January 3, 2011

Dividen owh Dividen

Untuk para pelabur di Amanah Saham bawah PNB hari nie mesti ada di antara korang yang gie bank atau pejabat pos nak update buku ASB korang kan...Dah tentu la korang akan teruja seawal pagi sebab nak tahu berapa banyak la dividen yang korang dapat tahun nie...Same with me...Tapi tak ler Lynn sanggup nak mengambil cuti semata-mata nak pergi bank atau pejabat pos untuk updatekan buku ASB Lynn tu...Cuma dari pagi tadi Lynn dah cakap dengan Mr. Hubby yang Lynn nak updatekan buku ASB Lynn...Hehehehe...

Tengahari tadi dengan jasa baik seorang adik kat pejabat Lynn nie maka Lynn pun memanjangkanlah langkah ke RHB Taman Molek...Memang Lynn sajer nak update buku ASB kat sana sebab lepas jer update Lynn nak kuarkan duit dividen tu sket...Nak masukkan dalam akaun bank RHB Lynn...Jadi tak der la mengusung duit dividen tu ke sana ke mari...Betul tak?


Waktu jejakkan kaki kat RHB Taman Molek tu, Lynn dah terasa dah aura-aura ramai org kat dalam bank tu...Bila buka jer pintu bank memang betul la sangkaan Lynn...Tempat duduk kat bank tu dah full dan ada gak yang berdiri menunggu giliran dipanggil...Waktu nak amek nombor giliran pegawai bank tu siap cakap sanggup ker nak tunggu sejam lebih untuk urusan ASB nie...Lynn cakap ngan dia okey jer sebab dah minta pelepasan dengan pejabat untuk pergi bank...

Maka start dari jam 12.50 tengahari sampai kul 1.15 petang Lynn tunggu la nombor Lynn naik...Tapi angka giliran tu slow sangat la berubahnya...Jadi Lynn sms la adik yang tumpangkan Lynn ke bank tu...Ajak dia gie makan dulu...Kitorang gie makan kat area Taman Molek juga...Dalam 20 minit lepas tu kitorang terpacak semula kat RHB Taman Molek...Hehehehehehe...Nasib baik lor...Sebab tinggal lagi 6 nombor jer nombor giliran Lynn akan naik...Ingatkan dah terlepas dah...Kalau terlepas memang Lynn ajak adik tu balik pejabat jer...Tunggu la esok2 baru updatekan buku ASB tu...

Syukur setelah tunggu 10 minit nombor giliran Lynn dipanggil...Layanan memang best kat RHB Taman Molek nie...Kerani bank tu pun cekap jer Lynn tengok dan mungkin juga sebab dia dah lunch kut...Hehehehe...Branch Manager RHB Taman Molek tu sempat la juga berborak-borak dengan Lynn tentang pinjaman ASB yang Lynn buat dan tak sampai 5 minit urusan kemaskini selesai...Wwwwoooooowwwww...Tengok baki terkini selepas diupdate memang arr seronok sangat la Mak Yong Lynn nie...Berbunga-bunga hati dan perasaan Lynn nie...


Rasa bersyukur sangat sebab dividen kali nie dividen yang terbanyak Lynn terima sejak buat pinjaman ASB 5 tahun lepas...Untuk individu yang macam Lynn nie yang tak der side income lain dah tentu la dengan pelaburan dan simpanan macam nie jer yang boleh Lynn buat untuk tambah pendapatan...Walaupun dividen nie just dapat setahun sekali tapi kalau kita pandai mengolahkan duit dividen yang ada insyaallah boleh la juga merasa apa yang kita aim nak beli atau pakai...

Ada juga yang tak setuju dengan Lynn tentang pinjaman ASB nie...Tapi itu terpulang la pada minat dan cara-cara masing untuk mengolahkan duit...Bagi diri Lynn dengan membuat pinjaman ASB Lynn akan sedaya upaya mengagihkan gaji Lynn setiap bulan untuk membayar pinjaman yang dibuat dan itulah salah satu motivasi untuk diri Lynn menyimpan duit...Kalau tak buat macam nie mungkin Lynn tak kan tersimpan duit sebab asyik ada jer benda atau perkara yang nak dibuat setiap bulan...

Insyaallah sekiranya ada lagi rezeki lebih Lynn nak tambah lagi pelaburan Lynn dalam ASB nie...Bila dah banyak melabur dah tentu akan bertambah lagi dividen untuk tahun berikutnya...Hehehehe...So korang melabur macam mana plak?  Sama macam Lynn atau buat cara lain...Meh la share kat sini...

P/S : Hari nie nak belanja Mr. Hubby dan Qistina makan kat Secret Recipes la...Mood nak share kegembiraan dengan Mr. Hubby dan Qistina setelah dapat dividen ASB tgh meluap-luap nie...Hehehehehe...Korang layankan jer Lynn nie...Yang mana tak suka jangan layan...Huahuahua....

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...