengetahuan korang blogger yang kongsikan info nie pun tengah preggy juga...Jadi Lynn dah minta izin dari Ainazliena untuk copy info nie dan letak kat blog Lynn...Doanya adalah seperti di bawah nie...
 
Doa semasa hamil

Ya Allah,
peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah,
jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam

Aminnnn......



Selain daripada tu Ainazliena pun ada share surah-surah yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung...Jom kawan-kawan yang preggy kita baca sama-sama surah-surah nie...Insyaallah nanti kita akan mendapat manfaat dariNya...Insyaallah...

Surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:
  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu

Huwargggghhh...Ngantuknya...

Salam pagi Rabu untuk kawan-kawan semua...Hari nie Lynn dan Mr. Hubby memang rasa mengantuk sangat2...Huhuhuhuhu...Kat entry semalam Lynn ada citer ngan korang yang little Qistina demam kan...Semalam petang Teacher Qistina call kitorang suruh bawa Qistina ke klinik...Suhu badan dia tinggi sket...Tapi dah nak dekat kul 6.00 petang juga baru kitorang sampai Tadika Ixora Ria...

Sampai jer kat sana little Qistina tengah duduk borak-borak ngan Teacher Fatimah...Nampak macam sihat jer tapi bila letak tangan kat dahi dia memang terasa la panas sket...Jadi kitorang terus la bawa little Qistina ke Poliklinik Penawar Sri Pulai...Selalunya kitorang akan bawa dia ke Klinik Siti Fatimah tapi bila dah petang sangat dah tentu la Doktor Siti Fatimah tak der kat klinik...Frust jer nanti bila pergi sana...

Lepas jer jumpa doktor, Qistina minta belikan nugget...Jadi kitorang terus la decide untuk dinner jer kat Marrybrown Pekan Francais Pulai...


Dah lama juga kitorang tak gie makan kat Marrybrown nie...Lynn dan Mr. Hubby order Nasi Marrybrown manakala untuk little Qistina kitorang orderkan Nugget Ayam 6 pieces + Small Chicken Porridge...Lynn dan Mr. Hubby habis la makan tapi little Qistina just makan 2 ketul jer Nugget Ayam...Chicken Porridge tu pun dia makan sket jer...Jadi Lynn pun tapau la segala yang tak habis dimakan tu...Mana tahu nanti little Qistina nak makan kat rumah...

Sampai jer kat rumah terus la kitorang berdua mulakan sesi memberi makan ubat pada little Qistina...Aduhai...Punya la susah nak bagi makan ubat...Siap termuntah-muntah...Tapi kena gak bagi sebab kitorang tak nak sakit dia melarat...Dan malam tadi Lynn dan Mr. Hubby bergilir-gilir menjaga little Qistina...Lynn tidur dulu dalam pukul 10.00 malam sehingga jam 12.30 tengah malam...Then Mr. Hubby sambung tidur dan Lynn plak jaga Qistina...Kitorang memang sentiasa letakkan tuala lembab kat dahi dia supaya elakkan suhu badan dia naik balik...

Tapi jam 3.00 pagi tadi kitorang rasa suhu badan dia dah tinggi balik...Jadi kitorang decide untuk letak jer ubat vontot...Dan lepas tu little Qistina terus la jaga dari tidur dan start la minta nak makan nugget...Nasib baik la nugget dia ada lagi 2 ketul...Jadi boleh la juga dia makan sambil duk tengok DVD lagu kanak-kanak dia...Bila ada jer lagu yang dia suka dia boleh plak meloncat-loncat kat atas katil tu dan menari-nari...Huhuhuhuhuhu...Macam orang sihat jer...

Waktu tu peluh memang dah kuar banyak dah...Lebih-lebih lagi kitorang tak on pun kipas kat dalam bilik...Jadi memang berpeluh-peluh la dia...Lynn layankan jer dia tapi Mr. Hubby tidur-tidur ayam...Dah puas dia tengok DVD lagu kanak-kanak tu dia nak pula tengok citer Upin Ipin...Jadi Lynn pasangkan plak citer Geng...


Little Qistina duk melayankan citer tu sampai la jam 4.45 pagi kut...Then Lynn pujuk dia suruh tidur dan syukur dia nak tidur semula...Dan Lynn pun membuta la balik sehingga la jam handphone berbunyi tepat 6.00 pagi...Nak tak nak Lynn kena la bangun dan setengah jam lepas tu Mr. Hubby pun bangun juga...Mata masing-masing sembab jer dan kitorang asyik menguap pagi tadi...Dah nak dekat kul 7.00 pagi baru la kitorang kejutkan Qistina...Suhu badan dia dah okey dan Lynn buatkan dia milo panas...Berselera betul dia makan biskut Jacobs dicecah dengan milo panas tu...

Lynn dan Mr. Hubby berharap sangat la agar fever Qistina berkurangan...Kalau boleh tak nak la fever dia berlarutan kan...Bila anak demam dan tak sihat macam nie kita sebagai mak bapak dah tentu la kecut perut kan...Risau kalau apa-apa yang buruk terjadi...Huhuhuhu...Semoga anak kesayangan Lynn dan Mr. Hubby nie cepat sembuh la yer...

November 23, 2010

Akaun Bank Utk Qistina

Lynn nak tanya sket pendapat kawan-kawan semua...Sebenarnya Lynn dan Mr. Hubby ada terfikir nak buatkan akaun bank untuk Qistina...Qistina sekarang nie cuma ada akaun Tabung Haji jer...

Setiap kali ada duit tabungan sempena hari raya atau apa-apa jer, Lynn dan Mr. Hubby akan masukkan ke dalam akaun Tabung Haji Qistina nie...Tapi Cawangan Tabung Haji nie tak der banyak sangat macam bank-bank lain...Yang ada di Johor Bahru nie adalah di Larkin Perdana dan kat bandar JB...Memang la bercinta nak pergi sana...Boleh juga nak masukkan duit kat pejabat pos atau mana-mana bank yang leh link dengan Tabung Haji tapi tak dapat la nak updatekan buku Tabung Haji anak dara tu...Maka x dapat la nak tengok berapa baki terkini duit Qistina kat buku Tabung Haji tu...

Salah satu tujuan kitorang nak buatkan akaun bank untuk Qistina disebabkan kitorang nak menyenangkan kerja-kerja mentransfer duit ke dalam akaun bank dia nanti...Sekarang nie dah tak payah nak pergi bank dah kalau nak transferkan duit...Just guna perkhidmatan online jer duit dah boleh ditransferkan ke akaun seseorang...Lebih menyenangkan dan menjimatkan masa...

Setakat nie Lynn berkenan dengan Akaun Nuri dari Bank Rakyat dan Junior Savers Account dari CIMB Bank...Akaun Nuri tu memang Lynn dah lama tahu kewujudannya sejak zaman sekolah lagi...Tapi kalau Lynn buat akaun CIMB untuk Qistina pun okey juga sebab Lynn dan Mr. Hubby memang ada akaun CIMB pun...Jadi kalau transfer duit tak ler kena caj kan...

