March 22, 2016

Selamat Bersara Boss

Assalamualaikum 

Semalam hari terakhir Boss di LPP Johor...Sebagai PA yang tiap hari akan berurusan dengan dia secara jujurnya memang Kak Long sangat sangat terkesan...4 tahun Kak Long jadi PA dia...Rasanya yang paling lama sepanjang 12 tahun perkhidmatan Kak Long sebagai seorang PA di LPP Johor ni...Sebenarnya sejak awal bulan Mac lagi Kak Long dah terasa sedih...Erm...Memang betul la kata orang...Yang hilang akan berganti...Tapi Boss yang nie antara yang terbaik dan sangat sangat memahami Kak Long...Tak mungkin ada sesiapa pun dapat gantikan Boss yang sebegini...

Hari nie masuk jer office buka pintu bilik Boss...Tengok kosong jer...Sekosongnya hati Kak Long...Terus kemas kemas bilik Boss dan kumpulkan segala apa lagi barang yang belum diambil...Masih ada lagi yang tertinggal...Insyaallah nanti Boss akan datang semula amek barang yang tertinggal...


Kak Long duk kat sofa...Pandai sekeliling...Sudahnya menitik air mata...Makin lama makin laju...Nangis sorang sorang...Lama juga kat dalam bilik Boss sehingga la Hatta & Fauziah @ Gee masuk menenangkan Kak Long...

Lain benar rasanya...Teringat macam mana serabutnya meja Boss dengan kertas kerja, dokumen, surat surat...Tiba tiba hari nie bersih dan lapang jer meja dia...Tengok almari buku, dah kosong juga...Semua buku buku dia sedekahkan ke Khutub Khanah LPP Johor...Dia juga yang gelarkan Khutub Khanah...Padahal zaman milenium nie orang dah panggil Galeri Buku kan...

Semalam sebelum dia bergerak balik ke Kuantan Kak Long sempat jumpa dia...Minta maaf...Halalkan setiap pemberian dia pada Kak Long dan anak anak syurga...Dia pesan kekalkan kualiti kerja yang sedia ada untuk handle Pengarah yang baru selepas ni...Ramai yang iring Boss semalam time thumb print yang terakhir...

Banyak sangat kenangan Kak Long sekeluarga dengan Boss...Kak Long kalau ada program LPP mesti akan angkut semua anak anak syurga...Kitorang suami isteri memang kerja satu jabatan...Jadi kalau dua dua kena pergi program yang sama mesti anak anak syurga akan ikut sekali...Anak anak memang dah kenal dengan Boss...Qistina yang paling ingat Boss sebab Qistina rajin juga mengikut Kak Long ke office bila time cuti sekolah...Dia boleh borak borak dengan Boss...

Pernah sekali Mr Hubby ada program kat Endau...Kitorang duk stay kat Hotel Sri Malaysia Tanjung Gemuk...Qaleesya muntah time breakfast...Kebetulan Boss ada kat situ...Dia pun sama sama uruskan Qaleesya...Boss cakap kat kitorang kalau bab uruskan anak anak ni, dia pun dah biasa sebab dia suami isteri sama sama bekerja...Anak anak sampai tahap duk bersila kat atas meja makan...Erm...Memang sama la situasi tu dengan Kak Long sekeluarga...

Time anak anak tak sihat dia rajin juga tanya khabar...Memang memahami kerisauan kitorang berdua sebagai ibu bapa...Masa Qaleesya kena tahan kat wad di Hospital Kuala Klawang...Dia suruh amek cuti panjang sket agar anak tu betul betul sihat...Arwah Abang Ngah meninggal dunia November 2014...Dia la antara orang yang pertama ucapkan salam takziah...Dia juga yang memimpin bacaan yassin dan tahlil di pejabat...

Sedihnya...Menitik lagi air mata Kak Long di saat mengenang segala kebaikan dia...Dari segi kerja dia memang jarang menyusahkan Kak Long sebagai PA...Awal awal lagi dia dah pesan tak perlu buatkan air untuk dia setiap pagi...Air mineral pun dia kata dia akan bawa sendiri...Kak Long memang uruskan hal hal rasmi sahaja yang berkaitan dengan kerja...

