April 30, 2009

Majlis Doa Selamat + Yasin + House Warming - 2nd Entry

Assalamualaikum...

Dengan izin dan rahmat ALLAH S.W.T, saya sekeluarga ingin menjemput anda semua ke Majlis Doa Selamat + Yasin + House Warming sempena perpindahan kami ke rumah baru...

Tarikh : 1 Mei 2009
Masa : 4.00 petang (Jamuan Makan), 9.00 malam (Majlis Doa Selamat + Yasin)
Alamat : 14, Jalan Pulai Ria 5, Bandar Baru Kangkar Pulai, 81110 Johor Bahru, Johor

Semua dijemput hadir...Datang la yer...

Lynn...

April 28, 2009

Majlis Doa Selamat + Yasin + House Warming

Salam...

Erm, this Friday bersamaan 1st Mei 2009 aku nak buat majlis sikit kat rumah baru...Majlis akan bermula jam 4.00 petang...Kitorang kan dah pindah rumah baru pada 18 April 2009 yg lepas...Kata org dulu-dulu bila pindah rumah baru nie elok la kalau kita dapat buat majlis doa selamat + yasin nie...Moga-moga mendapat keberkatan dari ALLAH s.w.t....Insyaallah...

So skrg nie aku tgh pening kepala fikirkan nak jamu family, kawan2 dan tetamu yang hadir makan apa? If anybody have any opinion about the menu please let me know ok...Actually aku excited sgt nak buat majlis nie...Sbb utamanya most of my family dapat hadir ke majlis nie...Happy sangat...Thank you byk2 sebab korang sudi luangkan masa yer...

Ok la...Nanti i update lg dgn picca2 waktu majlis tu...Hehehe...Daaa...

Lynn

April 20, 2009

::Siti Nurhaliza - Makin Hari Makin Cantik::

Sebenarnyer aku x ler minat sangat dengan Siti Nurhaliza nie...Tapi sejak dua menjak nie aku tengok dia semakin hari semakin cantik...Berseri2 sungguh muka dia bila hadiri program2 seni nie...Since dia pakai tudung yang ala-ala selendang nie makin bertambah la cantik n ayu...Cantik kan dia skrg nie...

Just nak share a few pic of her...Tapi dalam byk2 gmbr dia kat internet, aku suka 3 gmbr nie...Salah satu sbb aku suka ngan gmbr nie adalah kerana fashion baju + selendang yang dia pakai tu...Memang kena la dgn title dia as a Datin tu...Admire sungguh kat baju kurung moden warna MERAH tu...Superb...Lawa sangat...


Kalau la ada peluang teringin rasanyer nak buat sehelai baju macam baju kurung moden warna MERAH tu...Tapi kat mana ek nak tempah? Anybody kalau tahu mana2 tukang jahit yg sungguh terror di Johor Bahru nie please let me know ya...Ok la...Bye...
Lynn

Rumahku Syurgaku

Salam...

I am very happy...Kitorang dah pindah rumah last saturday...Penatnyer bukan main lagi bila nak pindah rumah nie...Huhuhu...Walaupun baru jer kahwin 3 tahun tapi barang yang nak dipacking dan dipindahkan ker rumah baru tu MASYAALLAH punya la banyak...Nasib baik la ada juga yang nak menolong kitorang pindah nie...Thanks a lot to ABANG NASIR (DRIVER LORI), staff hubby aku (ntah saper nama dia), student praktikal from UNISEL (rajin korang nak tolong EN. EZAL ek) dan ZAM sekeluarga...

So nie aku update kan gambar2 rumah aku...Tapi yang nie sebelum masuk barang la...Skrg nie rumah masih lagi bersepah...Mungkin take times juga nak susun atur balik barang2 nie...Apa yang pasti hari Jumaat nie aku kena ambil day off sbb nak pasang langsir rumah...Mr Wong from W & L curtain baru jer call aku untuk set pasang langsir Jumaat nie...Maybe lepas tu baru leh ambil gambar rumah dan tunjuk pada semua...






Ok la...Happy Blogging...Nak sambung buat kerja lain plak...Daaa...

Lynn

April 15, 2009

HARU BIRU

Arghhh...Kepala nie rasa BERAT BILA MEMIKIRKAN apa yang berlaku di depan mata aku skrg nie...Aku terfikir2 kenapa la boleh jadi mcm nie...Apa PUNCA sebenar yang menyebabkan pejabat nie makin haru biru...Adakah disebabkan hal PERTUKARAN ANGGOTA atau PERANGAI ANGGOTA yang x pernah nak berubah walaupun usia masing2 dah masuk setengah abad...

Aku boleh sangat kalau X NAK AMBIL PEDULI dengan apa yang berlaku tp makin aku diamkan makin menjadi2...Aku harap sgt ALLAH S.W.T. akan menunjukkan sesuatu agar diorang kat pejabat nie boleh nampak hikmah di sebalik apa yang berlaku...Dan untuk mereka2 yang terasa dgn apa yang aku coretkan pada hari nie FIKIR-FIKIRKAN LAH yang perkara mcm nie mungkin boleh terjadi pada diri korang juga...Jangan senang2 jer nak mengenakan orang lain...

Lynn

April 13, 2009

::Luahan Rasa::

Salam...

Erm, lama rasanyer x update blog...Kehidupan aku kebelakangan nie tersangat lah padat dgn macam2 jadual...Rasa mcm x bernafas...Tp ini baru sikit...Dan aku pasti ia akan bertambah mengikut peredaran masa...

Kerja2 renovasi rumah telah sempurna dilaksanakan...Yes, i am very happy with the result...Kontraktor yang aku n hubby upah ternyata telah melaksanakan tugas-tugas mereka dgn penuh komitmen dan cemerlang sekali...Hehehe...Dan sekarang nie aku rasa excited sangat untuk pindah ke rumah baruku itu...Insyaallah end of this week dah boleh pindah...We plan to do house warming this 1st Mei 2009...Harap2 jadi la yer...

Kerja di pejabat semakin hari semakin bertambah...Terdapat khabar angin yang kami akan mendapat Pengarah baru...Pengarah sedia ada mungkin akan ditukarkan ke HQ...Nampaknya aku dikehendaki untuk menyesuaikan diri sekali lagi dengan Pengarah baru nanti...Dalam masa 5 tahun ni aku dah bekerja dengan 4 orang Pengarah...Bermacam-macam perangai dan masalah telah aku lalui...Semua tu pengalaman hidup...

My lovely daughter sudah pun berusia 1 tahun 9 bulan...This 3rd July 2009 genap usia dia 2 tahun...Macam2 yang aku rancangkan untuk Qistina...Semua perancangan itu memerlukan pengorbanan dan usaha daripada aku, hubby dan Qistina sendiri...Semoga apa yang aku rancangkan akan berjaya dan menjadi kenyataan...Insyaallah..

Aku sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidup ini...Semoga segala impian dan harapan akan menjadi kenyataan dan yang paling utama sekali di rahmati oleh ALLAH S.W.T...Amin...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...