Akaun Nuri kalau nak buka just deposit RM10 jer dah pun boleh buat akaun...Tapi akaun CIMB kena ada RM300 baru boleh buka akaun...Erm, besar juga kan perbezaan amount kat situ...Apa pendapat korang? Nak pilih yang mana yer? Akaun Nuri, Junior Savers dari CIMB atau pun buat akaun kat bank lain...Please bagi komen dan pendapat sket dalam hal nie...Tentu ada di antara korang yang berpengalaman dalam hal-hal macam nie...Lebih2 lagi untuk kawan-kawan blogger yang dah ada ramai anak tu...

Welcome Back

Salam pagi Selasa untuk kawan-kawan blogger semua...Hari nie merupakan hari pertama Lynn dan Mr. Hubby bekerja setelah cuti panjang...Rasa malas jer nak pergi kerja pagi tadi...Tapi bila memikirkan kerja-kerja yang comfirm super duper berlambak kat pejabat nie kena la rajinkan diri juga pergi kerja...Hehehehe...

Owh yer, little Qistina demam pula tengah malam tadi...Lynn terpaksa masukkan ubat vontot untuk mengelakkan suhu badan dia makin panas...Dan pagi tadi Lynn dah pun bagi makan ubat demam sebelum hantar dia ke Tadika...Kalau demam dia berlarutan Lynn dan Mr. Hubby nak bawa dia ke klinik tengahari nanti...Tapi kitorang harap sangat la demam dia tak berlarutan...

Mr. Hubby nak outstation plak ke Serdang sempena MAHA dan HPPNK 2010 pada hari Khamis hingga Ahad nie...Maka tinggal la kami berdua jer nanti kat rumah...Jadi memang arr Lynn berharap sangat demam Qistina tak berpanjangan...Tak nanti Mr. Hubby risau dan Qistina pula meragam...

Penyakit mabuk dan loya masih lagi membelenggu diri Lynn...Huhuhuhu...Kali nie memang agak teruk sket berbanding mengandung Qistina dulu...Tapi tak per la...As long anak di dalam kandungan Lynn nie sihat walafiat Lynn redha dengan penyakit mabuk dan loya nie...

Malam tadi Lynn rasa kepingin sangat nak makan Nasi Kandar...Huhuhuhuhu...Punya la godek2 GPS Mr. Hubby mencari restoran yang jual Nasi Kandar nie...Tapi bila sampai jer kat restoran tu diorang kata tak der jual pun Nasi Kandar...Memang arr sedih betul la...Entah bila la Lynn dapat makan Nasi Kandar nie...Mr. Hubby kata kat KL dan Negeri Sembilan bersepah jer restoran Nasi Kandar nie tapi kat JB punyalah susah nak cari...Penyudahnya malam tadi kitorang bungkus jer mee goreng mamak dan nasi goreng ayam dan makan kat rumah...

Korang tahu tak kat mana di JB nie yang ada jual Nasi Kandar?  Memang teringin sangat nie nak makan...Kalau korang tahu bagi tahu Lynn yer...

November 20, 2010

Kembali Berada Di Rawang

Salam ceria untuk kawan-kawan blogger semua...Apa khabar? Moga semuanya sihat-sihat belaka la yer...Syukur Alhamdulillah Lynn dan keluarga sihat adanya...Dan syukur juga kerana kami bertiga telah selamat tiba di Rawang setelah berada di Negeri Sembilan sejak hari Rabu lepas...Cuti Lynn dan Mr. Hubby sampai hari Isnin nie...Tak pasti lagi kitorang nak balik JB bila...

Sepanjang beberapa hari nie Lynn memang tak der la menjenguk notebook HP Lynn...Tak usik2 pun blog nie...Memang bercuti sakan betul...Dan kebetulan line broadband di rumah MIL tak berapa elok sangat...Jadi malas la sket nak try buka...Kalau tak dapat access nanti buat sakit jiwa jer...Huhuhuhuhu...

Jadi hari nie bila sampai je kat Rawang maka Lynn pun start la buka blog Lynn nie...Huhuhuhuhu...Traffic Lynn memang jatuh teruk la...Sedih jer tengok...Tapi tak per...Insyaallah lepas nie traffic blog Lynn nie tak kan merundum lagi...Nak kena sentiasa maintain nie sebab nak dapatkan banyak BE dari Tuan Nuffnang yang sungguh baik hati tu...


Dan oleh kerana hari nie hari jadi ibunda Lynn, rasanya nak bawa family gie meraikan birthday ibunda Lynn kat luar petang nie...Tak pasti lagi la nak pergi mana...Qistina dari semalam sibuk mengajak ke Zoo Negara tapi cuaca sekarang tak menentu la...Dan dia plak tengah selsema nie...Takut nanti makin melarat plak...

So apa pendapat korang ek? Agak-agak nak bawa family Lynn ke mana yer? Kalau boleh korang cadangkan la satu tempat yang mana kat situ Qistina boleh having fun dan kitorang plak boleh bersantai-santai sambil berborak-borak...

Selamat Hari Lahir Untuk Ibunda Tercinta

Hari nie 20 November 2010...
Hari nie juga merupakan hari lahir ibunda ku yang tercinta...
Yang ke 55 tahun...


Along doakan ibu dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi ALLAH S.W.T...Along, Ezal dan Qistina sayangkan ibu dan mengambil kesempatan nie mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk Ibunda tercinta Puan Norbi binti Yusoh...

Love you so much...
Muaahhhhhhhs....

November 17, 2010

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha untuk semua Umat Islam di bumi ALLAH  S.W.T...
Salam Aidiladha khas dari Lynn dan keluarga untuk semua kawan-kawan blogger...


Tahun nie kitorang sekeluarga beraya di Rawang...
Meraikan Aidiladha seadanya...
Insyaallah akan balik juga ke Negeri Sembilan...

Berhati-hati di jalan raya untuk semua yang travel yer...
Biar lambat asal selamat dan ingatlah orang tersayang...
Owh yer, makan juadah raya jangan lupa pada Lynn yer...
Hehehehehe...
Take care...

November 16, 2010

Nak Buat Apa Yer?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Syukur alhamdulillah Lynn dan keluarga sihat sejahtera hari nie...Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang esok, Lynn dan Mr. Hubby dah pun apply cuti rehat selama 2 hari pada Khamis dan Jumaat nie...Tahun nie kami akan menyambut Hari Raya Aidiladha di Rawang...Last week waktu Lynn contact ibu, rasanya tak kan ada program berjalan-jalan pun nanti...Spend masa kat rumah jer...Cuma pagi esok selepas Solat Raya kitorang nak menziarah kubur arwah adik Syafiq jer...