Kak Long memang tak pandai bergurau...Dengan dia memang jarang la nak bergelak ke apa...Boss pun macam tu...Kak Long hormat dia sebagai seorang Pengarah dan memang tak berani la nak bergurau gurau nie...Huhuhuhu...Menitik air mata time taip entry nie...

 Gambar nie diambil sewaktu Majlis Khatam beramai-ramai 10 Mac yang lepas

Sewaktu majlis dinner meraikan persaraan Boss 20 Mac yang lepas, Kak Long terlibat secara langsung dalam penganjuran majlis...Bermula dari A hingga la Z sehingga selesai...Bersama sama dengan AJK KSK LPP Johor menguruskan majlis terakhir KSK LPP Johor bersama Boss...

 Bergambar dengan Boss bersama Mr Hubby, Ezmad dan Zalee...Pro sorang jer yang tak ada...Kebetulan Pro tak dapat joint sebab hantar adik dia nikah di Kelantan...

Bersama Boss dan Kak Ju...Kak Ju antara officer yang rapat dengan Boss...Jadi kami berdua memang terasa sangat bila Boss pencen ni...

Dinner yang kali ni memang Kak Long tak makan apa pun...Cuma minum air sahaja...Walaupun senyum tapi ALLAH SWT jer yang tahu perasaan ku...

 Boss bersama sahabat baik dia...Haji Manan mantan EO LPP Johor dan Encik Safie...Ketiga-tiganya insan hebat di mata Kak Long...Kesemuanya dah tak ada kat LPP Johor ni...

Ni cenderahati yang Kak Long & Mr Hubby uruskan dari KETADBIR LPP Johor untuk Boss...Moga Boss sudi terima dan gunakan ya...Jangan la plak nanti Boss buat hiasan plak parang dan pisau lapah tu...

Pagi semalam LPP Johor anjurkan Perhimpunan Bulanan yang terakhir bersama Boss...

 Ucapan terakhir Boss menyentuh nama Kak Long...Meleleh air mata Kak Long...Boss pun turut sama menangis sebab penganjuran majlis perpisahan oleh KSK LPP Johor sangat sangat bermakna buat diri dia...

Boss request minta Kak Long sampaikan hadiah hari lahir dia...Aiiiii is malu okey...Tapi tetap tersengih bila bergambar...Jadi sesumpah sekejap ya untuk cover air mata kesedihan...

Macam gambar berdua kan...Tapi sebenarnya Kak Long crop gambar nie...Kat sebelah Kak Long ada Dila...

Kek terakhir yang Kak Long tempah untuk Boss...Tiap tiap tahun tak pernah miss tempah kek untuk Boss...

 Cake cutting

Petang semalam hujan lebat membasahi bumi Johor...Seakan mengerti kesedihan kami semua...Tapi hidup mesti diteruskan...

 Tandatangan Nota Serah Tugas...Tugas Pengarah akan ditanggung sementara oleh Tuan Haji Abdul Jalil bin Bukhairah selaku Timbalan Pengarah LPP Johor sehingga kekosongannya di isi kelak...

 Thumb print terakhir Boss sebagai penjawat awam khususnya sebagai seorang Pengarah LPP Johor

 Walaupun hujan Bikers LPP Johor tetap mahu mengiringi Boss balik ke Kuantan...Terima kasih semua bikers yang sudi melayan karenah PA Boss yang satu nie...

Kereta yang akan dirindui juga...Masih teringat lagi ada yang menulis BURUK BEGITU SAHAJA di atas bonet kereta Boss bila dah lama sangat kereta nie tak digunakan...Entah saper la yang tulis macam tu...Kesian kan Boss Kak Long...

 Sebagai PA Boss Kak Long pasti akan rindukan waktu bekerja dengan Boss...Rindukan tazkirah yang dia sampaikan time Program Membudayakan Al Quran setiap hari Khamis...Macam macam la...

Boss, saya doakan hidup Boss dilimpahi rahmat ALLAH SWT...Semoga Boss bahagia bersama isteri dan anak anak tersayang...Insyaallah ada rezeki saya sekeluarga akan berkunjung ke rumah Boss seperti mana yang saya lakukan dengan Boss Encik Ramli bin Abd Rahman, Encik Safie dan Tuan Haji Abdul Manan bin Sulaiman...Insan-insan yang baik akan dikenang sampai ke akhir hayat...

