January 31, 2011

Pagi Yang Sejuk

Morning semua...
Bumi Johor dilimpahi hujan rahmat dari ALLAH S.W.T...
Sejak Jumaat lepas hingga ke hari nie...
Tanah di bumi Johor tidak kering dan sentiasa basah...
Dan pagi nie kitorang sekeluarga gagahkan juga diri...
Bangun tido dalam keadaan pagi yang sejuk...
Nak kena gie hantar Qistina ke school dan pergi kerja...
Alangkah syoknya kalau dapat bersenang lenang kat rumah jer...
Hehehehehe...
Kat tempat korang hujan tak?
Sejuk dingin atau panas?

January 28, 2011

Keputusannya Masih Samar-Samar

Assalamualaikum...
Salam ceria untuk korang semua...
Hari nie dah pun 28 Januari 2011...
Sehingga ke hari ini masih belum dapat lagi keputusan...
Tentang penempatan Mr. Hubby...
Sungguh perkara ini membuatkan kitorang gelisah dan resah...
Tidur malam pun tak lena lately nie...
Asyik terfikirkan tentang hal nie...
Walaupun peluang nampak cerah tapi...
Keputusan dari pihak atasan masih tak keluar lagi...
Moga ada peluang untuk kami tinggal di bumi Johor nie...
Maaflah yer kalau Lynn tak berkunjung ke blog korang...
Lynn tak boleh nak fokus la...
Asyik memikirkan pasal penempatan Mr. Hubby jer...
Huhuhuhu...

January 26, 2011

Benci La Macam Nie

Huh...Saya mempercayai seseorang dengan harapan segala yang saya ceritakan akan dia simpan tapi hari nie dengar sok sek dari seseorang tentang citer tu...Jadi apa yang patut saya buat? Boikot jer org tu atau serang dia sebab dia dah jadi tukang heboh plak kat sini kan...

Saya nie susah nak percayakan orang tapi bila dah percayakan seseorang saya akan share apa yang saya tahu dan rasa dengan orang tersebut...Tapi nampak gayanya dia bukan orang yang sesuai dah sekarang nie...Saya rasa better saya share dengan suami saya jer semua cerita yang saya tahu dan dengar lebih-lebih lagi kalau cerita yang hot-hot nie...Tak kuasa la nak share dengan orang lain dah...Terutamanya yang bekerja dengan saya dan suami...

Bukan tak nak share dah...Tapi saya rasa macam serik la...Huhuhuhu...Saya takut sekarang nie orang ingat saya menyampaikan cerita yang bukan-bukan plak...Jadi sekarang nie better saya senyap jer dan perhatikan apa yang berlaku...Malas dah nak amek pedulik...

Laksam Oh Laksam

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...Syukur alhamdulillah hari nie Lynn dan keluarga sihat-sihat adanya...Batuk Mr. Hubby pun dah nampak berkurangan dah...Hari nie melepak jer la Mr. Hubby kat rumah sebab semalam doktor bagi MC...Syok la dia...Hehehehehe...

Pagi nie Lynn teragak nak sarapan laksam tau...Nasib baik la sebab kedai makan kat sebelah Caltex Taman Sri Pulai tu ada jual laksam hari nie...Jadi Lynn pun beli la 2 bungkus...Tapi bukan la untuk Lynn 2 bungkus tu...Satu bungkus lagi Lynn belikan untuk sorang kakak kat pejabat Lynn nie...

Nak buat sendiri memang x pandai la...Tapi tadi ada gak Lynn try Google resepi laksam nie...Nampak macam easy jer tapi agak leceh juga la nak buat...Hehehehehe...(Sebenarnya malas jer tu)...Cuba kalau rajin dan memang nak sangat makan dan tak tahu nak beli kat mana...Sure buat juga kan...



Nie la rupanya laksam...Mana la tahu kalau-kalau ada di antara kawan-kawan blogger yang tak tahu laksam nie macam mana...Laksam ni sangat popular di Kelantan tapi sekarang nie kat mana2 pun ada jual laksam nie...1 Malaysia kan...Dan laksam nie merupakan salah satu makanan kegemaran Lynn...Sedap tau...

P/S: Korang suka makan apa? Meh share sket kat sini...

January 25, 2011

Baru Lepas Ke Klinik

Tengahari tadi Lynn dan Mr. Hubby ke Klinik Siti Fatimah...Sekarang nie kalau nak gie klinik nie kena datang sebelum kul 3.00 petang...Sebab dari pagi hingga kul 3.00 petang doktor yang in charge adalah Doktor Siti Fatimah...Then diorang break dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang...Selepas tu doktor lain plak yang in charge...

Kenapa kitorang gie klinik?  Erm, sebenarnya Mr. Hubby lepas jer dapat tahu dia naik pangkat dan kena ditempatkan ke LPP Selangor, dia rasa x sedap badan...Dan yang makin worst dia start batuk2 dan malam tadi paling ketara la batuknya...Tak tidur lena dibuatnya...Dan Lynn juga terkena tempiasnya sekali...Tak lena tidur Lynn...Sebab Mr. Hubby asyik terjaga jer...Nasib baik la Qistina lena jer tidur...Kalau tak tentu Qistina meragam juga...

Syukur Mr. Hubby cuma batuk biasa dan paru-paru Mr. Hubby okey...Cuma Mr. Hubby nie kalau batuk memang lambat sket nak sembuh...Mudah-mudahan lepas makan ubat nanti kesihatan Mr. Hubby semakin pulih la yer...

Sementara dah berada di klinik Lynn pun minta Doktor Siti Fatimah check up sekali Lynn...Mengandung kali nie selalu sangat ada tompokan darah keluar...Setiap minggu mesti ada sekali atau dua kali terjadi macam tu...Bila Lynn mengadu pada doktor tentang situasi tu maka doktor pun scan la perut Lynn...Rupanya ekor uri kandungan masih berada di bawah dan disebabkan baby aktif maka tendangan kaki dan pergerakan baby boleh menyebabkan ada tompokan darah keluar...

Scan kali nie doktor lebih detail dan penerangan doktor pun panjang lebar...Siap bagitahu kedudukan uri dan kepala baby kat mana...Kata doktor uri sekarang berada di sebelah kiri dan kepala baby plak di sebelah kanan...Jadinya bila Lynn tidur mengiring kiri atau kanan maka ada pergerakan kat situ...Jadi tak boleh la nak lasak-lasak sangat tidur...Kena baring macam biasa jer...Huhuhuhu...

Doktor cuba untuk untuk tengok jantina baby tadi tapi tak nampak...Lagipun usia kandungan baru nak masuk 18 minggu kan...Insyaallah bila dah masuk 24 minggu nanti dah boleh nampak kut...Itupun kalau baby tak segan silu nak tunjukkan gender baby la...Tapi tak per la...Lynn dan Mr. Hubby tak kisah dapat baby apa pun...Yang penting sihat dan cukup sempurna sifatnya...

Dah Bayar Dah

Morning semua...
Sihat ker semuanya?
Pagi nie Lynn lewat sket update entry...
Puncanya adalah kerana Lynn duk gie settlekan hutang-hutang bil la...
Bil elektrik bulan nie cuma RM40.80...
Bil air plak RM15.20...
Dan juga tolong Mr. Hubby uruskan payment kete...

Almaklumlah...
Hari nie kan dah dapat gaji bulan Januari...
Jadi tak mau tertangguh lama sangat bil-bil yang ada tu...
Dan risau juga kalau duit dalam akaun tu terguna untuk hal-hal lain...
Jadi better buat pembayaran apa yang patut dulu...

Pembayaran bil-bil, kete dan kad kredit semuanya dibuat...
Menggunakan kemudahan perbankan...

Memang cepat dan mudah jer...
Dan kebetulan line internet hari nie pun okey...
Jadi sekejap jer urusan pembayaran Lynn nie selesai...