Insyaallah tengahari esok juga kitorang akan balik ke Negeri Sembilan plak...Akan stay di Negeri Sembilan sehingga petang Jumaat atau pagi Sabtu...Tengok la macam mana nanti...Then akan pulang semula ke Rawang dan habiskan cuti sehingga hari Isnin nanti...Hehehehehehe...Lama kan kitorang cuti...Sebenarnya hari Isnin tu hari cuti am untuk Negeri Johor sempena Keputeraan Sultan Johor...Jadi kitorang dapat extra cuti la...Korang jangan la jealous plak yer...

Mood nak bekerja hari nie biasa-biasa jer...Kebetulan kerja-kerja Lynn dah selesai Lynn laksanakan seawal jam 9.30 pagi tadi...Kerja pun tak banyak hari nie...Jadi sekarang nie Lynn memang free sangat-sangat la...Lynn tengah terfikir-fikir nak buat apa sekarang nie? Lynn ingat hari nie nak minta pelepasan daripada Mr. Boss untuk balik awal...Mr. Boss pun tak der kat pejabat hari nie...Agak-agak korang Lynn dapat ker pelepasan tu?

So korang buat apa pagi nie? Ada yang dah balik kampung ker? Atau ada di antara korang yang tak balik beraya tahun nie? Meh comment sket kat entry Lynn nie...Hehehehehe...Okeylah...Lynn nak buat auto publish entry untuk sepanjang hari bercuti nie nanti...Take care yer semua...

November 15, 2010

Graduation Day Tadika Ixora Ria

Syukur Alhamdulillah Graduation Day Tadika Ixora Ria telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu lepas...Program nie agak kelam kabut pada awalnya ditambah pula dengan hujan yang turun dari langit...Tapi setelah bermula jer persembahan segalanya nampak okey dan semua yang hadir memang having fun la tengok persembahan kanak-kanak di Tadika Ixora Ria nie...

Majlis malam tu sepatutnya start jam 8.30 malam tapi disebabkan hujan majlis berlangsung lewat setengah jam...Dimulakan dengan Majlis Doa Selamat...Setelah VIP sampai majlis dimulakan dengan Ucapan Aluan dari Principle Tadika Ixora Ria dan Ucapan Perasmian oleh VIP...Then diteruskan dengan majlis penyampaian Sijil kepada student yang habis belajar di Tadika Ixora Ria...Tahun nie just 8 orang jer kids yang berusia 6 tahun kat Tadika Ixora Ria nie...

Performance yang dipersembahkan malam tu ada Opening Performance,  Shuffle, Belly Chacha, A Go Go, Ngajat Tampi & Bollywood...Memang arr berbakat sungguh anak-anak yang buat persembahan nie...Kebanyakkan tarian disertai oleh kids yang berada di kelas K2...Diorang nie yang berusia 6 tahun dan yang grad pada malam tu...

 Anak dara Lynn nie masuk tarian Belly Chacha...Ada 5 girls yang masuk tarian nie dan Qistina la yang paling youngest among them...

 Pom Pom yang Qistina pegang tu macam menyusahkan dia jer malam tu...Selalunya bila practice Qistina pakai Pom Pom yang dibuat oleh tali rafia...Suddenly untuk program sebenar dia pakai yang memancar2 tu...This Pom Pom membuatkan dia terhenti sekejap menari kat atas pentas tau...Nanti korang tengok video kat bawah yer...

Syukur...Walaupun Qistina terhenti menari sekejap tapi dia tak lupa pada step tarian dia...Hehehehehe...Memang excellent la anak dara nie...Tu yang buat Mama dan Papa makin sayang nie...

Dari segi ketinggian pun dah nampak kan Qistina yang paling kecik...Tapi nasib baik arr anak dara Lynn nie sporting...Happy sangat tengok dia menari waktu nie tau...


Ini la video tarian Belly Chacha tu...Korang tengok la yer...Qistina yang paling hujung sekali...Ada juga tersalah step anak dara Lynn nie tapi biasa la tu...Sedangkan kita yang dah tua bangka menari nie pun boleh salah step kan...Hehehehehe...Lepas jer tengok performance dia kitorang balik sekejap rumah sebab Lynn dah tak tahan nak ke toilet dan nak muntah...Huhuhuhu...Kat toilet rumah juga yang Lynn selesa nak muntah tau...

 Kitorang terus cari Qistina lepas datang balik ke Tadika Ixora Ria...Dan waktu tu memang dia nak berkepit jer la dengan kitorang...Siap mengadu dia lapar dan nak makan...Jadi terus jer la kitorang layankan dia makan...

 Sejak Lynn preggy nie dia memang close habis dengan Papa dia...Makan, minum, main dan most activity yang dia buat mesti dengan Papa dia la...Sebab Lynn bila kat rumah jer dah melepek jer...Jadi dia pun tak sampai hati la nak minta yang bukan-bukan...

 Qistina with Najwa...Tapi kitorang panggil dia Wawa jer...Baru jer 4 tahun dan sporting habis la...Malam tu Qistina berkepit dengan Wawa jer...

 Posing lagi anak dara 2 orang nie...Hehehehehe...

 Setiap kids yang buat persembahan malam tu diberikan Piala Performance Year 2010 dari Tadika Ixora Ria...Nampaknya kitorang kena beli almari perhiasan la lepas nie sebab nak kumpulkan piala Qistina plak...Dulu waktu kita kecik-kecik pun ada gak parents kita kumpul piala-piala nie...Sekarang turn kitorang la plak...Hehehehe...

 Qistina dah dapat pun piala dia yang pertama...Tq yer Teacher Fatimah...

Last performance malam tu semua kids nyanyi lagu yang bertemu dan berpisah tu...Tapi english version lor...Entah apa la tajuk lagu tu ek...

Walaupun majlis nie tak dibuat di dewan tapi memang ramai betul yang datang tengok dan bagi support...Al maklumlah Tadika Ixora Ria nie dalam kawasan perumahan baru...Jadi asal ada program jer sure ramai yang bagi sokongan untuk hadir...Memang packed la Tadika Ixora Ria malam...

Anyway congrats kepada tenaga pengajar Tadika Ixora Ria yang bertungkus lumus membuat persiapan untuk Graduation Day nie...Dengan aktiviti yang menarik dan menghiburkan hati semua Lynn dan Mr. Hubby yakin ramai yang akan mendaftarkan anak mereka dia Tadika Ixora Ria next year...Kitorang pun dah decide untuk terus hantar Qistina kat Tadika Ixora Ria...

Itu jer la citer tentang Graduation Day Tadika Ixora Ria...Sorry la kalau video tu tak berapa clear...Lynn amek guna HP jer...Lepas nie tunggu mas untuk amek report card Qistina plak...Hope dia dapat result cemerlang lagi...Take care yer semua...

