June 23, 2019

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum

Dimulakan dengan ucapan Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog kesayangan akak... Hihihihi... Maaf ler... Dah terlewat sangat rasanya nie... Tapi tetap juga nak ucapkan Salam Aidilfitri... Mohon maaf zahir batin yer semua...

Meh share sket sekeping dua gambar di pagi raya...


Tahun nie pilih tema hijau... 


Tahun ni turn beraya di Negeri Sembilan... Dan disebabkan anak anak tak sihat awal raya hari tu... Kami berjalan raya pertama jer... Then raya kelima terus balik ke Johor Bahru...


Masa ni dua dua pun tak sihat... Berjangkit ngan anak anak... Tapi gagahkan juga uruskan Majlis Hari Raya LPP Johor dan Mesyuarat Agung Tahunan KSK LPP Johor tahun 2019...



Dah sihat sket merayap gi sambutan Hari Raya PPK Kota Tinggi khamis lepas... Majoriti BFF den ado...


BFF terjah rumah akak Jumaat lepas... Mujur la akak ko dah sihat dik... Dapat ler masakkan Gulai Lemak Daging Salai untuk korang semua...


Tak pandang kiri kanan ha budak budak ni... Bertambah tambah makan... Akak sampai confuse... Lauk akak memang sedap atau korang yang lapar sangat... Hahahaha...


Lepas makan minum Nescafe kaw kaw plak... Bekal korang nak drive jauh kan... Satu family nak balik Muar, satu family nak balik Batu Pahat dan satu family lagi nak balik Kota Tinggi...


Sebelum balik kita bergambar lagi...


Pak Saleh pun datang beraya semalam... Akak jamu makan Durian jer sebab diorang tak bagi masak...


 Petang semalam beraya kat rumah adik sepupu di Taman Pulai Indah... Mujur la tak jammed... Kalau jammed nangis akak dik... 


Insyaallah next week sambung lagi beraya... 

Rumah akak kalau korang nak datang roger roger ya... Ada rezeki akak masakkan... Tak syok pula korang datang beraya tak masak apa apa...

Ok la yer... Jumpa di next entry... Bye... 

10 comments:

Warisan Petani said...

Salam lebaran 1440H

Lynn Huraiza said...

Warisan Petani : Salam Aidilfitri

PeRdU cINta said...

Selama Hari Raya.. Maaf zahir batin.

norhidana said...

selamat hari raya....
manis gambar di pagi raya...

syok bila rumah kene serbu kwn2 opis, walapun penat tp seronok...

ain.ya.nun. said...

Selamat hari raya Lynn

cahayahidupku.blogspot.my said...

Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir Batin buat Lynn sekeluarga 😍

mamapp said...

Wah meriah

ray said...

ray singgah follow sini #1193

Aril Lanang said...

masih berblogging...tahniah...

Unknown said...

I'm nevertheless learning from you, as I'm trying to achieve my goals. I actually liked reading everything thats written on your website.Keep the stories coming. I enjoyed it!
hello there! thank you for posting this. I appreciate your standpoint and I see where youre coming from. thanks again!
Just desire to say your article is as surprising. The clarity in your post is just great and i could assume youre an expert on this subject. Well with your permission allow me to grab your feed to keep updated with forthcoming post. Thanks a million and please continue the enjoyable work.
I believe I should mind my manners.
This is a way to chew over explaining this.
obst und gemüsereiniger

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...