April 26, 2013

Set Penyusuan Mengikut Bajet Anda

Assalamualaikum dan salam ceria...
Sekejap jer masa berlalu...
Dah pun hari Jumaat kan...
Mesti ada di antara korang yang dah tak fikir nak kerja hari nie...
Almaklumlah esok dah cuti...
Hehehehehe...

Pagi nie Lynn nak update tentang Set Penyusuan SHAKLEE...
Set yang ada di SHAKLEE mengikut bajet dan keperluan yang anda inginkan...


Pakej A mengandungi Alfalfa
Berfungsi sebagai Milk Booster


Alfalfa merupakan supplement penting untuk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu tapi ada juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.

Pakej B mengandungi Alfalfa dan ESP
Berfungsi sebagai Milk Booster dan penambah tenaga


Komposisi utama susu ibu adalah protein, diikuti dengan kalsium, dan barulah vitamin, mineral, lemak dll. Protien adalah makanan sel yang mana kita tahu 25% badan kita adalah protein, unsur kedua terbesar selepas air (75% badan kita adalah air). Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.

Pakej C mengandungi Alfalfa, Vita Lea, Vita C, B Complex
Berfungsi sebagai Milk Booster & Supplement Lengkap


Vita Lea dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak. Contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain Vita Lea telah dilengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg. Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

Vita C sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari. Kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

B Complex sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, anti stress (sebagai penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa (mood baik) Dengan kurangnya stress dan mood sentiasa happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Pakej D mengandungi Alfalfa, Vita Lea, Vita C, B Complex & OsteMatrix
Berfungsi sebagai Milk Booster, Supplement Lengkap & Kalsium

Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia membantu membanyakkan susu secara tidak langsung. Jika anda perasan, ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum. Ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan. Jika anda mengalami masalah ini pengambilan set ini amat digalakkan.

Pakej E mengandungi ESP, Alfalfa, Vita Lea, Vita C, B Complex & OsteMatrix 
Berfungsi sebagai Milk Booster, Supplement Lengkap, Kalsium & Penambah Tenaga
Pakej E merupakan pakej yang merangkumi Pakej A hingga Pakej D.


Tips Tambahan Sekiranya Mengambil Set Penyusuan SHAKLEE 

1.  Kerap kosongkan breast dengan pam paling kurang tiap 2 atau 3jam bila anak tiada di sisi.Direct feeding dengan anak sekerap mungkin.Sebab penyusuan ibu adalah supply versus demand. Makin kerap kita pam susu untuk kosongkan breast, makin banyak susu akan dihasilkan.
2. Rajinkan diri untuk buat power pumping. Selama 1 jam di antara 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi.

3.  Minum air 3 liter sehari. Pengambilan vitamin akan memekatkan darah kita.  Dengan pengambilan air 3 liter sehari dapat melancarkan peredaran darah.  

4.  Sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT agar niat untuk menyusukan anak sehingga ke usia 2 tahun dipermudahkan.  Berdoa agar ALLAH SWT memperbanyakkan susu kita.

5.  Elakkan minum minuman yang berkafein dan berais.

Berminat untuk mencuba Set Penyusuan SHAKLEE
Boleh hubungi Lynn di talian 013-7660226
(ID SHAKLEE : 914534)

April 25, 2013

Nur Qhasrina Zahra : 3 Bulan 13 hari

Hai semua...
Korang lunch apa jer tadi?
Syukur alhamdulillah Lynn tadi lunch kat kedai pak cik...
Bukan kedai pak cik Lynn tau...
Tapi kitorang yang selalu lepak situ gelarkan kedai tu kedai pak cik...

Hari nie Qhasrina dah berusia 3 bulan 13 hari...
Dan di kala usia ini Qhasrina dah pandai menyiarap (ke meniarap)...
Yang mana satu ek yang betul?
Confius sekejap...
Huhuhuhu...

So untuk penambah semangat untuk pump di sesi petang...
Lynn nak tepek gambar kesayangan Lynn nie kat sini...
Tambah pula dengan supplement yang mama amek...
Moga susu untuk Qhasrina mencurah-curah yer nak...
Insyaallah...
Semoga ALLAH SWT permudahkan semuanya...



Nak tahu supplement yang Lynn makan?
Nak tambah production susu?
Jangan segan dan malu untuk bertanya yer...
Hubungi Lynn di talian 013-7660226...
(ID SHAKLEE : 914534)


Nak Kurus : Mari Cuba Set Kuruskan Badan SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua pembaca...
Hari nie hari promosi produk-produk SHAKLEE...
Meh baca meh baca meh...

 Set Kuruskan Badan SHAKLEE ni mengandungi:

1. Lecithin
2. Omega Guard 
3. Alfalfa 
4. Herb Lax 
5. Cinch/ESP


Kalau konsisten dan disiplin dalam mengamalkan set nie...
Insyaallah badan boleh kurus...
Dan jangan lupa untuk minum 3 liter air setiap hari untuk melancarkan lagi peredaran darah dalam badan kita...

Berminat?
Nak dapatkan produk nie dengan harga special?

