Weekend nie my cousin akan melangsungkan perkahwinan dia bersama cik gadis yang dicintainyer...Lynn dan seluruh ahli keluarga kami sangat2 happy dan excited nak menghadapi majlis perkahwinan nie...Last sekali wedding yang berlaku dalam family kami adalah pada tahun 2007...Jadi tahun nie giliran Fakhruddin & Farah Lisa plak yang berkahwin...Congrats...
Sebagai salah seorang anak saudara yang paling ngam dengan Mak Tih @ Mak, kami sekeluarga dah tentu menjadi insan2 yang sibuk sepanjang minggu nie...Episod busy kami akan bermula mulai malam nie...Hehehe...Actually tak tahu la apa yang nak dibusykan sebab Mak dah ada AJK Kendarat yang akan membantu dia sepanjang minggu nie tapi takkan la kitorang nak bersenang lenang jer...Kena la juga participate kan...Malam nie Mak dah start nak merebus Telur Pindang...Sure ada di antara korang yang tertanya2 Telur Pindang tu apa kan...
Inilah dia Telur Pindang...Warna cokelat dan sangat sedap dimakan...Bagi diri Lynn la...Hehehehe...
Menurut Wikipedia telur pindang merupakan telur yang direbus dalam air herba selama beberapa hari...Biasanyer family kitorang akan rebus selama 3 malam...Telur pindang ini sangat popular di negeri Johor...Negeri saya la tu...Hehehehe...Telur pindang ini direbus menggunakan pelbagai herba dan antara daun herba yang digunakan adalah Daun Pokok Manggis, Daun Senduduk, Halia, Daun Serai, Daun Jambu Batu, Kulit Kayu Manis dan macam-macam lagi...Telur pindang nie tahan lama tau...2 minggu setelah direbus masih elok lagi k...
Hari Ahad lepas Lynn balik ke Kampung Sungai Suloh, Batu Pahat untuk bawa Qistina berubat kampung...Kebetulan Mak, Fakhruddin & Farah Lisa pun berada di kampung juga sebab nak cari daun2 herba nie...Kami pun bergotong royong mengerjakan daun2 yang telah disediakan oleh atuk tersayang untuk merebus telur pindang nie...Dan malam nie kami akan bergotong royong lagi untuk proses merebus...Insyaallah, Lynn akan amek gambar dan buat satu entry khas untuk aktiviti nie yer...
Mak yang telah ditimbuni dengan daun2 herba...
Lynn tolong bantu apa yang patut manakala Lovely Qistina tolong tengok jer...Hehehe...