Korang masih lagi duk beratur kat pejabat pos ker untuk bayar bil-bil nie?
Atau dah gunakan cara yang sama dengan Lynn?

January 24, 2011

Bukit Gambang Resort City

Semalam waktu Lynn, Mr. Hubby dan Qistina on da way balik ke JB...
Adik Mr. Hubby ada sms ajak ke Gambang raya cina nie...
Rasanya tarikan terbaru di Gambang tu dah tentu la...
Bukit Gambang Resort City kan...
Jadi nak minta tolong sket dengan korang...
Nak tanya pendapat korang tentang Bukit Gambang Resort City nie...
Untuk korang yang dah pergi la...
Best tak kat sana?
Lynn memang teringin nak jalan-jalan dengan family Mr. Hubby...
Last time kitorang gie jalan-jalan waktu ke Melaka tahun lepas...
Stay 1 night jer kat Melaka...

Sorry Yer...Blog Nie Bukan Blog 18SX...

Huhuhuhuhu...
Baru sekejap nie tadi Lynn buka akaun Nuffnang Lynn...
Konon nak tengok UV Lynn la untuk hari nie...
Ceh...Berangan sajork...
Macam la blog nie fofular sangat sampai UV cecah ribu riban satu hari...
Jadi sajer la tengok keywords untuk hari nie kan...
Nak tahu apa yang appear?


Ada keywords "Menghisap Susu Jiran"...
Alamak...
Apa maksudnya tu ek? 
Macam 18SX jer...
Alahai...
Saper la yang search keywords tu ek...
Dan kenapa la blog Lynn yang suci, bersih dan halal nie plak terjebak ek...
Huhuhuhuh...

Jadi untuk mereka-mereka di luar sana...
Yang ada search keywords tersebut...
Lynn nak maklumkan yang blog Lynn bukan blog 18SX yer...
Korang jangan harap la dapat tengok atau baca yang 18SX kat blog Lynn nie...
Korang gie la cari kat tempat lain yer...

Selagi Tak Tahu Keputusan

Salam pagi Isnin untuk semua kawan-kawan blogger...Lynn doakan korang semua sihat yer...Hari nie dan sepanjang minggu ini pastinya membuatkan diri Lynn dan Mr. Hubby berdebar-debar...Keputusan tentang rayuan penempatan Mr. Hubby masih belum diketahui lagi...Huhuhuhuh...

Tergerak hati Lynn nie nak bertanyakan pada LPP KL berkenaan perkara nie...Tapi tunggu la tengahari sket...Last week LPP KL ada maklumkan pada Lynn sekiranya Mr. Hubby terpaksa juga ke Selangor, Lynn akan ditukarkan juga tapi bukan ke Selangor...Ke LPP KL...Kalau betul la perkara nie terjadi...Kehidupan kitorang akan bermula daripada bawah semula...

Macam mula-mula masuk kerja...Nak kena cari rumah, nak kena arrangekan perjalanan ke tempat kerja, nak cari pengasuh atau school baru untuk Qistina...Huhuhuhuh...Pastinya semua tu membuatkan life kitorang akan kelam kabut sket pada mulanya...Tapi selagi keputusan tentang rayuan penempatan Mr. Hubby nie tak diketahui lagi keputusannya selagi itu la kami berdua akan terus berharap dan berdoa...

Kami memang berharap agar Mr. Hubby dapat dikekalkan di negeri Johor nie...Sebabnya kitorang dah beli rumah pun kat sini...Life pun dah stabil dan sekiranya berpindah memang agak bercelaru la...Macam-macam yang nak difikirkan...Semoga ada rezeki buat kami untuk terus stay di negeri Johor nie...Semoga ALLAH permudahkan segala urusan dan memberi hikmah di atas segala yang terjadi...Insyaallah...

January 21, 2011

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul

Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua kawan-kawan Lynn di alam maya nie...Syukur kerana Lynn dan keluarga masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di bumi ALLAH S.W.T nie...Lynn dan keluarga juga doakan korang semua sihat-sihat sokmo yer...

Pagi nie Lynn nak meluahkan sket apa yang terjadi dalam kehidupan kitorang sekeluarga dalam masa 2 hari nie...Syukur alhamdulillah Mr. Hubby dinaikkan pangkat ke gred yang lebih baik...Lynn dah tengok surat tawaran daripada LPP KL pada hari Rabu lepas...Tapi Mr. Hubby ditempatkan di Negeri Selangor...Which part of negeri Selangor Lynn tak pasti...Mr. Hubby dikehendaki bertukar ke sana pada 1 Februari 2011 nie...Suntuk sangat masa yang diberikan oleh LPP KL...

Walaupun bersyukur dengan rezeki yang ALLAH kurniakan, Lynn tertanya-tanya kenapa LPP KL menukarkan Mr. Hubby ke Selangor tetapi tidak terfikirkah mereka tentang kewujudan Lynn yang bekerja di negeri Johor nie...Kenapa tiada surat arahan pertukaran untuk Lynn sebab selalunya bila suami bertukar dah tentu isteri pun ikut sekali bertukar...Lynn dan Mr. Hubby dah pun menelefon pegawai atasan di LPP KL untuk memohon agar penempatan Mr. Hubby di kekalkan sahaja di negeri Johor...

Malah boss Mr. Hubby pun berat hati nak lepaskan Mr. Hubby kerana projek ternakan kolam ikan marin yang Mr. Hubby uruskan masih belum di tahap memberangsangkan dan rancangan jangka panjang untuk membangunkan projek tersebut telah pun dirangka oleh Mr. Hubby dan bossnya...Sekiranya Mr. Hubby bertukar juga ke Selangor nampak gayanya ada wujudlah ketempangan pada projek tersebut...Nak melatih pegawai-pegawai baru bukan la senang sebab kerja di projek tersebut perlukan pengorbanan dan keikhlasan yang sangat tinggi...

Untuk jawatan Lynn rasanya tak pasti adakah orang yang nak menggantikan kedudukan Lynn di negeri Johor nie...Di LPP KL rasanya tak ada Setiausaha Pejabat yang berasal dari negeri Johor nie...Dan kebanyakkan daripada mereka semuanya staff yang senior dan dah tentu mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keluarga...Lynn tak pasti pegawai perjawatan di LPP KL dapat menguruskan pertukaran Lynn ke LPP KL atau LPP Selangor secepat ini...

Tapi Lynn dan Mr. Hubby akur dan pasti yang ALLAH S.W.T mendengar rintihan dan rayuan daripada kami hambaNya...Semoga ALLAH S.W.T permudahkan segala urusan dan ada hikmah disebalik apa yang berlaku...

January 19, 2011

Ada Khabar Gembira

Tadi Lynn dapat call dari Mr. Hubby...
Ada khabar gembira tau...
Tapi selagi Lynn tak tengok sendiri hitam putihnya...
Lynn tak nak la excited sangat...
Nanti bila Lynn dah tengok sendiri...
Akan Lynn khabarkan berita nie pada korang yer...
Hehehehe...

Morning Semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pagi nie Lynn agak sibuk sket la...
Ada kerja ad-hoc plak nie...
Jadi entry nie just short update dari Lynn yer...

Check up semalam ambil masa yang lama sket dari first check up...
Around 10.30 pagi baru selesai...
Dan Lynn masuk office kira-kira jam 11.30 pagi...
Dari check up semalam...
HB darah Lynn - 11.0 (boarder line yer)
Berat Lynn - 64 kg (naik 3 kg)
Tekanan darah - 100/60 (okey ker?)
Tinggi Rahim - 17 cm

Telah diberi nasihat oleh Misi In Charge...
Tentang kepentingan Zat Besi dalam pemakanan...
Jadi untuk naikkan semula HB darah Lynn...
Lepas nie kena la selalu makan makanan yang ada Zat Besi...
Contohnya Kerang, Hati Ayam, Hati Lembu, Daging Merah, Sayur Kangkung, Bayam Merah
Hope sangat next check up HB darah Lynn dah naik la yer...

