December 31, 2013

Orientasi Sekolah Agama

Assalamualaikum dan salam ceria...

Hari nie saya nak update tentang Orientasi Sekolah Agama anak sulung saya Nur Qistina Farzana...Jumaat lepas saya dan Mr Hubby amek cuti sebab nak hadir majlis orientasi Sekolah Agama Kangkar Pulai untuk anak yang Darjah 1...First experience untuk saya dan Mr. Hubby...Memang sangat berdebar dan pada masa yang sama excited sebab anak kami dah masuk Darjah 1...

Syukur alhamdulillah pagi tu Qistina memang senang nak bangun tidur...Tak yah dikejutkan...Dia bangun sendiri dan mandi pun tak yah nak paksa2...Semuanya berjalan lancar la pagi tu...Cuma saya ralat sedikit sebab tak dapat nak sediakan sarapan...Dapat belikan karipap sardin jer untuk Qistina...Saya dan Mr. Hubby memang berharap sangat agar orientasi tu tak lama sangat...Kesian nanti kat anak kelaparan...

Majlis bermula jam 9.00 pagi...Dan kami antara yang terawal sampai...Tak mau berebut parking jadi datang la awal sket...Sampai jer kat sekolah, Qistina dah diarahkan untuk masuk ke kelas yang disediakan...Saya dan Mr. Hubby tak jenguk langsung dia kat kelas tu...Tujuannya nak dia berdikari dan explore sendiri apa yang ada di sekolah tu...Kami memang tak tahu apa la yang Qistina buat dalam kelas tu...

Kami berada di dewan sekolah untuk dengar taklimat tentang Minggu Ukhuwah Sekolah...Start 1 Januari hingga 5 Januari memang tak belajar...Untuk darjah 1 ada program Minggu Ukhuwah Sekolah...Jadi tak perlu nak bawa beg sekolah waktu tu...

 Mr. Hubby tekun dengar ucapan Guru Besar...

Guru Besar plak cakap perlahan sangat...Aduhai...Memang kena fokus betul-betul supaya jelas dan faham...Hihihihi...

Lepas ucapan dan taklimat, ibu bapa dikehendaki berdiri untuk membaca LAFAZ PENYERAHAN ANAK KEPADA SEKOLAH...



 Lafaz tu diketuai oleh seorang wakil ibu bapa...

Then lepas jer pembacaan lafaz dari ibu bapa...Pihak ustazah dan uztaz juga diketuai oleh Penolong Kanan 1 membaca LAFAZ PENERIMAAN MURID DARIPADA GURU...



 Then bila dah selesai baru la sesi pendaftaran untuk Darjah 1 bermula...Maka berpusu-pusu la semua ibu bapa nie ke Garaj Kereta Sekolah Agama nie untuk pendaftaran...Pada waktu yang sama juga anak-anak yang tadi duk kat dalam kelas dibenarkan keluar jumpa ibu bapa...

Jadi Mr. Hubby duk beratur untuk pendaftaran...Saya gie standby kat kelas amek Qistina...Risau plak kalau-kalau dia mencari kami nanti...


 Parents yang beratur...Qistina masuk kelas Cemerlang...Nama Ustazah Siti Rozila binti Hussien...

Hihihihi...Mama candid gambar ustazah...Siap amek no phone lagi...Senang nanti kalau nak bertanyakan soalan...

 Nur Qistina Farzana bila turun jer dari kelas, saya tengok muka cool jer...Tak der riak takut pun...Fuhhhh...Lega mama...


 Rupa-rupanya kat dalam kelas dia dah jumpa kawan-kawan dia Kat Tadika Ixora Ria...Patut arr tak cuak...

 Yang nie Sarah...

Haaaaa....Look her BFF pun ada...Syahirah...Jadi nak risau apa?  Insyaallah semuanya berjalan lancar...Doakan yang terbaik untuk anak-anakku...

Next entry Orientasi Sekolah Kebangsaan plak yer...

December 30, 2013

Jom Pasang Niat

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...

Dah lama betul tuan rumah tak bersiaran...Sibuk sket nie...Jumaat lepas duk bercuti uruskan Nur Qistina Farzana..Dah darjah 1 dah anakanda tersayang...Nantikan entry khas tentang orientasi sekolah di next entry yer...

Hari nie nak share something kat sini...Pengganti motivasi Jumaat yang tak sempat saya buat minggu lepas...Nie saya ambil dari status seorang rakan Facebook saya...Yang dipetik dari kata-kata Pakar Motivasi Dato' Fadzillah Kamsah...