I Am Not In A Good Mood Today

Salam pagi Isnin...
Huhuhuhu...
Tengok dari tajuk tentu korang dah dapat agak kan...
Yup...
Hari nie mood tak berapa nak baik la...
Terkena penangan 'Monday Blues' + 'Morning Sickness'...
Alahai...
Lynn nak siapkan kerja-kerja yang ada depan mata nie cepat...
Mana tahu nanti boleh juga merehatkan diri sekejap...
Memang tak larat sangat...
Dari semalam lagi Lynn rasa lemah sangat...
Huhuhuhu...

November 14, 2010

Nak Makan Apa Yer?

Salam ceria untuk semua...Korang tengah buat apa tu? Lynn dan Mr. Hubby tengah duk melayan Qistina nie...Al maklumlah anak dara nie bukan ada kawan pun kat rumah...Jadi Mama dan Papa dia la yang jadi mangsa kan...Kena main sama-sama dengan dia...Hehehehehe...

Syukur alhamdulillah...Majlis graduation day untuk Tadika Ixora Ria dah selesai semalam dengan jayanya...Walaupun agak kelam kabut pada mulanya tapi semua yang ada having fun tengok keletah anak-anak yang buat persembahan di Tadika Ixora Ria...Tapi entry kali nie Lynn tak nak citer pasal Graduation Day yang berlangsung semalam...

Sebenarnya Lynn nie tengah hadapi masalah makan la...Huhuhuhuh...Lynn dah tak tahu nak buat macam mana lagi la...Ramai yang cakap kalau nak elakkan rasa loya dan mual waktu mengandung nie kena elakkan makanan yang bergoreng...Jadi Lynn nie memang arr dah puas mengelak makanan yang bergoreng...Sarapan Lynn gantikan dengan meehoon sup atau soto...Begitu juga dengan makan tengahari dan makan malam-malam...

Tapi tekak Lynn tetap juga tak dapat nak terima makanan-makanan tu...Lynn tetap juga akan muntah 1 atau 2 jam selepas makan...Huhuhuhuhu...Memang la rasa perit sangat...Lynn cuba juga makan buah-buahan yang masam seperti orange dan epal hijau tapi tetap gak tak jalan...Aduhai...Macam mana la yer nak atasi masalah nie...

Malam nie Lynn tak tahu nak makan apa...Kebetulan hari nie tadi kitorang keluar dan balik rumah jam 2.30 petang...Makanan tengahari tadi kitorang tapau jer sebab Lynn tak larat nak masak...Huhuhuhu...Gie jalan2 beli barang rumah kat Tesco larat plak...Tapi nak masak tak larat...Mengada-ngada kan...Qistina kalau gie makan kat luar dah tentu la nak makan Sotong Goreng Kunyit favorite dia...Mr. Hubby plak memang tak memilih part makan nie...Cuma Lynn jer yang tengah bermasalah...

November 13, 2010

Hari Yang Penuh Dengan Aktiviti

Salam hari Sabtu untuk kawan-kawan blogger semua...Syukur Alhamdulillah kami sekeluarga diberi peluang untuk menikmati hidup di muka bumi ini lagi...Hari nie merupakan hari yang penuh dengan aktiviti terutama sekali untuk our lovely daughter Nur Qistina Farzana...Hari yang dinanti-nantikan untuk kami berdua selaku Mama dan Papa Qistina...

Untuk yang mengikuti blog nie sure dah tahu yang hari nie adalah merupakan hari graduasi untuk pelajar di Tadika Ixora Ria...Walaupun bukan la nak amek Diploma atau pun Ijazah di Universiti tapi hari macam nie merupakan hari yang penting untuk Qistina...Kalau dulu mana la ada hari graduasi nie untuk budak-budak tadika nie...Tapi zaman sekarang dah berubah...Betul tak...

Qistina akan menjalani raptai jam 2.00 petang nanti...Dan majlis akan bermula jam 8.30 malam...Kebetulan juga Mak Tih Lynn buat kenduri malam nie...Nampak gayanya kena sudahkan dulu urusan di Tadika Ixora Ria baru la kitorang akan berkunjung pula ke rumah Mak Tih...

Sekarang nie kitorang bertiga nak keluar bersarapan...Korang dah sarapan ker? Apa pula aktiviti korang hari nie...Walau apa pun yang korang buat having fun yer...Take care semua...Adios...

November 12, 2010

Contest Baju Sama By Ika Puk Puk

Hari nie Lynn duk berjalan-jalan kat blog kawan-kawan...Ternampak satu contest yang best sangat...Nama contest ni CONTEST BAJU SAMA...Hehehehehe...Jadi Lynn pun nak la joint contest nie...Mana la tahu ada rezeki nak menang...Try jer la...

Yang nie banner tuan punya contest...Kat bawah nie plak penyertaan Lynn...

Comey tak korang tengok gambar nie? Hahahahahaha...Masuk bakul angkat sendiri...Sedikit penerangan tentang gambar nie...

Gambar nie diambil waktu wedding sepupu Lynn pada awal bulan Mei 2010 yang lepas...Waktu nie Lynn bergambar dengan sepupu-sepupu kesayangan Lynn...Baju nie merupakan baju sponser untuk mereka-mereka yang tertentu dan bertuah jer seperti kami semua...Dan semuanya pakat nak buat baju kurung moden siap bercekak ala Dato' CT Nurhaliza...Hehehehehe...Sebenarnya ada beberapa orang lagi sepupu yang ada baju yang sama tapi entah ke mana la menghilangnya...Jadi sempat nak bergambar dengan 3 orang sepupu yang nie jer...Kitorang sebenarnya tengah jadi pak pacak tunggu pengantin sampai waktu amek gambar nie...Pengantin dah terlewat datang dari masa yang dijanjikan yer...Tu yang kitorang boleh sempat posing-posing dulu tu...

Syarat-syarat penyertaan simple jer...Tarikh tutup plak 31 Disember 2010...Lama lagi tu...Jadi untuk sesiapa yang berminat nak joint boleh la ke blog IKA yer...

Jumaat Yang Busy

Assalamualaikum dan salam sejahtera utk semua kawan-kawan blogger...Hari nie Lynn busy sangat la...Daripada pagi tadi lagi dah start sibuknya...Huhuhuhuhu...Tak terkejar rasanya nak buat kerja hari nie...Alahai...Jadi kalau Lynn tak berkunjung ke blog korang pagi nie Lynn minta maaf yer...Lynn akan cuba untuk datang petang nanti...Lynn nak siapkan kerja-kerja yang ada nie dulu...Take care semua...

November 11, 2010

Nak Mengadu Sket

Huhuhuhuhuhuhu...Seboleh-bolehnya Lynn tak suka nak mengadu masalah Lynn kat blog nie...Lynn tak nak ada yang anggap Lynn nie lemah...Tapi rasa macam lain sket la kalau tak share kat sini...Ntah apa yang lainnya Lynn pun tak tahu la...Mungkin sebab Lynn tahu kawan-kawan blogger boleh bagi pendapat dan memahami Lynn...Jadi Lynn nak share juga dengan korang semua...Yang sudi nak baca terima kasih yer...Yang mana tak kuasa nak baca sila klik X kat atas tu...