Pengalaman minum air gula plak sangat tak best...
Huhuhuhu...
Nasib baik tak termuntah yer...
Setelah berpuasa hampir 10 jam...
Tiba-tiba benda yang masuk melalui tekak rasanya sangat manis...
Memang arr rasa lain macam jer...
Tapi nak tak nak kena juga minum...
Sebab misi tu perhatikan jer tau...

Dan semalam di Klinik Desa Kangkar Pulai agak merimaskan...
Ramai betul orang dan budak-budak...
Budak-budak bukannya nak datang check up pun...
Boleh plak bermain kejar-kejar dalam klinik...
Dan maknya plak buat bodoh jer...
Aduhai...

Okeylah Lynn nak sambung buat kerja...
Nanti Lynn update lagi yer...
Plus nak balas kunjungan korang semua...
Take care yer kawan-kawan...

January 18, 2011

Second Check Up

Salam pagi Selasa untuk semua kawan-kawan blogger yang Lynn sayangi...Semoga korang semua sihat belaka la yer...Untuk makluman korang entry pagi nie merupakan entry autopublish yer...Apesal bukan entry live dari Lynn Hamzah?  Hehehehehe...Sebenarnya pagi nie Lynn gie second check up kat Klinik Desa Kangkar Pulai...

Dan check up kali nie Lynn dikehendaki meminum air gula yer...Owh...Entah macam mana la keadaannya nanti...Dulu waktu preggykan Qistina, Lynn kena minum gak air gula nie...Sebab dalam family Lynn memang ada sejarah Diabetes nie...Jadi dah tentu la untuk preggy kali kedua nie Lynn kena minum juga air gula tu...Untuk pengalaman secara detail meminum air gula nie Lynn akan update lepas selesai second check up Lynn nanti...Lynn akan update secara detail supa dapat dijadikan panduan untuk kawan-kawan blogger yang lain...

Selain risaukan pasal minum air gula nie, Lynn tengah duk fikirkan tentang berat Lynn nie...Sejak dua minggu nie selera makan Lynn dah ada dan tak der la muntah-muntah lagi...Setakat loya waktu gosok gigi jer...Dan Lynn sungguh pasti yang berat badan Lynn akan bertambah...Kalau first check up bulan lepas berat Lynn hanya 61 kg tapi entah berapa la berat Lynn untuk second check up nie yer...Adakah akan naik mendadak atau just naik ikut kg yang ditetapkan...Aduhai...

Korang semua doakan second check up nie berjalan lancar yer...Huhuhuhu...Agak nervous nie...Okeylah...Nanti dah sampai office Lynn update citer di klinik nie yer...Take care semua...

January 17, 2011

Dah Terminate Celcom Broadband

Last Thursday Lynn dan Mr. Hubby telah buat satu decision untuk menterminatekan Celcom Broadband yang kitorang dah sewa selama 1 tahun nie...Dulu waktu mula-mula ada Celcom Broadband memang arr tiap-tiap malam kitorang online...Lynn akan selalu blogwalking ke blog kawan-kawan dan Mr. Hubby plak rajin tengok Youtube...


Tapi bila dah nak masuk 3 bulan menggunakan Celcom Broadband kitorang rasa macam dah x syok sangat la...Puncanya line broadband asyik ada problem jer...Aduhai...Tension sih...Asal nak guna internet jer sure tak dapat nak access...Jadi kitorang pun pergi la upgrade broadband tu...Amek pakej yang paling mahal sekali tau...RM98.00 sebulan...

Bila dah amek pakej RM98.00 sebulan nie ingatnya line akan okey juga...Tapi pun sama juga masalahnya...Aduhai...Memang sakit jer hati...Nak tunggu loading tu macam nak tunggu siput ttttttttttttuuuuuuuuuuuuuttttttt berjalan...Sangat slow okey...Dan kitorang dah jarang sangat menggunakan broadband kat rumah...Aktiviti malam kitorang isi dengan menonton televisyen, makan-makan dan layankan Qistina buat kerja sekolah...

Akhirnya ada la cecah 3 bulan juga kitorang tak menggunakan Celcom Broadband nie...Maka Mr. Hubby suggest kat Lynn supaya terminate jer Celcom Broadband tu...Dah la nak kena tanggung RM98.00 sebulan kan...Daripada tak gunakan dan asyik nak bayar free-free jer kat Celcom better kitorang terminate la dulu Celcom Broadband nie...

Lynn pun dah terfikir dah nak terminate broadband nie dan bila Mr. Hubby dah bagi green light maka kitorang pergi ke Celcom Taman Molek untuk uruskan hal-hal nak terminate nie...Ingatkan nak bayar terus segala payment yang ada tapi Celcom cakap diorang akan hantar bil yang terkini sebelum hujung bulan nie...Jadi bila dah terima bil tu baru la boleh buat pembayaran habis Celcom Broadband nie...

Jadi kena la kitorang tunggu bil tu sampai dulu...Selepas nie Lynn memang tak kan online dah malam-malam dan weekend...Sebab dah tak der broadband kan...Hehehehehe...Kalau korang tengok ada entry malam atau weekend maknanya semua entry-entry tu adalah entry autopublish yer...Dan korang boleh jer tinggalkan jejak seperti kebiasaan yang korang buat...Insyaallah Lynn akan balas jejak korang sebaik sahaja Lynn dapat access Internet di office Lynn...

P/S : Dah try guna Celcom Broadband tapi tak berapa okey sangat...Agak-agak korang broadband brand mana yang paling bagus sekali ek kat Malaysia nie? Share sket dengan Lynn...

Nak Tengok Spaghetti Carbonara Ala Lynn Hamzah

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua kawan-kawan blogger Lynn...Moga korang semua sihat ceria adanya yer...Kalau semalam Lynn duk bagi kat korang resepi Spaghetti Carbonara Ala Lynn Hamzah jer...Hari nie Lynn nak tunjukkan bahan bukti  yang Lynn telah buat menu tu semalam untuk breakfast kami bertiga yer...Hehehehehe...Mana la tahu nanti ada yang tak percaya Lynn buat Spaghetti Carbonara nie kan...

 Nie adalah Spaghetti nya...Rebus tak banyak pun...Tak sampai pun setengah paket...Rasanya suku paket jer kut...

 Nie plak kuahnya Spaghetti Carbonara...Memany very delicous dan Mr. Hubby yang tekak melayu nie pun puji yer Spaghetti Carbonara nie very sedap...Berbaloi bangun subuh2 dan masak untuk Mr. Hubby dan Qistina...

Yang nie plak portion yang Lynn amek untuk Lynn breakfast semalam...Korang rasa habis ke tidak Lynn makan?  Hehehehe...Dah tentu la habis...Sedap tau...

Jadi untuk sesiapa yang rasa teragak sangat nak makan Spaghetti Carbonara nie boleh la try masak kat rumah yer balik nanti...Simple jer menu nie dan yang paling utamanya sangat sedap...Resepi korang leh tengok kat entry Lynn semalam yer...Hehehehehe...Okey la semua...Lynn nak sarapan nie...Nanti Lynn update lagi yer...Take care...

January 16, 2011

Spaghetti Carbonara Ala Lynn Hamzah

Morning semua...Apa khabar? Sihat ker semuanya? Moga semua kawan-kawan blogger dan ahli keluarga korang sihat-sihat belaka la yer...Hari nie nak citer sket pasal Spaghetti Carbonara plak...

Selama nie Lynn just masak Spaghetti Bolognese dan Lasagna jer...Tak pernah plak cuba Spaghetti Carbonara nie...Jadi hari nie Lynn nak try masak Spaghetti Carbonara nie...Lynn rasa tak ler sesusah mana bila tengok resipi kat internet nie...Ala-ala masak Spaghetti Bolognese juga kan...Cuma sosnya sos putih...