Allah berikan ganjaran kepada setiap amalan kita berdasarkan kepada niat kita. Menurut guru saya, org yg tak pasang niat bila pergi kerja, akhir bulan akan dpt gaji & akhir thn mungkin dpt bonus. Tapi mrk tak dpt pahala! Justeru, pastikan kita pasang niat2 yg murni bila nak pergi kerja. Sbg perkongsian, antara niat saya bila nak pergi kerja setiap hari:

1. Nak cari rezki yg halal,
2. Nak cari ilmu yg berguna utk di fahami, di hayati, di amalkan, di sampaikan & mendoakan guru2 kita,
3. Nak kongsi ilmu dgn semua yg mahukan ilmu,
4. Nak senyum kpd semua org yg di temui,
5. Nak beri salam kpd semua org yg di temui,
6. Nak buang dosa dgn kerja kuat. Bila penat waktu ptg, maka kepenatan kita akan hapuskan semua dosa kecil (maksud Hadis),
7. Nak Allah sembuhkan penyakit-- bila dosa terampun, maka Allah akan sembuhkan penyakit!
8. Nak cari kawan baru,
9. Nak jumpa kawan lama,
10. Nak rangsang orang lain berubah,
11. Nak jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.
 
Bila kita pasang berberapa niat yg murni, Allah akan berikan pahala atas setiap niat, berikan ilham utk jayakan niat & beri kekuatan & semangat. Moga kita sentiasa pasang niat murni setiap kali nak pergi kerja & Allah rahmati kita semua.

Jom kita pasang niat...

December 24, 2013

Ke Mana Cuti Nie?

Assalamualaikum semua...

Ke mana korang hari nie? Kebetulan cuti krismas kan...Mesti ada di antara korang yang gie bersuka ria holiday dengan keluarga kan...Ada juga yang tak ke mana-mana...Just stay kat rumah jer...

Kami sekeluarga ke Bayou Lagoon Melaka...Semalam ada insan yang baik hati offer kami lepak kat Bayou Lagoon Melaka...Jadi malam tadi gerak la kami anak beranak ke Melaka...First time datang Bayou Lagoon Melaka nie...

Apa aktiviti menarik yang boleh dibuat kat sini yer? Nantikan laporan lengkap dari saya bila dah blk JB nanti...Hahaha...Dah macam wartawan pencen lak...

Okey lah...Enjoy your holiday...Take care.  ..

December 23, 2013

Graduation Day Tadika Ixora Ria 2013

Assalamualaikum dan Salam Ceria...

Apa khabar semua? Semoga korang semua sihat-sihat dan ceria selalu yer...Pagi tadi saya agak busy sedikit...Uruskan surat-surat sebab Boss masuk office last saturday...Banyak la kerja yang Boss dah pass kat saya jadi kena kasi settle semua kerja dulu...

Hari nie nak update pasal Graduation Day Tadika Ixora Ria tahun 2013 nie...Untuk pengetahuan korang semua...My lovely Nur Qistina Farzana merupakan salah seorang student yang paling lama di Ixora...Masuk since 2010 until 2013...4 year dia kat Ixora...Untuk transit 2014 nie pun still proceed kat Ixora juga...I trust Ixora so much...

Okey...Biar gambar berbicara yer...Gambar-gambar yang ada nie semua amek dari FB Tadika Ixora Ria...Credit to them...

My darling Nur Qistina Farzana...Naseb baik ada Photog yang Tadika Ixora Ria hire utk majlis nie...Dapat la gambar anak dara nie yang comey sket...Harapkan saya dan Mr. Hubby yang amek gambar memang ke lauttt la...Hihihihi...

Ni waktu nyanyian Lagu Kebangsaan...





Yang kat atas tu semua gambar Nur Qistina Farzana tengok bersiap...Suka tengok dia pakai baju kurung nie...Nampak ayu gitew...Heheheheh...First performance menari Tari Tualang Tiga...Combine with student K2 Tadika Ixora Ria Mutiara Rini dan Tadika Ixora Ria Bandar Baru Kangkar Pulai...

Second preformance menari Bollywood...Hihihihihi...Baju tu kena bayar tau...Jadikan kenangan bila dia dah besar nanti...

 With her BFF...Syahirah...

With Abil...


 Peace Yoooo...

Pandai gak posing Abil ni...Hehehehe...

This year Graduation Day buat kat Dewan Kolej Tun Fatimah, UTM...Memang selesa dewan nie...Luas dan sejuk...Ditambah lagi dengan hujan pada petang tu...Maka bertambah la dinginnya bila program malam tu...

