December 28, 2009

2009 - Dah Nak Berlabuh Dah...

Pejam celik pejam celik dah pun sampai hujung tahun 2009...Macam tak percaya jer dah pun sampai ke penghujung tahun 2009...Usia pun makin meningkat dan next year akan mencecah ke angka 29...

Sebenarnya entry kali nie aku nak share dengan korang tentang Azam 2009 aku...Syukur alhamdulillah apa yang target sepanjang tahun 2009 ada yang tercapai...Walaupun azam aku tak tercapai sepenuhnya tapi bagi aku ini merupakan perkara yang terbaik yang dapat aku lakukan sepanjang tahun 2009...Dan aku sentiasa berharap agar aku berpeluang untuk bernafas di muka bumi ini lagi untuk mencapai sebahagian daripada azam yang masih belum terlaksana...

Dan untuk menghabiskan baki beberapa hari lagi sebelum kedatangan 2010 aku nak sangat gie holiday bersama Mr. Hubby & Lovely Qistina...Dalam fikiran nie dah bermacam2 plan yang timbul tapi agak mustahil untuk dilaksanakan...Mungkin dalam minggu nie aku berpeluang untuk bercuti ker dan spend masa dengan keluarga tercinta...Insyaallah...Balik nanti leh la bincang2 dengan Mr. Hubby...Hehehehe...

Ok arr...Ada kerja nak buat nie...Will continue later...Muaahhhss..

Ceria Si Ayah Bersama Anak


 
Hehehehe...

Ini merupakan percubaan kali pertama untuk joint contest2 macam nie...
Untuk percubaan pertama nie i just joined the contest Ceria Si Ayah Bersama Anak yang dianjurkan oleh Pn. Fasha...

So gambar yang terpilih untuk dimasukkan ke dalam entry ini adalah gambar ini...



Keterangan Gambar 
Gambar nie diambil ketika Majlis Perkahwinan sepupu di Kota Tinggi...
Lovely Qistina baru jer berusia 10 bulan waktu gambar nie diambil...
Nama Papa : Ezal Huraiza
Nama Anak : Qistina Farzana

December 16, 2009

uS

 

 

 

 

Sajer jer letak gambar2 nie...
Suka sangat bila gambar2 nie jadi cover depan magazine...
Perasan diri nie macam artis plak...
Terover sudah... 
Tapi jangan harap la nak dapat yang betul2...
Hehehehe...
Kalau ada peluang nak print arr gambar2 nie...
Especially gambar model kecik tu...
Comey...

.:SaBar Jer La:.

Huhuhuhu...

Aku baru jer lepas balik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat.  Ada exam PTK  paper generik kat sana pagi tadi...Rasa frust sangat sebab soalan yang keluar tidak ada dalam sukatan peperiksaan yang diedarkan oleh LPP...Berhempas pulas sepanjang minggu nie aku prepare nota dan baca macam2 sebagai preparation untuk menghadapi exam PTK nie...Mula2 buka kertas soalan tu aku dah mengeluh...Sedih rasanya apa yang kita fokuskan sepanjang minggu tak keluar dalam exam...

Untuk pengetahuan semua format PTK telah diubah...Kalau dulu ada 40 soalan objektif dan boleh selesai dalam masa 1 hari tapi tidak untuk tahun ini...Bagi gred N17(K), aku kena amik exam bertulis yang mana kandungan exam tu 25 soalan objektif dan 5 soalan esei (pilih 3 sahaja)...Dah habis sit exam kena gie interview plak kat LPP KL next week...Bagi aku kalau diorang teruskan jer format yang dulu dah selesai dah azab amik exam untuk sesi 2009 nie...

Dah la sukatan peperiksaan yang diberi oleh LPP tak banyak yang berkaitan dengan exam aku sit pagi tadi...Memang sakit hati aku tengok kertas soalan tu...Yang objektif tu boleh la nak hentam sebab ada pilihan jawapan tapi untuk soalan esei...Apa yang aku nak tuliskan kalau langsung tak baca nota?  Exam waktu dah kerja nie tak sama dengan waktu belajar dulu...Kalau zaman di UiTM dulu bagi perhatian dalam kelas dan rajin buat ulangkaji + nota dah tentu leh dapat keputusan yang memberangsangkan...