Ada ker yang tak tahu Spaghetti Carbonara tu macam mana rupanya...Meh sini Lynn tunjuk sket kat korang...Tapi yang nie bukan yang Lynn buat yer...Sebab Lynn baru jer nak try masak kat rumah nie...



Jadi resepi yang Lynn nak ikut untuk masak Spaghetti Carbonara nie adalah seperti berikut:

1/2 paket Spaghetti - dimasak mengikut arahan di paket
1 tin sos pasta putih - Lynn choose brand Pergo
4 ulas bawang putih - dicincang kasar 
1 biji bawang besar - dipotong dadu 
10 - 15 ekor udang - dihiris sederhana (nak letak lebih pun boleh)
5 sosej ayam - dihiris sederhana (Qistina suka makan sosej tu yang letak sosej tu)
2 batang celeri - dihiris
Minyak 
Lada sulah 
Garam 
1/2 tin air (sukatan tin Pergo)

Cara-cara memasak:
1.  Panaskan minyak...Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau...
2.  Masukkan sos pasta dan air...Biarkan sehingga hampir mendidih...Jangan biarkan jer...Kena kacau supaya tak berketul-ketul plak kuah tu nanti...
3.  Masukkan udang & sosej...Bila dah agak nak masak baru masukkan celeri...
4.  Masukkan lada sulah...Kalau nak pedas sket masuklah lebih sket lada sulah tu...
5.  Sesudah mendidih jer boleh la padamkan api...

Haa...Itulah resepi yang dah diubahsuai kepada resepi Spaghetti Carbonara ala Lynn Hamzah...Resepi asal ada letak cendawan butang tapi Lynn x mau letak kat dalam resepi Lynn nie...Jadi nanti bila dah siap jer Lynn masak Spaghetti Carbonara nie Lynn akan amek gambar dan tepek kat next entry yer...Hari nie korang layan jer resepi nie dulu...Hehehehehe...

January 15, 2011

Salam Sabtu

Morning semua...
Dah bangun tido ke belum tu?
Syok jer ek korang semua tido weekend nie...
Tapi jangan la sampai tak solat Subuh yer...
Berdosa tau tinggalkan solat...
Huhuhuhuhu...

So apa jer aktiviti korang hari nie?
Kitorang tak pasti lagi nak ke mana hari nie...
Erm, maybe nak la juga jalan-jalan...
Tapi cuaca sekarang nie tak menentu la...
Jadinya depends pada cuaca dan mood...
Kalau semuanya okey insyaallah kuar juga nanti...

Anyway Lynn nak siapkan sarapan untuk Mr. Hubby dan Qistina...
Nanti Lynn update lagi yer...
Take care semua...
Muaahhhsss...

January 14, 2011

Nak Jawab Tag Mas Zuber

Dah lama betul rasanya Lynn tak menjawab tag nie...Tapi disebabkan tag yang dikenakan pada Lynn hari nie agak simple dan tak banyak soalannya...Maka dengan penuh rajinnya Lynn nak jawab tag dari Mas Zuber...Ada 4 soalan...Kita gie soalan by soalan la yer...

Soalan 1 : Apakah hobi anda?
Dulu waktu zaman muda remaja Lynn suka baca novel...Asal ada novel baru keluaran Alaf 21 sure Lynn akan beli dan kebiasaanya akan habis dibaca pada hari yang sama dibeli...Memang addicted sungguh...Tapi sejak dah kahwin dan ada anak nie hobi tu bertukar ke masak-memasak...I love to cook...Dulu tak reti pun nak masak makanan western nie tapi disebabkan suka nak mencuba maka dah terror la juga masak Lasagna dan Spaghetti Bolognise nie...(Padahal bukan susah sangat pun nak masak makanan tu kan...Hahahaha)...Lagi satu sekarang nie Lynn gemar berjalan la...

Soalan 2 : Senaraikan tempat-tempat yang ingin anda pergi...
Sangat teringin nak jejak kaki ke Singapore...Sebab nak pergi Universal Studio...Dan kalau boleh nak juga jejakkan kaki ke Gold Coast, Australia...Selain tu teringin sangat la nak pergi Disneyland...Hehehehehe...Mengalahkan kanak-kanak riang kan...



Soalan 3 : Sikap positif yang anda miliki...
Suka berterus terang...Lynn x minat la nak selindung-selindung nie...Tapi ada masanya sikap Lynn yang suka berterus terang nie ada org tak suka...Nak buat macam mana...Masing-masing perangai tak sama...Betul tak?

Soalan 4 : Sikap negatif anda...
Sensitif...Bila ada problem sket sure nak mengadu dengan Mr. Hubby tak pun menangis...Tak strong sangat la...Huhuhuhuh...Kadang-kadang tu Mr. Hubby bising gak sebab dia kata tengok perwatakan Lynn nie macam happy go lucky dan bersemangat waja jer tapi bila ada jer masalah datang start la gelabah dan emosi tak bertempat...

Jadi Lynn nak tag semua follower Lynn yang rajin berkunjung ke blog Lynn nie...Kalau korang rajin buat la yer...

Dah Jumaat Dah

Selamat pagi dan salam ceria untuk semua...Pejam celik pejam celik dah pun tiba hari Jumaat...Rasa macam baru jer memulakan minggu kedua tahun 2011 nie pada hari Isnin lepas...Tup tap hari nie dah hari Jumaat...Sure ramai yang suka dan happy sangat bila tiba hari Jumaat nie kan...Almaklumlah esok kan dah cuti...Ahad pun cuti...Memang syok habis...

Dan next week pun ada juga lagi cuti...Pada hari Khamis 20 Januari sempena Thaipusam...Berapa hari jer kita bekerja dalam bulan nie...Rasanya cuma 19 hari jer...Kalau yang mana buat kerja ikut dateline tu memang tak terkejar la...Ada yang kena datang kerja waktu hari cuti...Sebab dah tak der masa nak buat...Nak buat kat rumah memang payah sekali rasanya...Nak tak nak kena la datang office kan...

Pejabat Lynn sunyi sepi jer hari nie...Boss dan beberapa orang staff  bermesyuarat di Kluang...Jadi agak membosankan la juga...Tapi sebagai PA takkan la Lynn nak mengambil kesempatan nie dengan menghilangkan diri...Kena la stay kat pejabat nie dan buat apa yang patut...Mr. Hubby hari nie bermesyuarat juga di pejabat dia...Masuk minggu nie dah 2 kali Jumaat dia bermesyuarat...Dan hari nie dia minta Lynn gosokkan baju melayu dia macam minggu lepas...Mungkin sebab dia tak kuar ke kolam dan just stay kat pejabat jer yang membuatkan dia nak pakai baju melayu tu...

Kalau la dia pergi ke kolam jangan harap la dia nak pakai baju melayu pada hari Jumaat nie...Pemakaian baju melayu pada hari Jumaat nie memang diwajibkan untuk kakitangan kerajaan di Negeri Johor...Tapi disebabkan LPP nie badan berkanun jadi tak der la strict sangat macam di Kerajaan Negeri...Kalau kerja kat Nusajaya memang la kena pakai baju Melayu untuk para staff lelaki...Tapi handsome apa kalau ramai-ramai pakai baju melayu...Dah macam nak pergi marhaban waktu Hari Raya Aidilfitri...Hehehehe...

Pagi nie seperti biasa darling Qistina memang liat sket nak mandi pagi...Malam tadi Lynn dah pesan dah dengan dia supaya bangun jam 6.30 pagi...Dan kalau boleh terus mandi la bila dah bangun tu...Tapi nak tahu apa yang jadi? Dia memang bangun jam 6.30 pagi...Tapi duk melepak dulu minum susu dan sudahnya jam 7.00 pagi baru la dia mandi...Huhuhuhuhu...Kitorang kuar rumah jam 7.20 pagi dan nasib baik la tak terlewat punch kad hari nie...Lynn nie tak gemar betul kalau punch kad Lynn ada warna merah...Tak cun la...Lebih2 lagi di awal tahun nie...