Sebenarnya nie pasal kat tempat kerja...Tugas sebagai seorang PA nie tak ler sesusah mana pun...Asalkan kita dapat buat segala arahan daripada Mr. Boss dan siapkan kerja-kerja yang memang dah patut kita kena buat setiap hari maka lengkaplah kerja-kerja Lynn nie...Setiap hari Lynn akan merekod surat keluar dan masuk untuk Mr. Boss...Ada masa Lynn just terima 2/3 envelope jer...Ada masa tu Lynn dapat envelope dah tinggi macam bangunan KLCC...Hahahahahaha...Logik ke tinggi KLCC...Maksudnya banyak sangat la tu...

Dan sebagai seorang PA yang professional dan tak pernah nak menebeng serta merayap ke meja atau cawangan lain, Lynn akan pastikan surat-surat yang diterima akan direkod sehingga selesai...Memang tak kan ada kerja yang tertinggal la...Sebab Lynn tahu kalau Lynn pending rekod surat-surat nie sure esok dan hari mendatang akan datang envelope bertimpa-timpa lagi...Betul tak?

Kerja-kerja Lynn biasanya selesai sebelum petang...Kalau Mr. Boss tak der kat pejabat kadang-kadang tu pukul 11 pagi Lynn dah goyang kaki sambil blogwalking kat blog korang semua...Entah macam mana ada yang iri hati dengan Lynn kat pejabat nie...Tak boleh nak tengok Lynn relaks...Dan tak boleh tengok meja Lynn nie clear...Huhuhuhuhuh...Entah apa la jenis manusia pun Lynn tak tahu la...

Agaknya dia nak suruh Lynn nie jadi macam dia kut...Walaupun dia ada 2 orang assistant yang tolong handle kerja-kerja dia tapi bila setiap kali dia dapat kerja dia akan jadi macam orang meroyan...Sekejap2 pening...Dah tu sekejap2 nak marah orang...Memang tak professional langsung...Bagi diri Lynn kalau kita dapat uruskan masa dan kerja kita dengan sempurna insyaallah kita tak kan ada masalah macam nie la...Sekarang nie Lynn tengok orang tu kerja dia makin hari makin berlambak...

Daripada dia duk sibuk nak iri hati dan buat orang lain sakit hati kan ada baiknya dia fokus jer kat kerja-kerja dia yang berlambak atas meja tu kan...Lynn memang sentiasa berdoa pada ALLAH S.W.T agar orang macam dia nie dikenakan balasan yang setimpal...Kadang kala Lynn sendiri terfikir apakah sebab yang menyebabkan dia nie iri hati sangat dengan Lynn...Lynn tak pernah pun jaja cerita atau burukkan dia depan staff kat pejabat nie...Keburukan tentang diri dia memang staff kat sini dah nampak sendiri...Tak payah ada CNN yang tolong nak sampaikan la...

Huhuhuhu...Okey...Cukup sampai tu jer luahan hati Lynn hari nie...Tak nak mengadu domba banyak sangat...Kang meluat plak orang yang membaca...Huhuhuhu...

Sekejap Jer Dah Khamis

Morning semua...
Apa khabar? 
Sihat ker? 
Syukur alhamdulillah kami sekeluarga sihat...
Pejam celik pejam celik...
Hari nie dah pun hari Khamis...
Tinggal 2 hari jer lagi nak hari jumpa hari Sabtu...
Lusa hari Konvo Tadika Ixora Ria akan muncul...
Hehehehehe...
Tak sabar plak nak tengok performance Qistina...
Walaupun tahun nie bukan turn Qistina untuk terima scroll...
Tapi kitorang akan hadir juga ke majlis tu untuk tengok dia dancing...
Hari nie kerja-kerja Lynn agak banyak juga...
Jadi Lynn nak fokuskan dulu kat kerja-kerja yang ada nie...
Insyaallah Lynn akan jengah korang semua yer...
Yang mana belum breakfast tu sekejap lagi Lynn nak breakfast...
Jom la kita breakfast sama-sama yer...
Take care semua...

November 10, 2010

Eh Dah Berubah La

Hehehehehe...
Petang nie Lynn nak share something ngan korang...
Selalunya Lynn buka NUFFNANG sebab nak tengok BE dan jumlah UV setiap hari...
Tapi hari nie Lynn terperasan something la...

 Korang tengok tu...
Bintang2 kat situ dah makin bersinar la...
Suka betul la Lynn...
Tapi yang Large Rec tu cuma ada 3 bintang jer...
Tak per...
Insyaallah nanti akan naik la sampai 5 bintang kan...
Hehehehehe...

Nie penerangan ringkas dari NUFFNANG tentang bintang2 tu...
NUFFNANG nie memang baik hati la...
Sayang NUFFNANG...

Supplement Untuk Ibu Mengandung

Salam pagi Rabu untuk semua...Apa khabar? Sihat ker korang semua? Lynn dan keluarga sihat2 adanya...Owh yer nak bagi tahu kat korang yang Mr. Hubby tak jadi outstation ke Pulau Pinang...Semalam lepas je selesai majlis Hari Inovasi kat LPP KL, Mr. Hubby dan boss dia dah memcut balik ke JB...Hehehehehe...Berbunga-bunga hati Lynn tau bila dapat tahu Mr. Hubby tak jadi ke Pulau Pinang...

Kononnya semalam nak la kenen Pizza Hut kat Mr. Hubby...Ala sebenarnya Lynn nie nak sangat merasa pizza terbaru keluaran Pizza Hut nie...Terliur betul tengok entry Kak Sumi yang pergi makan pizza nie...


Cheh...Kononnya lepas amek Qistina singgah la dulu rumah nak mandi dan solat Maghrib...Tapi bila sampai jer kat rumah Lynn dah termuntah-muntah...Tekak memang loya sungguh semalam...Penyudahnya tak la pergi ke Pizza Hut sebab dah tak larat sangat nak bawa diri...Kang tak pasal-pasal plak muntah-muntah kat Pizza Hut tu nanti...Jadi program makan pizza tu kitorang tangguhkan dulu hingga keadaan Lynn dah stabil sket...Huhuhuhuhu...

Pagi nie tadi sebelum sarapan 2 kali Lynn muntah-muntah kat pejabat...Nasib baik la tak der saper yang masuk toilet kat pejabat tadi...Kalau tak sure orang yang masuk tu pun ikut loya sama bila tengok Lynn muntah...Lynn tak pasti sampai bila aktiviti muntah-muntah nie akan berterusan...Ada orang tak lama...Ada plak tu yang perut dah memboyot pun masih muntah-muntah lagi...Huhuhuhuhu...Lynn harap sangat Lynn tak lama sangat la nak hadapi situasi nie...Perit rasanya tekak nie la...