 
Korang leh contact Lynn di talian 013-7660226...
(ID SHAKLEE :914534)

April 24, 2013

Pengalaman Bersalin - Qhasrina

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua pembaca...Hari nie setelah 3 bulan lebih baru ler Lynn sempat nak buat entry tentang pengalaman bersalinkan Qhasrina...Hope korang sudi ler membaca yer...Walaupun ceritanya dah basi...Hehehehe...

Malam 10 Januari 2013 tu Lynn dah rasa tak selesa bila tidur...Duk pusing kanan x okey duk pusing kiri pun x okey...Perut kadang-kadang mengeras tapi tak la terlalu kerap...Jadi ku diamkan sajer...Tapi bangun jer pagi 11 Januari 2013 tu Lynn tengok ada darah sket kat panty...Jadi terus ler bagi tahu kat Mr. Hubby...Mungkin tu tanda nak bersalin...Maka pagi tu lepas terus jer hantar Qistina dan Qaleesya kitorang pun terus la pergi ke Pakar Perbidanan Khor & Loh...

Lynn dan Mr. Hubby sampai dalam kul 8.45 pagi...Waktu tu lum buka lagi Pakar Perbidanan tu...Tapi guard dah suruh naik jer ke Labour Room...Mula lar episod cuak...Dalam fikiran Lynn biar ler bukaan dah besar sket...Tak mau duk wad lama-lama macam bersalinkan Qaleesya dulu...Duk menunggu tak ler lama sangat pun...Dalam kul 9.05 pagi Doktor Ong dah masuk ke Labour Room...Check bukaan baru jer 2 cm...Jadi doktor suggestkan suruh balik dulu...Doktor suruh datang semula esok...Doktor cakap walau apa pun keadaan esok 12 Januari 2013 tu memang dah bersalin...

Memang x sangka sungguh yang doktor bagi balik...Sepatutnya hari Jumaat tu lepas jer kuar dari Pakar Perbidanan tu, Lynn nie kena la rajin berjalan kan...Supaya bukaan tu makin besar dan cepat sket bersalin...Tapi Lynn boleh plak baring jer kat rumah...Disebabkan doktor dah cakap memang kena bersalin pada keesokkan harinya maka Lynn pun call le ibu dan ayah...Minta datang ke JB hari tu juga...

Syukur alhamdulillah parents Lynn sampai rumah kitorang malam tu...Jadi dapat le fikiran nie lebih bersedia untuk menghadapi hari esok...Anak-anak dah ada yang handle just nak tunggu masa untuk bersalin jer...Dan kali nie memang nak sangat Mr. Hubby temankan Lynn dalam Labour Room...

Pagi 12 Januari 2013 berangkat la kitorang beramai-ramai ke Pakar Perbidanan Khor & Loh...Tapi sebelum tu sempat ler pekena Roti Telur Bawang kat Pasar Peladang Skudai...Untuk jadikan bekalan tenaga waktu nak pussshhh nanti...Then sampai jer kat Pakar Perbidanan, kitorang terus naik ke Labour Room...Pagi tu dah ada patient yang dah deliver baby...Jadi Lynn fikir maybe Lynn orang yang kedua...

Entah macam mana bila Doktor Ong check bukaan baru jer 3 cm...OMG...Dah 24 jam baru buka 1 cm jer...Alahai...Doktor Ong dah suruh operate jer...Tapi doktor suggest juga untuk pecahkan air ketuban...Supaya bukaan cepat sket terbuka...Doktor suruh pilih...Sama ada nak operate atau pecah air ketuban...Lynn masih ingat lagi nurse yang bernama Kak Yati tu kata jangan proceed dengan operation...Sebab bukaan dah ada...Maka lepas perbincangan dengan Mr. Hubby kitorang decide suruh doktor pecahkan air ketuban...

Lepas jer pecahkan air ketuban dalam kul 10.00 pagi doktor kata amek masa 4 jam untuk bersalin...Lebih kurang kul 2.00 petang dah deliver...Kesian plak tengok Ibu, Ayah dan anak-anak tunggu kat luar Labour Room...Jadi diorang pun gie ler melawat sepupu Lynn yang baru juga bersalin anak pertama kat Bandar Baru Uda...Yang duk tunggu hanya Mr. Hubby dan Kak Yati...

Memang Kak Yati tu sungguh bersabar melayankan karenah Lynn...Dia juga yang selalu check bukaan...Dalam masa 2 jam tu cuma terbuka 5 cm jer...Dia sampai pelik sebab lambat sangat jalan buka...Kak Yati tu ada suruh Lynn kencing kat atas katil tu tapi Lynn x pandai...Sudahnya nak dekat kul 1.00 petang tu dia bantu Lynn keluarkan air kencing dengan menggunakan tiub...Sakit sket waktu tu...Rasa ngilu...Then bila dah selesai keluarkan air kencing baru ler Lynn rasa contraction makin kerap...