Okeylah...Lynn nak buat kerja-kerja yang ada nie...Take care yer...Nanti Lynn update lagi dan jalan-jalan kat blog korang semua...

January 13, 2011

Banyakkan Ilmu Tentang Breastfeed

Tengahari nie Lynn tak kuar pun lunch...
Terasa kenyang lagi la...
Pagi tadi nak dekat kul 11 pagi baru Lynn breakfast...
Breakfast pun agak heavy hari nie...
Nasi goreng + telur mata lembu...
Hehehehe...

Erm, korang nak tahu apa Lynn buat tengahari nie?
Lynn mengodek-godek beberapa blog...
Bukannya menjadi penggodam ker apa...
Tapi mengodek-godek entry-entry diorang semua tentang breastfeed nie...
Syukur alhamdulillah banyak juga entry yang Lynn dapat baca...
Boleh la mengisi masa lunch dari terbuang begitu saja...
Antara cara menyimpan EBM, persediaan melangkah ke dunia breastfeeding, penghasilan susu ibu, dan beberapa entry lagi di blog yang sama...
Jadi kalau korang yang mana nak tahu juga tentang apa yang Lynn baca tadi...
Leh la klik jer kat link tu yer...

Semoga dengan perkongsian ilmu nie kita mendapat lebih banyak info dan manfaat darinya...
Lynn memang tak sabar nak breastfeed anak kedua Lynn nie...
Hope sangat segala niat suci Lynn nie dimakbulkan dan dipermudahkan ALLAH S.W.T...
Insyaallah...

Pagi-Pagi Dah Kecoh

Assalamualaikum semua...
Huhuhuhuh...
Pagi-pagi nie dah ada satu hal yang berlaku...
Aduhai...
Tak pasal-pasal Lynn dapat satu panggilan telefon...
Dari seorang staff di Batu Pahat...
Berkenaan dengan potongan gaji Kelab Sukan...
Minah nie buat pinjaman kebajikan sebanyak RM1k...
Entah macam mana October 2010 dia ada duit lebih...
Jadi buat la settlement terus kat Bendahari Kelab Sukan...
Then dia cakap dia dah faks surat dan slip bayaran pada Lynn...
Lynn plak tak terima apa-apa surat atau slip dari dia...
Mungkin ada masalah faks ler...
Dan dia plak tak poskan yang original...
Dan tak call bercakap dengan Lynn tentang hal nie...
Jumpa dan terserempak dengan Lynn adalah 2 ke 3 kali...
Tapi sikit pun tak sentuh tentang hal settlement tu...
Jadi Lynn yang tak tahu menahu nie...
Buat la potongan pinjaman seperti biasa...
Haaaaa...
Pagi nie dia duk serang Lynn dalam telefon...
Salahkan Lynn kenapa duk potong lagi gaji dia...
Kalau cakap elok2 tak per la gak...
Ada la meninggi sket suaranya...
Huhuhuhuhuh...
Minah nie ingat Lynn nie tunggul kayu kut...
Kalau dia cakap dengan suara yang perlahan dan bersopan...
Okey la juga...
Bukannya duit dia yang terlebih potong tu tak boleh dibayar balik...
Itu pun nak jadi hal ker?
Sudahnya Lynn minta maaf kat dia...
Lynn pun malas nak perkara nie berlarutan...
Dan paling Lynn tak nak dengar suara dia yang high pitch tu...
Tak tahan telinga nie nak mendengarnya...
Hope sangat lepas nie tak jadi lagi hal macam nie...
Dan hope sangat perkara nie tak menjejaskan mood Lynn hari nie...
Huhuhuhuh...

January 12, 2011

Playhouse Disney

Morning semua...Sihat tak?
Semalam Lynn tak dapat nak berjalan-jalan ke blog korang semua...Almaklumlah Johor kan cuti...Jadi Lynn dan Mr. Hubby berhempas pulas la membersihkan rumah dan dapur...Kitorang nie walaupun bercuti pada hujung minggu memang jarang sangat la dapat stay kat rumah...Ada jer program yang nak dibuat bila tiba weekend nie...Huhuhuhu...Jadi bila Johor cuti semalam maka kitorang berdua memulakan operasi mengemas rumah la...Darling Qistina plak tukang tengok tv melayankan Channel Playhouse Disney dia...


Qistina kalau dah mengadap channel nie jangan harap la kitorang nak merasa tengok channel lain...Tapi cartoon-cartoon dalam channel nie semuanya membina minda budak-budak la...Ada Mickey Mouse Clubhouse, Handy Manny, Little Einstein dan macam-macam lagi...


 

 Dan paling terbaru Qistina meminati cartoon Word World...Word World nie memang best dan Lynn sendiri teruja melihat cartoon nie tau...Ada activity mengeja setiap kali cartoon nie ditayangkan...Contohnya kalau ejaan BELL tu...Watak-watak dalam cartoon nie akan mention huruf tu satu persatu dan bila dah lengkap jer semua huruf tu dan semua 4 huruf tu akan bercantum rapat dan bertukar menjadi loceng...Dan pada loceng tu masih ada lagi perkataan BELL tu...Memang salah satu cara untuk menarik minat anak-anak kecil untuk belajar mengeja...


Dan semalam kitorang sempat berkunjung ke Kedai Buku Harris di Tebrau City...Duk melepak kat dalam kedai buku tu nak dekat 1 jam...Pergi ke satu section dan ke section yang lain...Tapi yang lamanya dekat tempat kanak-kanak la...Belikan dia buku coloring Princess dan beberapa buku menulis huruf ABC...Selain tu, Lynn dan Mr. Hubby offer dia untuk beli VCD/DVD Education...Jadi dia pilih untuk beli VCD Word World...Dia yang pilih sendiri dan kalau boleh dia nak amek 3 VCD tu...Tapi tak dilayankan pun...Cukup la beli satu dulu...Nanti-nanti beli lagi...

Cukup dulu story tentang Playhouse Disney nie...Lynn ada beberapa citer yang menarik lagi nak share dengan korang...Tapi nanti-nanti Lynn update yer...Take care semua...

January 11, 2011

Hari Nie Johor Cuti

Morning semua...
Hehehehehehe...
Tengok dari tajuk pun korang dah tahu dah kan...
Hari nie merupakan hari cuti am di Negeri Johor...
Sempena kemangkatan DYMM Almarhum Sultan Johor...
Jadi Lynn tak der la pergi kerja pun hari nie...
Dan entry nie pun entry auto published...
Lynn sajer buat entry nie supaya korang tahu yang Lynn tak kerja hari nie...
Kang kesian plak korang ternanti-nanti entry dari Lynn...
Ceh...Perasan sangat la Lynn nie...
Macam glamour sangat kan...
Wakakakakaka...
Lynn tak pasti dapat gie jalan-jalan blog korang ke tidak hari nie...
Tapi kalau ada peluang Lynn akan baca entry korang dan tinggalkan komen yer...
Korang jangan la jealous yer tengok Lynn tak kerja hari nie...
Hehehehehe...
Okey la...
Jumpa lagi di next entry...
Chiao...

January 10, 2011

Dah Dapat 1st Cheque Dari Nuffnang

Hari Jumaat lepas Lynn tengok kotak surat Lynn...Ada satu envelope tertera nama penuh Lynn...Hati Lynn dah mula berbunga-bunga...Rasa macam yakin sangat tau...Syukur alhamdulillah Lynn dah terima 1st cheque dari Nuffnang...Setelah menunggu hampir 2 bulan akhirnya Lynn terima juga cheque yang amountnyer tak seberapa tu...