Kalau semalam Lynn ada bertanya dengan korang tentang tarikh pemeriksaan yang sesuai di klinik kerajaan kan...Hari nie Lynn nak minta juga pendapat korang lagi...Tapi kali nie tentang supplement untuk ibu mengandung macam Lynn nie...Apakah supplement yang sangat bagus dan best untuk dimakan waktu tengah preggy nie...Waktu mengandungkan Qistina dulu Lynn makan Set Salindah...Ada beberapa step yang perlu Lynn completekan...Baru-baru nie Lynn ada terdengar tentang Shaklee...Ramai yang cakap produk Shaklee nie bagus...Ada tak di antara korang yang guna produk nie? Please share dengan Lynn yer...

November 9, 2010

Baru Jer Daftar

Tengahari nie Lynn nak update something...Untuk pengetahuan korang pagi tadi Lynn baru jer daftar ngan NetworkedBlogs nie...Selama nie Lynn just tengok jer kat blog kawan-kawan ada widget NetworkedBlogs nie...Tak terfikir pun nak register dan follow kawan-kawan...


Tapi hari nie Lynn tiba-tiba tertarik hati nak joint...Salah satu sebab Lynn joint sebab nak promotekan blog Lynn nie kat Facebook...Sebab ada juga kawan-kawan kat Facebook yang tak tahu Lynn ada update entry kat blog...Jadi bila Lynn publish setiap entry kat blog menggunakan NetworkedBlogs nie diorang boleh just click kat situ untuk datang ke blog Lynn yang x seberapa nie...

Lynn juga berusaha untuk menaikkan traffic blog Lynn supaya kadar unique visitor boleh mencecah sehingga 500 orang sehari...Hahahahahaha...Boleh ker Lynn?  Ingat glamour sangat ke blog nie...Setakat 200 orang unique visitor pun dah bagus dah...Jadi boleh la maintain 1000++ unique visitor per week...Korang semua kalau yang mana dah daftar NetworkedBlogs nie meh la follow Lynn yer...Nanti Lynn akan follow korang semula...

Erm, korang nak lunch apa tengahari nie?  Lynn tak pasti lagi nak makan apa...Tapi kalau dapat makan Yong Tau Fu pun best juga nie...Lynn suka makan Yong Tau Fu kat Kampung Melayu...Memang arr yang terbaik untuk diri Lynn la...Dah makan tu order plak ABC yang sedap tu...Hehehehehe...Memang best la...

Pemeriksaan di Klinik Kerajaan

Salam pagi Selasa untuk kawan-kawan blogger semua...Hari nie Lynn sampai di pejabat agak awal yer...Tepat jam 7.24 pagi Lynn dah punch kad...Hehehehehe...Macam orang yang masuk WP1 la plak...Jadi bila dah sampai awal nie maka Lynn pun merayap-rayap la dulu kat blog kawan-kawan...Tinggalkan komen sama ada di entry mahupun di shoutbox...Dan Lynn juga mengharapkan agar kawan-kawan juga berkunjung ke blog Lynn dan melakukan perkara yang sama...

Minggu nie dah masuk minggu ke7 Lynn preggy...Syukur Alhamdulillah Lynn masih boleh makan walaupun rasa mual dan loya tu memang memuncak-muncak...Walaupun kesudahannya Lynn muntah tapi selera makan tu tetap ada...Lynn juga dapat tidur yang cukup dan Mr. Hubby serta Qistina sangat memahami...Memang mereka berdua adalah yang TERBAIK dalam hidup Lynn nie...Sayang sangat dengan mereka berdua...Muaahhhs...

Sebenarnya Lynn nak bertanyakan pendapat kawan-kawan blogger yang lain...Ini berkaitan dengan pemeriksaan ibu mengandung di klinik kerajaan...Korang rasa bulan atau minggu keberapa yang seeloknya Lynn pergi untuk mendaftar pemeriksaan di klinik kerajaan nie yer? Adakah seawal sekarang nie ataupun nak tunggu sehingga bulan ketiga atau keempat baru gi klinik kerajaan tu?

Sepupu Lynn hari tu pergi ke klinik kerajaan di saat usia kandungan dia 4 bulan...Huhuhuhu...Memang jadi bahan marah dengan Jururawat U29 jer tau...Jadi Lynn kalau boleh tak nak la sampai kena marah kan...Owh yer sebelum kecoh2 nak pergi ke klinik kerajaan nie...Mula2 dapat tahu preggy dulu, Lynn rasa buku pink waktu mengandungkan Qistina dah hilang...Lynn puas dah cari kat rumah tau...Tapi tak juga ketemu...Entah macam mana Mr. Hubby teringat yang dia ada simpan buku tu kat dalam kereta kitorang yang dah dihantar ke kampung...Mr. Hubby telefon mak dan syukur alhamdulillah buku tu ada kat dalam kereta tu...Alahai...Kalau la buku tu x ada x pasal-pasal lagi kena marah dengan Jururawat U29 kat klinik kerajaan nanti...

Insyaallah balik kampung raya haji nanti Lynn akan ambil buku pink tu dan bawa balik ke JB...Dan rasanya lepas tu boleh la Lynn refer kat klinik kerajaan plak yer...Boleh ker macam tu kawan-kawan?  Atau tunggu lagi?  Erm, apa pendapat korang ek?

November 8, 2010

Promotion khas Avira Shop

Erm...Actually nie first time Lynn buat kerja nie...Hehehehehe...Lynn memang tak pernah pun terfikir nak mempromosikan blog orang lain kat blog Lynn nie...Almaklumlah blog Lynn nie bukan la seglamour blog blogger yang famous kat luar sana tu...Huhuhuhuhu...

Tapi tak per...Tujuan Lynn ikhlas dan Lynn hope sangat la ada yang sudi nak membaca dan memberi respons...Ada sorang kawan facebook Lynn minta tolong sebenarnya...Minta promotekan blog dia kepada pembaca blog Lynn nie...Kita teruskan ke promotion yang sebenar yer...Tak usah la nak merepek2 lagi...

 Blog yang Lynn nak promote nie merupakan salah satu online shopping blog yang ada kat Malaysia nie...Dikenali sebagai Avira Shop dan baru sahaja mula beroperasi pada tahun nie...Blog Avira Shop nie menjual purse dan handbag dari koleksi jenama yang agak terkenal...Dah tentu la bukan yang original punya kan tapi quality purse dan handbag memang sangat tip top...

 Purse LV MAGENTA yang berharga RM65.00 memang sesuai la untuk gadis2 yang hot meletops kat luar sana...

 Yang nie plak Bronze Purse LV STYLO pun berharga RM65.00...

 Purse GUCCI Brown nie pun berharga RM65.00...Hehehehehe...

Banyak lagi purse dan handbag yang cantik-cantik kat Avira Shop nie...Kalau ada di antara kawan-kawan blogger yang berminat boleh la berkunjung ke Avira Shop yer...Korang just click jer kat perkataan Avira Shop...Terus jer nanti korang dihantar ke blor Avira Shop tu...Hehehehe...