Dan kul 2.00 petang bukaan dah 9 cm...Diorang semua dah start gelabah waktu tu...Lynn ingat dah nak push jer sebab waktu tu memang dah rasa nak bersalin sungguh dah...Tapi Kak Yati tu x bagi...Suruh tunggu sampai Doktor Ong tu datang...Then tak lama lepas tu Doktor Ong pun datang...Push 2 kali dan akhirnya lahirlah Nur Qhasrina Zahra...

Huhuhuhu...Last bersalin normal waktu Qistina dulu...Jadi dah 6 tahun berlalu...Memang Lynn x pandai nak push pada mulanya...Kak Yati dan nurse-nurse kat situ ler yang bagi tunjuk ajar...Kalau x silap Lynn ada 4 orang nurse yang handle bila dah nak bersalin sangat...Memang penuh ler Labour Room tu...Semuanya bagi kata-kata semangat dan tunjuk ajar...

Dan yang paling tak sangka Lynn orang kedua yang patut deliver tapi dah jadi orang yang keempat sebab dalam masa 4 jam dah ada 2 patient yang proceed dengan operation...Sabar jer la kan...Tapi syukur alhamdulillah baby dan Lynn selamat...

Meh tengok gambar baby Nur Qhasrina Zahra saat mula2 dilahirkan...


Beza sungguh kan kulit baby Qhasrina dengan mama...Qhasrina memang kulitnya cerah berbanding dengan Qistina dan Qaleesya...

Gambar tak dapat nak amek banyak sebab kitorang boleh plak tertinggal Tab hari tu dan handphone Mr. Hubby plak kong waktu tu...Tapi dapat la juga amek gambar 2 keping nie untuk dijadikan kenangan...Lynn stay kat situ satu malam jer...Esoknya pagi-pagi dah boleh balik lepas doktor check...Home sweet home...

Saya dah ready nak balik...Muaaaaaaahhhhhssss...

April 17, 2013

Hari Nie Lambat 3 Minit

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...
Huhuhuhu...
Tensen...
Tensen...
Hari nie lambat 3 minit la...
Punya la banyak kenderaan kat jalan raya hari nie...
Kebetulan plak hari hujan renyai...
Dari rumah sampai ke pejabat jalan jammed sajorkkk...
Esok pagi kena kuar lebih awal lagi...
Tak mau arr lambat-lambat lagi gie office...

Owh yer...
Lynn baru jer jadi member SHAKLEE...
Sesiapa yang nak beli produk SHAKLEE boleh ler beli dengan Lynn...
Nak tanya pasal produk pun boleh juga...


April 16, 2013

3rd Check Up

Assalamualaikum semua...Hari nie Lynn masuk office lewat sket...Dalam kul 10.30 pagi baru sampai kat office...Hari nie ada check up kali ketiga untuk Nur Qhasrina Zahra...Hari nie berat baby Qhasrina dah pun 5kg...Last month 4.4kg jadi cuma ada peningkatan 600 gram jer...Walaupun peningkatan x sampai 1 kg tapi baby Qhasrina tak pernah demam...

Dan pagi nie tadi kena gak inject...Jadi bila hantar jer kat rumah pengasuh terus ler Lynn dan Mr. Hubby bagi Qhasrina makan ubat...Nurse pun dah pesan awal-awal suruh bagi jer makan ubat bila dah sampai kat rumah...Hope sangat Qhasrina tak demam dan ceria macam selalu...

Hari nie Lynn bekalkan Qhasrina 5 botol susu...4 yang fresh dan 1 ebm...Lynn perhatikan Qhasrina lebih suka minum yang fresh...Hasil susu yang Lynn pump kat office untuk hari nie akan dijadikan bekalan untuk hari esok...Alhamdulillah setakat nie susu masih mencukupi...Dan Lynn sentiasa berharap agar Lynn diberi peluang untuk menyusukan Qhasrina sehingga usianya 6 bulan dan seterusnya ke usia 2 tahun...

Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan dan Qhasrina pun nak menyusu dengan sebaik-baiknya di rumah pengasuh...Huhuhuhuh...Bukan apa...Risau gak dengan penyediaan susu yang dilakukan oleh pengasuh...Lynn dah terangkan dah cara-cara nak panaskan susu dan berapa lama tempoh susu bertahan setelah dipanaskan...Hope pengasuh anak Lynn faham dan laksanakan semuanya dengan okey ler...Insyaallah...

Okey ler...Nak mengepam untuk sesi kedua hari nie...Sesi pertama dah laksanakan Subuh tadi...Dapat ler 5 oz...Jadi harap sesi kedua dan ketiga kat office hari nie dapat lebih la yer...

April 15, 2013

Setelah 3 Bulan Bercuti

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua...Huhuhuhu...Masih ada lagi ker pembaca blog kesayangan Lynn nie? Maaflah...Tak menyempat nak update sepanjang 3 bulan bercuti...Kalau update pun untuk entry2 pendek sahaja...Untuk cukupkan syarat...

Last Friday Lynn dah start kerja...Dan entry hari nie pun pendek juga...Just nak tepek gambar my little daughter...

Nur Qhasrina Zahra 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...