Amaun yang Lynn dapat tak ler banyak mana pun...Lagi berapa RM jer nak cecah RM100.00...Huhuhuhu...Tapi tak per la...Setidaknya dengan berblogging nie pun dapat juga membuahkan hasil walaupun tak seberapa...Saper jer yang sudi nak offer diri bagi duit kat Lynn nie kan...Betul tak?

 Nanti Lynn nak bank in kan cheque Nuffnang tu...Dan insyaallah end of this month nak cash out lagi untuk dapatkan cheque yang kedua plak...Kalau boleh biarlah every month Lynn dapat cash out duit dari akaun Nuffnang nie...Tapi bukan senang...Kena selalu aktif dan maintain UV...Baru la iklan akan datang bertandang kat blog nie...

Untuk tuan Nuffnang, terima kasih banyak-banyak la yer sebab telah poskan cheque tu untuk saya...Kalau tuan Nuffnang baik hati sila-sila la bagi banyak BE kat blog Lynn nie yer...Suka betul Lynn kalau tengok iklan Nuffnang tu menari-nari jer kat blog Lynn nie...Hehehehehe...

Tahniah Ana Raffali

Morning semua...Pagi nie dah tentu ramai yang update pasal AJL malam tadi...Lynn pun nak update juga tentang AJL malam tadi...Lynn tonton AJL dari mula sampai la habis tapi entah macam mana boleh plak terlelap sekejap...Terlepas nak tengok 3 persembahan terakhir dari Stacy, Hujan & Faizal Tahir...Huhuhuhuhu...Sabar jer la...Tak dapat tengok persembahan Faizal Tahir yang menang persembahan terbaik tu...


Tapi bila Ziana Zain dan Dato' Siti buat performance boleh plak terjaga balik tu...Memang superb la persembahan dari 2 diva tu...Memang memuaskan hati Lynn...Dan persembahan dari Dato' Siti malam tadi membuatkan Lynn nie pun nak berjoget sama...Hahahahahaha...Tak pasal-pasal jer kecohs plak satu rumah nanti sebab Lynn berjoget ala-ala Dato' Siti...Dah la tengah preggy kan...Entah macam mana la gayanya tu...Tentu la buruk sungguh...

Anyway tahniah la untuk Ana Raffali yang mengondol juara AJL malam tadi...Lynn tak berapa tahu sangat tentang lagi Tolong Ingatkan Aku tu...Tapi kat sini Lynn tepek sekali lirik lagu tu untuk korang semua tengok...


Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali 

Jangan disusun kata-kata penamat 
Jangan disebut baris ayat keramat 
Biar lenyap diserap sunyi 
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku 
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima 
Biar luka sembuh sendiri 
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku 
Kisah kau tersedar 
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku 
Setiap detik jantungku bberdetak 
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa 
Aku lupa

Tolong ingatkan aku 
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu 
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita 
Tolong ingatkan aku 
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku 
Kisah kita

Tahniah juga untuk Meet Uncle Hussain + Black, Hafiz, dan Faizal Tahir...Semua yang menang memang very talented dan lagu-lagu yang dipertandingkan pun bagus-bagus...Tahniah untuk semua...

P/S : Syok la Ana Raffali sebab hadiah wang tunai tu milik dia semuanya...Sebab dia la pencipta lagu dan penulis lirik...Dan juga penyanyi untuk lagu tersebut...Tuah badan la...

January 7, 2011

Setelah Tidak Bersiaran Semalam

Salam pagi Jumaat untuk semua kawan-kawan blogger...Tengok tajuk kat atas macam la blog Lynn nie popular sangat kan...Hahahahahaha...Okeylah...Semalam Lynn tak bersiaran dan buat sebarang entry sebab Lynn MC...Kenapa MC? Gara-gara kes bleeding pada hari Rabu lepas la nie...

Untuk pengetahuan korang, Lynn memang mengalami masalah uri kat bawah waktu first pregnant dulu...Dan kali nie situasi yang sama berlaku juga...Doktor di Klinik Thessan dah scan kandungan Lynn dan didapati uri Lynn ke bawah sket...Tapi syukur sebab Lynn dapat tahu masalah nie awal...Jadi di atas nasihat doktor Lynn kena la banyak-banyak berehat, kurangkan stress dan jangan angkat barang-barang yang berat...

Semalam walaupun Lynn dah dapat MC Lynn berkunjung lagi ke Klinik Siti Fatimah...Doktor scan dan tengok uri tu tak ler ke bawah sangat pada hari semalam...Sedang doktor scan kandungan Lynn semalam terjadi satu insiden yang agak scary juga...Mr. Hubby boleh plak pitam dalam bilik doktor...Huhuhuhuh...Kecohs la sekejap dalam bilik doktor tu...

Puncanya sebelum masuk ke bilik doktor Mr. Hubby ternampak seorang perempuan nie...Perempuan nie pakai kain batik waktu masuk dalam klinik tu...Lynn pun cakap la dengan Mr. Hubby rasanya perempuan nie bleeding kut...Tu yang pakai kain batik tu...Then ada la terdengar perbualan perempuan tu dengan kawan-kawan dia dan kerani klinik tu...Perempuan tu pernah keguguran bulan 9 lepas dan tiga minggu lepas perempuan tu datang period tak berhenti-henti...Sehingga la hari semalam...

Then perempuan tu plak boleh bangun dari tempat duduk dia dan Mr. Hubby ternampak darah kat kain batik perempuan tu...Hah...Nie la yang menyebabkan Mr. Hubby pitam...Mr. Hubby Lynn sebenarnya mabuk darah...Dan terbukti semalam apa yang Mr. Hubby cakap tentang mabuk darah dia tu...Masuk jer bilik doktor tengah scan tu dia boleh terduduk dan pucat lesi muka dia...Sudahnya Mr. Hubby plak yang terbaring kat atas katil tu...Huhuhuhuh...

Nasib baik la doktor urutkan kepala dia dan bagi minum air suam...Lepas jer beberapa minit muka dia yang pucat lesi tu dah kembali berdarah dan boleh la bangun berjalan...Huhuhuhuhu...Nampak gayanya bersalin kali kedua nie tak dapat la Mr. Hubby nak tengok...Silap hari bulan dia plak yang doktor uruskan kat dalam labour room tu...
P/S : Korang ada tips tak nak kurangkan mabuk darah MR. Hubby Lynn nie...Kalau boleh nak sangat dia temankan Lynn waktu nak bersalin nanti...

January 5, 2011

Akhirnya Petang Juga

Huhuhuhuhu...
Puas la Lynn menunggu dari pagi...
Ingatkan Mr. Hubby datang amek tengahari...
Tapi akhirnya petang juga Mr. Hubby datang...
Erm, x per la...
Nak buat macam mana...
Dah tuntutan kerja tidak mengizinkan...

Hope sangat la everything okey...
Lynn check kat LADIES tadi...
Darah dah tak kuar dah...
Tapi still worried dan nak tahu kenapa ada darah pagi tadi...
Adakah sebab Lynn banyak sangat bergerak?
Atau stress sangat ker?
Huhuhuhuh...
Really need explanation about it...

P/S : Entry-entry Lynn sekarang nie dah kurang gambar kan...Huhuhuhu...Mood macam kureng jer nak bergambar sekarang nie la...

Dah Kena Block Dah

Pagi tadi lepas update entry kat blog nie, Lynn pun buka la web Facebook...Huhuhuhuhu...Management dah block yer web Facebook di LPP Johor nie...Masuk kali nie dah 2 kali dah Facebook kena block...Erm, saper punya angkara pun Lynn tak pasti...Nak kata staff kat sini duk mengadap Facebook sepanjang masa memang gilos la tu...


 Ha...Ni bukti menunjukkan yang Facebook kat pejabat Lynn nie comfirm kena blocked...Huhuhuhu...