Menurut tuan punya blog, diskaun sebanyak 15% akan diberikan kepada semua follower yang berkenan untuk membeli barang-barang yang dijual di Avira Shop nie...Tapi diskaun tersebut tidak termasuk kos penghantaran yer kawan-kawan semua...Jadi untuk sesiapa yang berminat untuk membeli boleh la jadi follower dulu yer...Boleh la dapat diskaun 15% nanti...

Okeylah...Korang boleh terus pergi ker Avira Shop untuk tengok koleksi yang lain plak...Untuk tuan punya kedai Avira Shop, kak Lynn dah promotekan blog awak kat sini yer...Nanti kalau ada barang2 yang baru inform la kak Lynn...Mana tahu ada yang terbekenan ker...Hehehehehe...

Dah Monday

Pejam celik pejam celik dah pun sampai hari Isnin...Maka bermula la permulaan hari untuk minggu nie...Anyway good morning untuk kawan-kawan blogger semua...Hari nie semuanya sihat-sihat ker? Syukur alhamdulillah Lynn dan keluarga sihat-sihat adanya...Cuma penyakit mabuk masih melanda diri Lynn nie...Tapi x per la...Rasanya itu bukan satu masalah yang besar...

Minggu nie merupakan minggu persiapan terakhir untuk majlis graduasi + konsert untuk Tadika Ixora Ria...Insyaallah majlis akan berlangsung jam 8.00 malam di Tadika Ixora Ria dan ini merupakan kali pertama tadika tersebut melaksanakan majlis graduasi...Kalau tak silap Lynn seramai 5 - 10 orang student yang akan graduasi pada hari Sabtu nie...

Tak sabar rasanya nak melihat Qistina menari tarian cha-cha yang dah 2 bulan dia training tu...Hehehehehe...Anak yang nak buat performance mama plak yang lebih2 kan...Caj baju untuk tarian tersebut pun telah Lynn dan Mr. Hubby bayar seawal minggu lepas...Kalau tak silap Lynn baju tu berwarna pink...Tergantung kat hall Tadika Ixora Ria...Lepas jer majlis pada hari Sabtu nie baju tu akan menjadi hak milik penuh anak dara Lynn...Maka bertambah la lagi dress yang ala-ala flower firl kat rumah nanti...

Minggu nie juga merupakan minggu outstation untuk Mr. Hubby...Bermula pada hari ini dan insyaallah Mr. Hubby akan balik ke JB pada hari Khamis nanti...Lama juga Mr. Hubby outstation kali nie...Mr. Hubby bersama Boss dia @ Encik Faizal akan ke Kuala Lumpur menghadiri Majlis Hari Inovasi di LPP KL pada esok hari dan terus ke Pulau Pinang untuk menghadiri lawatan ke projek akuakultur PPN P.Pinang...Huhuhuhuhu...Rindu sakan la Lynn dan Qistina nanti pada Mr. Hubby...

Kalau la cuti Lynn masih banyak nak juga mengikut Mr. Hubby ke Pulau Pinang...Kat Pulau Pinang kan banyak tempat menarik untuk dilawati...Tapi bila fikirkan keadaan diri yang masih mabuk2 nie, maka simpan jer la hasrat nak mengikut Mr. Hubby tu...Kang kalau dah asyik mabuk2 jer menyusahkan plak Mr. Hubby dan Encik Faizal nanti...

So macam mana plak dengan korang hari nie? Monday blues ker? Jangan la asyik monday blues yer...Kang takut melarat hingga ke hari seterusnya...Hehehehehe...Ceriakan diri dan senyum selalu...Banyak2 berdoa agar segala urusan kita di muka bumi ALLAH S.W.T. ini dipermudahkan...Take care semua...Lynn nak sarapan nie...Jumpa di next entry yer...

November 7, 2010

Hari Rehat

Aktiviti yang berlaku pada hari semalam memang arr sangat memenatkan...Huhuhuhu...Lepas jer pergi majlis perkahwinan Fairuz @ Gebu dengan Marlina @ Bulat kat Dewan Taman Universiti...Mak Tih ajak kitorang ke Kluang...Ada kenduri kawen kat rumah saudara mara kitorang...

Kitorang gerak dari Skudai jam 3.30 petang dan sampai di Kluang jam 5.00 petang...Nasib baik la kenduri kat rumah saudara mara...Jadi tak ler segan sangat sebab datang lewat...Kitorang konvoi 3 kenderaan dari Skudai...Jadi agak happening la sket sebab nak dekat 15 orang juga rombongan kitorang kali nie...Hehehehehe...Macam nak pergi meminang...

Lepas jer makan kat kenduri Mak Long Mahani ajak kitorang ke rumah besan di Felda Ulu Belitong...Jadi kitorang ikutkan jer...Almaklumlah pergi dah konvoi takkan balik plak nak asing-asing...Melepak sampai jam 8.00 malam kat rumah besan Mak Long Mahani tu...Huhuhuhu...Sempat la jugak Lynn termuntah kat rumah tu...Sabar jer la...

Kitorang sampai di Taman Universiti lebih kurang jam 9.30 malam...Perut memang terasa lapar sebab apa yang Lynn makan dah terkeluar habis dah waktu kat rumah besan Mak Long Mahani tu...Jadi on da way nak balik rumah Mr. Hubby singgah la kat satu warung kat simpang rumah kitorang...Mr. Hubby belikan nasi goreng ayam dan mee goreng...Lynn prefer nak makan mee goreng tapi malangnya hanya masuk 3 sudu jer...

Tekak nie terasa payau dan perit jer...Apa yang Lynn makan semalam macam tak berasa jer...Huhuhuhu...Masalah tekak betul la mengandung kali nie...Tapi sekarang nie kandungan dah nak masuk 7 minggu...Jadi nak habiskan trimester pertama nie tinggal 5 minggu jer...Harap2 sangat la loya dan muntah2 Lynn akan berkurangan la nanti...

Disebabkan rasa penat berjalan semalam maka hari nie kitorang rasa nak berehat kat rumah jer...Tapi pagi tadi sempat juga Lynn dan Qistina mengikut Mr. Hubby masuk kolam memantau pekerja Mr. Hubby...Singgah juga di Kipmart sebab nak beli santan...Tengahari nie kitorang just tapau Mc'Donald jer...Tapi Lynn dah janji ngan Mr. Hubby dan Qistina nak masak untuk makan malam nanti...

So sekarang nie kitorang nak merehatkan diri sekejap...Korang tengah buat apa tu?  Enjoy weekend korang yer...Bye...

November 6, 2010

::Hari nie hari Sabtu::

Hahahahahahaha...Tajuk entry ntah apa apa ntah...Dah tentu la semua orang tahu hari nie hari Sabtu kan...Apa la Lynn nie...Hehehehehe...Anyway salam pagi Sabtu untuk kawan-kawan blogger semua...Hari nie seawal pagi Lynn dah dikejutkan oleh anak dara Lynn...Awal plak Qistina bangun pagi nie...Kalau hari sekolah liat semacam jer dia nak bangun tapi bila hari cuti tak payah dikejutkan...Dia akan bangun sendiri...