Mood nak gie interview next week pun dah kureng sebab aku tak yakin dengan apa yang aku jawab pagi tadi...Huhuhu...Kalau nak diikutkan ini lah antara cara untuk dapatkan anjakan gaji tapi nampak gayanya peluang untuk dapatkan anjakan gaji tersangatlah nipis...Selagi keputusan aras 3 aku nie tak berubah ke aras 4 jangan harap la nak dapatkan anjakan gaji...Tunggu jer la pergerakan gaji tahunan tu...Sedihnya...Mr. Hubby tengah berhempas pulas sekarang nie untuk paper Fungsional plak...Harap2 Mr. Hubby dapat jawab la yer...Manalah tahu rezeki Mr. Hubby plak lulus aras 4 kali nie...Aku dah dapat aras 4 untuk paper Fungsional nie...

Ok arr...Nak chow dulu...Naik jenguk Facebook plak...Adios..

December 14, 2009

.:SyUKuR:.

Salam semua...

Syukur alhamdulillah kerana Hari Keluarga KSK LPP Johor yang diadakan pada 12 Disember 2009 di Wet World Batu Pahat telah berjalan dengan lancar dan mengikut apa yang telah dirancang...Rasa happy sangat sebab aku tengok anak-anak ahli tersangatlah gumbira bermandi manda di Wet World tu...

Erm, dan apa yang penting aku & Mr. Hubby antara 93 orang ahli KSK LPP Johor yang bertuah...Sebab apa? Hehehehe...Sebenarnya aku & Mr. Hubby antara yang bertuah mendapat cabutan bertuah yang dianjurkan oleh KSK LPP Johor...Aku dapat Oven Toaster manakala Mr. Hubby plak dapat Table Fan...Walaupun tak seberapa tapi saper yang nak bagi barang2 tu kat kitorang kan...Syukur sangat2...

Anyway ada gak dengar org pot pet tntg program nie bila masuk pejabat hari nie...Macam yang aku pernah tulis dalam entry sebelum nie kan...Manusia tidak pernah puas...Jadi aku pun malas la nak fikir sangat pasal hal nie...Sebab nanti aku juga yang sakit kepala...Apa yang penting aku dah menjalankan tugas aku sebagai Setiausaha Kerja KSK LPP Johor dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab sepanjang tahun nie...

Insyaallah aku ingat selepas program Dwitahunan LPP pada tahun hadapan aku nak letak jawatan dalam KSK LPP Johor...Nak bagi peluang pada orang lain plak pegang jawatan tu...Sebab aku rasa ramai lagi ahli KSK LPP Johor yang layak untuk diberi peluang memegang jawatan tu...Setidak2nya diorang leh tahu macam mana nak buat kerja2 KSK nie..Tak la asyik bergossip jer...Betul tak...Hehehehe...Ok arrr...This Wednesday ada exam PTK...Nak kena fokus dengan PTK plak...

Adios...

December 10, 2009

Dah Besar Anak MAMA & PAPA


Pejam celik pejam celik, anak dara aku dan Mr Hubby dah masuk ke usia 2 tahun 5 bulan...Sekejap jer masa berlalu...Next year dah jejak usia 3 tahun anak kesayangan kami nie...




Baru2 nie Lovely Qistina demam + batuk + selsema...Bila bawa gie klinik doc ckp ada lendiri di paru2 dia sebelah kanan...Doc bagi 5 jenis ubat untuk si kecik nie makan...Aduhai...Sedih rasanya tgk anak x sihat...Anak dara kami nie memang susah sket nak makan ubat...Puas dipujuk tapi dia buat bo layan jer...Jadi aku & Mr. Hubby terpaksa la ikhtiar cara lain bagi memastikan dia makan ubat...

Hehehe...Kami campurkan ubat dia dengan susu...Dan syukur alhamdulillah dia nak minum susu yang dah bercampur ubat tu...Petang nie aku & Mr. Hubby akan bawa Lovely Qistina untuk berjumpa doc sekali lagi...Nak tahu tentang lendir yang ada di paru2 dia...Harap setelah berberapa hari makan ubat nie lendir tu hilang la yer...Hope sangat Lovely Qistina sihat seperti biasa...

Erm, gambar2 kat atas tu gambar terbaru kami...Mr. Hubby bawa gie ronda2 kat Puteri Harbour, Nusajaya...Cantik sungguh pemandangan kat situ...Dan kalau ada peluang lagi nak ajak Mr. Hubby & Lovely Qistina naik kapal plak...Hehehehe...Syoknyer...


BIG DAY KSK LPP JOHOR

Excited sih...