Takkan la datang pejabat nak mengadap Facebook jer...Betul tak? Tapi bila dah kena block macam nie Lynn pun no komen la...Kang komen lebih-lebih kang tak pasal-pasal nanti kena sound plak dengan management...Cuma kebetulannya Lynn pun tak selalu sangat online Facebook nie...Memang pujaan hati nie lebih tertumpu kepada blog jer...Jadi tak ler terasa sangat bila Facebook kena block...Hehehehehe...

Anyway kat tempat kerja korang Facebook kena block tak?  Budak2 kat pejabat Lynn nie yang kaki Facebook mesti terasa kosong bila Facebook kena block...Kesian la kat korang...Dah la tu..Jangan sedey2 yer...Meh kita aktif berblogging plak...Hehehehehe...

Risau La

Morning semua...Hari nie Lynn dapati ada tompokan darah keluar kat panties Lynn...Huhuhuhu...Walaupun tak banyak macam darah period tu tapi Lynn tetap risau...Tadi waktu bersiap lepas mandi Lynn dan cakap dengan Mr. Hubby nak ke klinik...Nak check sama ada kandungan Lynn okey ke tidak atau ada masalah lain...Tapi Mr. Hubby ada urusan plak pagi nie...

Then teruskan la juga ke office dulu...Dan tadi waktu Lynn ke toilet Lynn tengok ada juga lagi tompokan darah...Huhuhuhu...Terus la sms Mr. Hubby inform tentang hal tu...Mr. Hubby dah nak patah balik dah ke office Lynn tapi Lynn cakap uruskanlah dulu apa yang dia nak buat pagi nie...Lynn tunggu la dia sekejap sementara dia uruskan kerja-kerja dia...Mesti Mr. Hubby pun tengah risau juga sekarang nie...

Dulu waktu mengandungkan Qistina, Lynn memang ada alami kes macam nie...Darah yang keluar lagi banyak sehinggakan Lynn kena refer dengan pakar perbidanan untuk menstabilkan kandungan...Lynn juga menghadapi masalah uri kat bawah dulu tapi syukur alhamdulillah walaupun uri kat bawah waktu dah nak bersalin Lynn dapat juga bersalin normal sebab uri dah berada di kedudukan asal...

Hope kali nie Lynn tak alami kes-kes yang macam dulu...Lynn dah alami morning sickness yang agak mencabar sewaktu di awal kandungan nie dan Lynn berharap sangat segalanya akan okey...Rasa sebak sangat la sebab risaukan kandungan Lynn nie...Huhuhuhu...

P/S : Mr. Hubby cepat la selesaikan urusan kerja yer...Nak jumpa doktor cepat nie...

January 4, 2011

Nak Update Tapi...

Jam kat PC Lynn dah pun menunjukkan 4:53 petang...
Nak sangat update tentang program ke Kedah weekend hari tu...
Tapi macam tak sempat jer...
Sebabnya hari nie tumpang kawan...
Jadi Lynn update tentang hal jalan-jalan tu esok la yer...
Siap upload gambar juga nanti...
Walaupun tak banyak tapi boleh la juga dijadikan kenangan...
Hehehehe...
Okey la...
Nak balik dah nie...
Korang yang nak balik tu drive elok2 yer...
Biar lambat asalkan selamat...
Take care semua...

Tak Kuar Lunch Pun

Korang dah kuar lunch ker?
Lunch kat mana dan makan apa jer tengahari nie?
Lynn hari nie tak der mood nak kuar lunch la...
Ingatnya nak pesan jer kat kawan-kawan...
Tapi tak tahu plak nak makan apa...
Tekak nie rasa semacam jer nie...
Huhuhuhu...

Sejak preggy nie nafsu makan tu macam kureng jer...
Walaupun ada teragak nak makan itu ini...
Tapi bila dah ada makanan tu depan mata...
Kadang-kadang tak habis pun Lynn makan...
Khamis nie genap 15 minggu Lynn preggy...
Menurut kata doktor masuk bulan keempat hilang la mabuk2 nie...
Tapi tak tahu la Lynn akan okey ke tak...
Almaklumlah lain kandungan lain pembawakannyer...

Lynn dah pesan meehoon sup nie...
Sekejap lagi nak solat zuhur dulu dan lepak-lepak sat...
Korang mesti tengah seronok makan-makan skrg nie kan...
Anyway enjoy la korang nyer lunch yer...
Jangan lupa baca Bismillah dan Doa Makan tau...
Hehehehehe...

Kisah Malam Tadi

Morning semua...Sihat tak korang? Moga semuanya sihat-sihat belaka la yer...Syukur alhamdulillah Lynn dan keluarga pun sihat juga...Pagi nie Lynn nak share kisah malam tadi...Erm, untuk mereka yang mengikuti blog Lynn nie dah tentu korang ingat Lynn seronok menghabiskan masa bersama Mr. Hubby dan Qistina kat Secret Recipes kan malam tadi...Huhuhuhuhu...

Niat nak makan malam di Secret Recipes tak terjadi la plak...Sebabnya Lynn tiba-tiba teragak nak gie makan Penang Fried Kuih Teow (Spicy) kat Sedap Corner...Maka cancel la program nak makan kat Secret Recipes tu...Lepas jer solat Maghrib terus kitorang bertiga ke Jusco Taman Universiti dan makan di Sedap Corner...


Rupa Penang Fried Kuih Teow (Spicy) tu sama sebijik kat gambar atas tu...Memang x berubah langsung la persembahannya...Kebiasaannya Lynn akan makan Penang Fried Kuih Teow tu dengan cili jeruk...Tapi sejak preggy nie Lynn kurangkan makan cili jeruk tu...

Mr. Hubby plak makan Thai Belacan Rice...First time mencuba Thai Belacan Rice nie...Kebiasaannya kalau gie Sedap Corner nie Mr. Hubby akan order Nasi Goreng Kampung...Tapi kali nie Mr. Hubby tukar menu plak...Not bad juga Thai Belacan Rice nie...


My darling Qistina plak dari awal-awal lagi dah sebut nak makan Chicken Nugget dan Cream Of Mushroom Soup...Dia siap order sendiri dengan waitress tu nak 2 Cream Of Mushroom Soup...Huhuhuhuhu...Sabar jer la...

Disebabkan dia dah makan 2 Cream Of Mushroom Soup tu sampai habis...Maka Chicken Nugget tu dia hanya makan seketul jer...Mr. Hubby makan 1 ketul dan lebihnya kitorang tapau bawa balik rumah...


Untuk pengetahuan korang semua Restoran Sedap Corner nie tak der kat luar Johor yer...Semua outlet Sedap Corner nie di Johor Bahru dan ada satu outlet kat Singapore...Erm, x pasti plak kenapa ada kat JB jer...Sedangkan makanan yang dijual di Sedap Corner nie sedap-sedap tau...Mungkin belum tiba masanya diorang nak buka outlet kat luar Johor agaknya...

Jadi untuk korang yang berminat nak pergi makan kat Sedap Corner nie leh la refer kat website Sedap Corner nie...Dan make sure juga korang datang ke JB baru leh makan kat Sedap Corner nie...Diingatkan diorang tak der outlet di luar Johor Bahru yer...Kang tak pasal-pasal ada plak kawan-kawan blogger yang duk cari Sedap Corner nie kat KL plak...Huhuhuhu...Haru biru dibuatya...

Gambar-gambar yang ada nie semuanya diambil dari web site Sedap Corner...Lynn memang tahap segan maksimum nak amek gambar makanan kat kedai makan nie...Hahhahaha...Okeylah...Nak sarapan plak nie...Take care semua yer...

January 3, 2011

Dividen owh Dividen

Untuk para pelabur di Amanah Saham bawah PNB hari nie mesti ada di antara korang yang gie bank atau pejabat pos nak update buku ASB korang kan...Dah tentu la korang akan teruja seawal pagi sebab nak tahu berapa banyak la dividen yang korang dapat tahun nie...Same with me...Tapi tak ler Lynn sanggup nak mengambil cuti semata-mata nak pergi bank atau pejabat pos untuk updatekan buku ASB Lynn tu...Cuma dari pagi tadi Lynn dah cakap dengan Mr. Hubby yang Lynn nak updatekan buku ASB Lynn...Hehehehe...