Kalau boleh nak tepek video kat sini...Tapi video tu dalam Tab...Hohohoho...Tab plak kat rumah...Jadi nanti-nanti la share dengan korang yer...

December 22, 2013

New New New

Belum lagi new year 2014...
Dah upgrade new hp...
Hihihihi...
Reward diri sendiri...
Guna bonus SHAKLEE...
Dan separuh Mr. Hubby belanja..
Happy...
Happy..

December 19, 2013

Al Fatihah

Saya masih lagi terkejut...
Sangat-sangat tak sangka...
Sahabat saya Zuhezlin Maridon baru sahaja kehilangan suami tercinta...
Beliau juga merupakan senior saya sewaktu di Sek Men Keb Seri Garing, Rawang...
Allahyarham Nizar Rani baru sahaja meninggal dunia jam 2 petang tadi...
Meninggal dunia setelah setahun menghidap Kanser Usus...


Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan tenang di sana...

Al Fatihah 

 

Kaki Makan

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah...Gaji bulan Disember dah masuk...Dan pagi-pagi lagi saya dah uruskan semua payment yang patut dijelaskan...Tak mahu bertanguh-tangguh sebab risau terguna plak...Hihihih...

Hari ni saya nak share gambar anak kesayangan saya Nur Qaleesya Arissa...Anak saya yang kedua nie memang suka makan...Memang seronok bila tengok dia makan...Kang bila dah makan dia menyusu plak...Hihihihih...Memang sakan...Tapi jangan la dia tak sihat...Comfirm dia patah selera makan dan time tu saya dan Mr. Hubby memang la gundah gulana...

Kalau boring-boring kat rumah dan nak cari barang dapur, kitorang akan pergi AEON Taman Universiti...Bukan tak suka nak gie jalan kat AEON Bukit Indah, AEON Kulaijaya ataupun AEON Tebrau City...Jarak AEON Taman Universiti dengan rumah kitorang dekat...10 minit dah sampai jadi memang itu la pilihan utama...Plus kat AEON Taman Universiti kitorang dah familiar dengan susun atur barang...Jadi tak susah ler nak mencari barang...Jimat masa dan tenaga...Hihihihihi...

Haaaaaa...Korang tengok la Qaleesya...Kalau datang AEON Taman Universiti memang akan minta Kuew Tiaw Cantonese...In fact bukan dia jer yang suka...Saya dan Mr. Hubby serta anak-anak lain pun suka juga...Yang kat atas tu memang untuk dia...

Korang agak-agak dia habis tak makan Kuew Tiaw Cantonese tu?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Haaaaaaaaa...Sket jer lagi nak habes...Dengan muka kerek lagi...Hihihihihih...Balance saya tolong kasi habessss...Tak mau membazir...Tak elok...


December 18, 2013

Saya Memang Bukan Penggemar Susu

Assalamualaikum...

Haaaa...Dari tajuk kat atas pun korang mesti dah tahu apa yang saya nak bebelkan kat sini...Hihihihihi...Serius cakap...Saya memang tak suka minum susu...Baik susu segar ataupun susu tepung yang dibancuh...

Tapi waktu preggy saya usahakan juga tekak saya nie agar dapat menerima susu...Itupun saya minum susu strawberry...Tak aci kan...Nurse dan doctor puas nasihatkan suruh minum susu tepung tapi saya degil...Tetap tak mau minum susu...Hihihihihih...Kesian baby yang kat dalam perut sebab tak cukup kalsium...


Yang boleh saya minum cuma yang berwarna jer yer...Yang warna putih tu memang ler x leh masuk...Hahahahaha...Saya mula sedar saya kekurangan kalsium apabila gigi saya sakit...Bila gigi sakit gusi pun start sakit la...Bengkak dan waktu tu memang nak makan payah giler...Dan waktu preggy saya selalu kena Simpul Biawak...Haaaa...Tahu x apa tu Simpul Biawak? Kaki cramp...Owhhh...Waktu kaki cramp di kala mengandung memang sangat-sangat menyakitkan...

Saya memang kena buat sesuatu...Saya start google dan tanya pada kawan-kawan...Ramai yang suggestkan saya untuk amek pil kalsium...Selama nie beli pil kalsium kat klinik...Itu pun minta dengan doctor bila preggy...Tapi bila dah tak pregnant tak kan nak gie klinik semata-mata nak beli pil kalsium kan...Hehehehehe...