Dan pagi-pagi lagi dia dah mengadu nak makan nasi...Huhuhuhuhu...Takkan la Lynn nak masak lauk pauk seawal pagi tadi...Jadi Lynn pun cakap la ngan dia suruh sabar sat...Lynn masak juga nasi untuk dibuat nasi goreng...Sepinggan dia makan sampai licin...Mood nak makan dia memang sangat bagus hari nie...

Sekarang nie Lynn tengah berhempas plak melipat kain baju yang dah bertimbun tu...Entah kenapa lately nie penyakit M selalu datang bila nak melipat kain baju...Tapi bila nak basuh baju tak payah tunggu mesin basuh penuh...Cepat jer Lynn menekan butang on...Hehehehehe...Kadang2 terfikir gak Lynn, tak der ker mesin lipat baju?  Boleh juga Lynn beli dan suruh mesin jer yang lipatkan kain baju yang berlambak nie...

Mr. Hubby plak mengambil peluang weekend macam nie untuk rehat sepenuhnya...Rutin kerja yang sangat pack pada hari kerja memang tak memberi peluang untuk Mr. Hubby rehat sangat...Ada jer yang dia nak buat dan fikirkan...Jadi bila weekend macam nie memang dia nak berehat saja la...

Qistina makin hari makin ligat...Mulut asyik membebel jer...Huhuhuhu...Dan sekarang nie Qistina menunjukkan minat mewarna menggunakan water colour...Kitorang belikan dia water colour yang murah jer...Lagipun dia masih kecil lagi...Tak perlu la nak belikan water colour Buncho yang Lynn gunakan zaman sekolah dulu...Hehehehe...Walaupun dia mewarna suka-suka tapi setidak-tidaknya aktiviti seperti ini dapat merangsangkan mindanya untuk berfikir lebih kreatif...

 Insyaallah hari nie kami akan hadir di satu majlis perkahwinan sahabat lama Lynn di Dewan Taman Universiti bersama keluarga Mak Tih...Semalam dah janji dengan diorang nak pergi majlis hari nie bersama-sama...Lebih meriah kalau pergi ramai-ramai kan...

Apa pula program korang hari nie?  Jalan-jalan atau lepak sahaja di rumah?  Walauapapun yang korang buat Lynn dan keluarga doakan korang semua happy la yer...Take care semua...Jangan nakal-nakal yer...Hehehehehe...

November 5, 2010

Happy Deepavali

Salam pagi Jumaat untuk semua kawan-kawan blogger...
Dan hari nie juga merupakan cuti am untuk negara kita Malaysia..
Cuti am sempena perayaan Deepavali...
Di kesempatan ini Lynn dan keluarga ingin mengucapkan...
Happy Deepavali untuk kaum Hindu yang merayakan perayaan ini...

Dulu waktu kat sekolah menengah Lynn ramai juga Indians friend...
Lelaki dan perempuan...
Ketua kelas Lynn pun Indians tau...
Nama dia Indrani...
Lynn dan kawan-kawan lain akan datang beraya di rumah dia bila Deepavali...
Erm, semuanya jenis happy go lucky...
Senang jer kitorang berinteraksi...

Sejak dah kat JB nie memang dah jarang jumpa diorang...
Last time jumpa diorang waktu reunion sekolah...
Tapi kitorang rajin berhubung kat Facebook...
Okey la tu kan...
Hehehehe...
Sempena cuti panjang nie apa jer program korang semua?
Balik kampung ker? 
Lynn dan family tak pasti lagi apa program yang kitorang nak buat...
Tapi jangan risau...
Lynn akan update citer pasal holiday 3 hari nie nanti yer...
Sure ada jer terselit entry jalan-jalan la...
Al-maklumlah kaki jalan...
Okeylah...
Jumpa lagi di next entry...
Bye...

November 4, 2010

Interesting Blog Award

Yieeehhhhaaa....
Dapat lagi award untuk kesekian kalinya...
Award kali nie Lynn dapat dari adik Ainihussin...
Sungguh baik betul la cik adik nie...
Tq so much yer...


Lynn nak dedicate award nie kepada:
 Selain mereka...
Lynn juga dengan baik hatinya nak bagi award nie 
pada semua follower Lynn....

Dah cecah 770 orang dah follower blog nie...
Terima kasih yer kat korang semua...
Semoga persahabatan kita di alam blog nie berkekalan...
Terima la award nie sebagai tanda persahabatan kita...
Hehehehehe...

P/S : Terasa macam nak bagi hadiah la kepada follower yang ke 800, 900 dan 1000...Tapi ada ker yang sudi nak jadi follower sampai ke 1000 tu? Huhuhuhu...

Mabuk Dibuatnya

Huhuhuhuhu...Sekarang nie Lynn memang tengah mengalami masalah mabuk dan muntah-muntah nie...Untuk yang mengikuti blog Lynn nie tentu dah tahu yang Lynn sekarang nie tengah pregnant...Ikut kiraan kalendar usia kandungan Lynn dah pun 6 minggu...Penyakit 'morning sickness' memang tengah aktif la sekarang nie...

Lynn rasa mengandung kali nie Lynn lebih banyak muntah la...Asal lepas makan jer sure Lynn muntah...Kalau dulu waktu mengandungkan Qistina, Lynn tak ler selalu sangat muntah...Kalau muntah pun waktu berus gigi pagi...Tapi kali nie tak kira masa nak muntah...Waktu taip entry nie Lynn masih menahan loya nie...Huhuhuhu...

Ikutkan hati nak jer Lynn balik dan amek MC...Tapi kalau Lynn balik sure tak der siapa yang nak buat kerja-kerja Lynn...Dulu waktu Erynn ada, boleh juga dia bantu tengok2kan kerja Lynn...Tapi sekarang nie dia tengah cuti bersalin...Tak kan la nak panggil plak dia datang kerja kan...Kesian nanti kat Baby Dayana rindukan mama dia...

Nak tak nak Lynn memang kena bertahan la sehingga minggu ke12...Insyaallah waktu tu nanti dah tak mabuk-mabuk lagi...Korang ada tak petua untuk kurangkan mabuk dan muntah-muntah nie...Please share dengan Lynn petua tu yer...

Syilasyira 1st Giveaway

Salam ceria untuk korang semua...
Pagi nie Lynn nak try masuk satu GA la...
Mana la tahu ada rezeki untuk Lynn menang kali nie...


Memang simple jer syarat penyertaan Syilasyira 1st Giveaway nie...
Semuanya Lynn dah completekan...
Giveaway nie bermula dari 1 - 30 November 2010...
Masih ada tempoh yang lama lagi nak joint giveaway nie...
Jadi untuk kawan-kawan blogger yang lain meh la joint sama...
Mana tahu ada rezeki menang...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...