Tengahari tadi dengan jasa baik seorang adik kat pejabat Lynn nie maka Lynn pun memanjangkanlah langkah ke RHB Taman Molek...Memang Lynn sajer nak update buku ASB kat sana sebab lepas jer update Lynn nak kuarkan duit dividen tu sket...Nak masukkan dalam akaun bank RHB Lynn...Jadi tak der la mengusung duit dividen tu ke sana ke mari...Betul tak?


Waktu jejakkan kaki kat RHB Taman Molek tu, Lynn dah terasa dah aura-aura ramai org kat dalam bank tu...Bila buka jer pintu bank memang betul la sangkaan Lynn...Tempat duduk kat bank tu dah full dan ada gak yang berdiri menunggu giliran dipanggil...Waktu nak amek nombor giliran pegawai bank tu siap cakap sanggup ker nak tunggu sejam lebih untuk urusan ASB nie...Lynn cakap ngan dia okey jer sebab dah minta pelepasan dengan pejabat untuk pergi bank...

Maka start dari jam 12.50 tengahari sampai kul 1.15 petang Lynn tunggu la nombor Lynn naik...Tapi angka giliran tu slow sangat la berubahnya...Jadi Lynn sms la adik yang tumpangkan Lynn ke bank tu...Ajak dia gie makan dulu...Kitorang gie makan kat area Taman Molek juga...Dalam 20 minit lepas tu kitorang terpacak semula kat RHB Taman Molek...Hehehehehehe...Nasib baik lor...Sebab tinggal lagi 6 nombor jer nombor giliran Lynn akan naik...Ingatkan dah terlepas dah...Kalau terlepas memang Lynn ajak adik tu balik pejabat jer...Tunggu la esok2 baru updatekan buku ASB tu...

Syukur setelah tunggu 10 minit nombor giliran Lynn dipanggil...Layanan memang best kat RHB Taman Molek nie...Kerani bank tu pun cekap jer Lynn tengok dan mungkin juga sebab dia dah lunch kut...Hehehehe...Branch Manager RHB Taman Molek tu sempat la juga berborak-borak dengan Lynn tentang pinjaman ASB yang Lynn buat dan tak sampai 5 minit urusan kemaskini selesai...Wwwwoooooowwwww...Tengok baki terkini selepas diupdate memang arr seronok sangat la Mak Yong Lynn nie...Berbunga-bunga hati dan perasaan Lynn nie...


Rasa bersyukur sangat sebab dividen kali nie dividen yang terbanyak Lynn terima sejak buat pinjaman ASB 5 tahun lepas...Untuk individu yang macam Lynn nie yang tak der side income lain dah tentu la dengan pelaburan dan simpanan macam nie jer yang boleh Lynn buat untuk tambah pendapatan...Walaupun dividen nie just dapat setahun sekali tapi kalau kita pandai mengolahkan duit dividen yang ada insyaallah boleh la juga merasa apa yang kita aim nak beli atau pakai...

Ada juga yang tak setuju dengan Lynn tentang pinjaman ASB nie...Tapi itu terpulang la pada minat dan cara-cara masing untuk mengolahkan duit...Bagi diri Lynn dengan membuat pinjaman ASB Lynn akan sedaya upaya mengagihkan gaji Lynn setiap bulan untuk membayar pinjaman yang dibuat dan itulah salah satu motivasi untuk diri Lynn menyimpan duit...Kalau tak buat macam nie mungkin Lynn tak kan tersimpan duit sebab asyik ada jer benda atau perkara yang nak dibuat setiap bulan...

Insyaallah sekiranya ada lagi rezeki lebih Lynn nak tambah lagi pelaburan Lynn dalam ASB nie...Bila dah banyak melabur dah tentu akan bertambah lagi dividen untuk tahun berikutnya...Hehehehe...So korang melabur macam mana plak?  Sama macam Lynn atau buat cara lain...Meh la share kat sini...

P/S : Hari nie nak belanja Mr. Hubby dan Qistina makan kat Secret Recipes la...Mood nak share kegembiraan dengan Mr. Hubby dan Qistina setelah dapat dividen ASB tgh meluap-luap nie...Hehehehehe...Korang layankan jer Lynn nie...Yang mana tak suka jangan layan...Huahuahua....

BE Dah Jadi ME

Pagi nie tadi bila Lynn check akaun NUFFNANG Lynn...Didapati satu-satunya BE yang aktif di akaun Lynn telah bertukar menjadi ME...Erm, makin bertambah la duit yang ada dalam akaun NUFFNANG tu...Tapi yang tak syoknya tu dah tak der dah BE yang running sekarang nie...Huhuhuhuhu...


Owh yer...First cheque dari NUFFNANG hasil cashout pada bulan November lepas masih belum lagi Lynn terima...Kenapa ek? Rasanya dah nak dekat 2 bulan dah dari tarikh cash out tu...Dan sekarang nie Lynn sebenarnya dah boleh dah nak cash out kali kedua...Tapi Lynn tangguhkan dulu sebab nak tunggu cek yang pertama sampai...Boleh tak macam tu...

Jadi moga di tahun baru 2011 nie traffic blog nie akan makin meriah dan tinggi la yer...Lynn juga berharap akan ada BE yang baru la masuk lepas nie...Tapi nak dapat BE yang baru bukan senang...Kena la aktif, update entry selalu dan blogwalking untuk pastikan traffic sentiasa high...Semoga ada rezeki yang murah untuk Lynn dalam berblogging tahun 2011 nie...Insyaallah...Nak gak merasa dapat cash out banyak setiap bulan  macam blogger2 yang glamour tu...Boleh tak? Hehehehe...

First Day Working & School Year 2011

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua kawan-kawan blogger...Hari nie merupakan hari pertama kita semua bekerja dan bersekolah...Hari nie Lynn, Mr. Hubby dan Qistina bangun awal sebab excited nak gie kerja dan school...Lynn dan Mr. Hubby excited nak gie kerja...Dan Qistina plak excited nak gie school...Apesal plak kitorang leh excited ek?

Sebabnya baru jer menghabiskan cuti 3 hari weekend lepas...Hari Jumaat kan cuti ihsan dari kerajaan Malaysia...Dan sambung plak Sabtu & Ahad...Memang cukup rest dan rasa fresh sangat...Qistina plak excited sebab nak gie school dengan baju baru dan beg school yang baru...Walaupun masih lagi meneruskan persekolahan di Tadika Ixora Ria tapi Qistina tetap excited sebab nak jumpa kawan-kawan baru...Hehehehehe...

Untuk tahun 2011 nie Lynn dan keluarga memang mengharapkan yang terbaik dalam keluarga kecil kami nie...Moga-moga rezeki kami sekeluarga makin bertambah dan kehidupan kami makin bahagia...Semoga segalanya dipermudahkan ALLAH S.W.T dan diberi hikmah dari ALLAH S.W.T atas semua kejadian yang berlaku...Insyaallah...

January 1, 2011

Happy New Year 2011

Good Morning Malaysia...
Dah pun muncul 2011...
Maka berganjak la lagi satu lagi angka usia kita masing-masing...
Makin berusia moga makin matang la diri kita...
Harapnya begitu la...
Jadi Lynn, Mr. Hubby dan Qistina...
Mengambil kesempatan untuk mengucapkan...
Happy New Year 2011 untuk semua rakyat Malaysia...
Juga untuk semua kawan-kawan blogger...
Apa jer azam korang tahun 2011 nie...
Lynn akan buat special entry azam 2011 hari Isnin nanti yer...
Take care semua...
Adios

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...