Syukur alhamdulillah bila dipertemukan dengan SHAKLEE...Saya diperkenalkan dengan Ostematrix...Ostematrix nie adalah pil kalsium...Rasa seronok sangat sebab dengan pengambilan Ostematrix SHAKLEE, saya dah tak risau lagi pasal pengambilan kalsium untuk keperluan diri saya...Setiap hari saya akan pastikan saya akan ambil 4 biji tablet Ostematrix...4 biji tablet Ostematrix bersamaan dengan 4 gelas susu...Tak tertelan wooo 4 gelas susu...Makan Ostematrix lagi senang...Hihihihi...



Sekarang nie no more sakit gigi...No more kaki cramp...Saya juga tak alami sembelit sebab sejak saya amek Ostematrix nak membuang pagi-pagi memang senang...Tak seksa pun...Hihihi...

December 16, 2013

Wedding Azura & Fikry - Part 2

Assalamualaikum semua...

Hari ni saya nak ambil kesempatan untuk lengkapkan entry wedding adik ipar saya yang tertangguh...Hihihihih...Majlis bertandang berlangsung pada 24 November 2013...Selang 2 minggu lepas majlis di belah kami...Buat di Pusat Dakwah Senawang...Saya tak pasti apa nama sebenar...Yang tahu Pusat Dakwah jer...Hihihihi...

 Adik ipar saya sangat cun dengan outfit nie...Suka sangat tengok dia...Tinggi lak tu...

 Hari tu tak dapat nak bergambar dengan pengantin...Kali ni kita amek gambar satu family yer...


 
 Anak dara saya menjadi Flower Girl lagi...Labuh sungguh kain Mak Lang dia...Hihihihi...

 Ahli rombongan dari Felcra Lakai, Negeri Sembilan...

 Bersanding di pelamin yang cun...Zaman saya dulu x merasa bersanding pelamin gini...Canteeeeeeeekkkk...

 Mak dan Ayah merakam kenangan bersama Azura & Fikry...Puas memujuk Ayah untuk bergambar sama...

 The whole family...Syukur alhamdulillah...

 The girls with their lovely auntie and uncle...Peace yooooo...

Kasih sayang saya dunia dan akhirat...Muaaaaahhhhssss...

Saya dan keluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru untuk Azura & Fikry...Doa saya anda berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan cepat-cepat menimang cahaya mata...

Okey...Itu sahaja entry untuk hari nie...

December 13, 2013

Motivasi Jumaat

Assalamualaikum...Hari nie seperti minggu lepas...Saya nak share kata-kata motivasi di blog nie...Motivasi kali ini saya petik daripada Dr. Azizan Osman...Saper yang tak kenal Dr. Azizan Osman? Tak per...Saya introduce sket Dr. Azizan Othman nie..

Haaaa...Inilah dia Dr. Azizan Osman...Salah seorang pakar motivasi yang berjaya di Malaysia nie...Program motivasi yang Dr. Azizan Osman nie buat semuanya meletup-letup...Saya jer yang tak berkesempatan nak hadiri...

Hari nie saya nak share kat sini...


Kat atas nie ada 5 sikap positif yang kita perlu didik kat dalam diri kita kalau kita nak berjaya...Saya rungkaikan mengikut apa yang saya faham yer...Mana tahu boleh dimanfaatkan bersama...

  • Kalau kita gagal, jangan cepat mengalah dan putus asa...Jadi macam budak kecil...Bila nak pandai berjalan...Memang akan asyik jatuh jer...Tapi budak kecil tak pernah putus asa...Dia akan cuba dan terus mencuba...Sehingga la berjaya...
  • Ghairah dengan setiap apa yang kita lakukan...Maknanya senang jer...Kena rasa cinta, kasih dan sayang dengan segala apa yang kita nak buat...Baru la timbul rasa seronok bila nak buat kerja tu...Kalau kita tak bersemangat nak buat memang comfirm la tak boleh nak berjaya...
  • Tak ada perkataan tak boleh...Mesti ada jalannya...Jangan bersikap negative...Walau sesukar mana pun pasti ada jalan dan insyaallah kalau kita berusaha ALLAH akan permudahkan...
  • Kalau kita bertindak pasti akan ada perubahan...Kalau rasa nak ada wang banyak, kereta besar, rumah besar dan dapat gie holiday tiap-tiap tahun...Takkan dengan tak bekerja boleh dapat semua tu...Macam Dr. Azizan cakap...Tindakan kecil, hasilnya kecil...Tindakan besar, hasilnya besar...
  • Buat sesuatu sehingga habis...Jangan seperti Hangat-Hangat Tahi Ayam...Kalau buat kerja separuh jalan memang tak nampak hasilnya...Tapi kalau kita usaha dari awal sampai ke akhir insyaallah hasilnya pasti lumayan dan manis...
 Haaaaaa...Itu ler yang dapat saya kongsikan bersama hari nie...Semoga yang membaca dapat manfaat sama yer...