Hehehehe...Lagi 2 hari akan berlangsung Big Day KSK LPP Johor...Acara yang julung2 kali ni sepatutnya diadakan 2 tahun sekali...Tp entah mcm mana dah 2 tahun berturut2 KSK LPP Johor menganjurkan Hari Keluarga untuk para ahli yang banyak memberi sokongan kepada KSK LPP Johor...Tahun nie Hari Keluarga KSK LPP Johor akan diadakan di Wet World Batu Pahat...Tempat yang aku rasa memang sangat best untuk kanak2 dan remaja...Jadi mak bapak yang attend just tumpang happy jer la yer...Hehehehe...





Sebagai salah seorang AJK KSK LPP Johor, penglibatan aku dalam acara sebegini memang la memerlukan banyak pengorbanan...Korban masa, korban tenaga & adakalanya korban wang...Huhuhu...Aku memang minat terlibat secara langsung dalam menganjurkan program2 macam nie...

Sebelum program nie berlangsung pada hari Sabtu nie, aku nak luahkan sket apa yang aku rasa sewaktu aku bertungkus lumus menganjurkan program nie...Huhuhu...Walaupun aku excited tapi ada gak part yang aku rasa sedih dan frust sangat...Nampak gayanya tahun nie hanya orang tertentu sahaja yang buat kerja...Seperti tahun2 yang lepas, itu la muka2 yang bertungkus lumus memastikan program nie berjalan dengan lancar...

Muka2 nie juga la yang memastikan kewangan kelab kukuh untuk melaksanakan aktiviti2 seumpama ini...Dan apa yang aku perhatikan ahli2 kelab memang tak pernah puas dengan apa yang kelab berikan...Setiap kali penganjuran sure ada cacat celanya di mata ahli-ahli kelab...Ada jer yang x kena...

Sebagai salah seorang AJK kelab, aku dah x kuasa nak bertekak dengan ahli setiap kali kelab menganjurkan program2 macam nie...Bagi aku ahli sepatutnya bersyukur dengan apa yang kelab berikan kepada ahli...Tapi biasalah ahli sure tak kan puas punya...Bagi mereka contribution sebanyak RM5 , RM 7 & RM 10 sebulan tu amount yang sangat besar sehinggakan kalau boleh mereka nie nak dilayan macam seorang superstar ataupun VIP...Manusia oh manusia...

Anyway aku pun dah malas nak luahkan perasaan aku panjang berjela kat sini...Kang habis spoil mood nak uruskan Hari Keluarga KSK LPP Johor nie...Huhuhu...Aturcara program pada Hari Keluarga kali ini adalah seperti di bawah nie...

Tarikh : 12 Disember 2009
Pendaftaran : 9.00 - 9.30 pagi
Acara Sukaneka : 10.00 - 12.00 tengahari
Majlis Perasmian : 2.30 petang
Mesyuarat Agung : 3.30 - 5.00 petang


Tahun nie tiada pemilihan jawatankuasa dilaksanakan...Jadi masa mesyuarat agung dah tentu la singkat sket...Ada la peluang aku dan keluarga untuk menyambung percutian di Melaka...Sajer jer nak habiskan weekend bersama Mr. Hubby & Lovely Qistina...

Erm...Aku harap sangat program yang dirancang selama 2 bulan ini berjalan dengan lancar...Hope tak der la manusia2 yang tidak puas hati yer...Dan aku harap sangat tak ada la acara kutuk mengutuk...Tapi kalau ada rasa nak kutuk tu terpulangla pada individu tu sendiri...ALLAH S.W.T tu MAHA MENGETAHUI...Oklah...Dah panjang sangat entry kali nie...Hehehe...



Ohhh yer...Ini map untuk ke Wet World Batu Pahat...Untuk sesiapa yang tak tahu jalan ke Wet World Batu Pahat boleh la berpandukan kepada map nie...Jangan lewat yer...Pendaftaran bermula jam 9.00 pagi...Tapi aku dan AJK yang bertanggungjawab dah tentu akan berada di Wet World Batu Pahat tu sebelum 8.30 pagi...Insyaallah...

Adios...Muahhhhhssss...

December 3, 2009

::Saya Ingin Kurus::

Aduhai....

Semakin hari semakin naik jarum timbang berat badan...Hangin jerk satu badan mengenangkan hal nie...Macam mana nak selesaikan masalah nie yerk...Saya ingin kurus...Teringin sangat berat badan nie turun kepada angka 55...Huhuhu...Tapi boleh ker?

Kawan2, tolong beri idea mcm mana nak kurus leh x?

December 2, 2009

...Three Of Us...



Nie gambar latest kami bertiga...
Kat dalam Estima waktu nak ke kenduri doa selamat di Hulu Yam, Selangor...
Love it...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...