Take care...Selamat bercuti di hujung minggu...

December 12, 2013

Rasa Ralat Sangat

Assalamualaikum...

Pagi nie saya bangun tidur awal juga...Kul 4.45 saya dah terjaga dan terus jer bangun...Tak boleh nak tidur balik sebab takut nanti terlajak plak...Jadi bila dah bangun awal tu saya pun on TAB dan terus log in FACEBOOK...Sambil-sambil tu lipat juga kain-kain baju yang bertimbun...

Ya ALLAH...Pagi-pagi saya dah dihadapkan berita sedih...Insan yang pernah mendidik saya waktu kecil telah pergi meninggalkan kami semua di muka bumi ini...Arwah Opah meninggal dunia jam 1.10 pagi tadi di Hospital USM, Sintok...Mak Su yang updatekan status di Facebook...

Arwah Opah bukan la nenek sebenar saya...Tapi waktu saya kecil dahulu saya pernah dijaga oleh mak dan abah angkat...Kiranya macam pengasuh saya la...Saya sekeluarga memang rapat dengan keluarga pengasuh saya nie...Arwah Opah merupakan mak kepada abah angkat saya...Pernah mengajar saya mengaji...Memang rasa sebak sangat...Sejujurnnya saya rasa ralat sangat sebab saya dah bercakap dengan ibu dan ayah saya yang saya nak sangat pergi melawat Mak Su sekeluarga dan Arwah Opah di Teluk Intan cuti sekolah nie...Teringin sangat nak jumpa Opah sebab tahu dia dah makin uzur...

Tapi belum pun sempat saya nak ke Teluk Intan...Saya dah dihadapkan dengan berita sedih nie...

YA ALLAH YA TUHANKU
KAU CUCURILAH RAHMAT BUAT ARWAH OPAH
INSAN YANG PERNAH MENDIDIK DAN MENJAGAKU
SEMOGA ROH ARWAH OPAH TENANG DI SANA

AL-FATIHAH

December 11, 2013

Wedding Azura & Fikry - Part 1

Assalamualaikum dan Salam Ceria...Hari nie nak update tentang majlis perkahwinan adik ipar tersayang...Nor Azura dan Fikry...Adik ipar nie berkawan dengan suami dia dari zaman sekolah-sekolah dulu...

Syukur alhamdulillah majlis pernikahan berlangsung pada 9 November 2013...

 Rombongan pihak lelaki...Tersenyum je Fikry...Tapi dalam hati mesti berdebar giler...Hahahahaha...



 Dinikahkan oleh Tuan Haji Bakar, Imam Felcra Lakai...Sekali lafaz jer dah sah menjadi suami isteri...Syukur alhamdulillah...

 Salam pertama apabila bergelar suami isteri...Upacara membatalkan air sembahyang...

Disusuli dengan pemakaian seutas gelang untuk Nor Azura...

Saya dan anak-anak bersama pengantin baru...Waktu nie Nur Qhasrina Zahra tidur...Tak dapat nak amek gambar sama...


 Haaaa...My lovely Mr. Hubby dengan anak kesayangannya Nur Qaleesya Arissa...Waktu nie dah selesai majlis pernikahan...Duk melepak waktu rombongan pihak lelaki menjamu selera...

 Anak dara yang paling kecik...Nur Qhasrina Zahra...Baru bangun tidur dan nak mengempeng...Hehehehe...Sampai la ni saya masih breastfeed anak saya yang nie...Dah nak setahun dah usia si kecik nie...

Yang sorang nie memang kuat menyusu...Kesayangan papa dia...Hehehehe...

Sepanjang majlis besar belah kami keesokkan harinya...Saya langsung tak pegang kamera...Sudahnya yang ada cuma gambar team Chak Lem Pong jer...Saya dan keluarga amek gambar dengan pengantin jer...Itupun guna kamera photographer...Adoooooooiii...Sabar jer la...




Okey...Cukup takat nie untuk Part 1...Insyaallah saya akan update Part 2 secepat mungkin...Mood tengah seronok update blog nie...Hehehehehe...

Take care semua...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...