Boss akan selamanya berada di dalam hati staff Boss yang sorang nie...Insyaallah...

March 17, 2016

Cuti Cuti @ Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum 

Kan hari tu Kak Long sekeluarga duk menghantar adik sepupu nikah di Ayer Molek, Melaka...Jadi kitorang amek peluang untuk stay sehari lebih awal dari tarikh pernikahan adik sepupu tu...Kak Long gie booking satu homestay kat area Taman Tun Rahah...Erm...Tak ler jauh dengan Ayer Keroh pun...

Kak Long sampai kat homestay lebih kurang kul 6.30 gitu...Konon konon nak ajak semua gi makan kat Muara Ikan Bakar Duyung tapi kitorang lewat sampai sana...Gerak dari homestay lepas maghrib...Jadi sampai jer kat Duyung dah sesak dengan orang...Nak cari tempat parking pun tak der apatah lagi nanti nak dapatkan meja...Jadi kitorang terus mencari makan kat kedai seafood tepi jalan jer...

Pagi 7hb tu kitorang breakfast kat homestay...Lepas settle breakfast terus kuar ke Taman Rama Rama Melaka...Dekat sangat dengan Tol Ayer Keroh...Korang yang nak pergi boleh tengok tanda arah Taman Rama Rama...Kalau risau tak jumpa set Waze awal awal...Comfirm tak sesat...Hihihi...

Untuk family Kak Long dah kali ke2 pergi ke Taman Rama Rama nie...Tapi untuk ahli keluarga yang lain baru pertama kali...Jadi semuanya excited ler...Nak explore tempat yang menarik kan...Dan yang paling penting semua suka pergi Taman Rama Rama nie especially anak anak syurga ler...




  Kat Taman Rama Rama ni ada kolam ikan koi yang agak besar...Dan ikan koi kat kolam nie sangat sangat ler cantik...Memang seronok tengok ikan koi ni makan...

 Antara insan-insan yang penting dalam hidup Kak Long

Rama rama sangat jinak hokay...Kalau korang manis manis memang cepat jer rama rama nie hurung...Jadi nak pergi nanti tabur gula kat baju...Hahahahaha...

Qaleesya duk tengok pak su, acik enaz dan acik uda dia posing dengan rama rama...Pelik kut...

Anak anak syurga...

Amani dah penat pakai kasut...Sudahnya nak berdukung jer...

4 Ladies...Terserlah gigi rabbit Kak Long kan...Hahahahaha...Senyum mesti nak nampak gigi rabbit tu...

Kat Taman Rama Rama ni bukan setakat ada rama rama jer...Tapi ada banyak binatang lain...Ada ular, buaya, iguana, burung...Memang seronok pergi Taman Rama Rama nie...

Lepas melepak kat Taman Rama Rama kitorang check out homestay...Then terus menuju ke Kari Kepala Ikan Hajah Rahmah kat Bukit Katil...Rumah mak mertua mantan EO LPP Johor Haji Manan betul betul kat depan kedai makan tu...Bila Kak Long pergi Melaka memang Kak Long akan pergi makan kat kedai tu dan tumpang parking kat rumah mak mertua Haji Manan...

Rezeki ALLAH SWT nak beri time datang tu ternampak kerete Haji Manan...Memang cam sangat plat number kete dia...Jadi terus la menuju jumpa dia...Haji Manan ni memang ler EO yang paling baik dan paling prihatin dengan anak anak buah...Dapat ler borak borak sekejap dengan dia...Insyaallah nanti ada masa kita jumpa lagi...

Haji Manan ni memang suka berkebun...Time jumpa hari tu dia baru lepas tebas pokok...Rajin sungguh...

Melaka memang best...Kak Long memang tak jemu berjalan kat Melaka...Insyaallah nanti nak bawak anak anak syurga ke A Famosa pulak...

Okey...Jumpa next entry,,,Kak Long ada kerja nak buat nie...Take care semua...

March 8, 2016

Jam Tangan Yang Sesuai Untuk Menghadiri Temuduga

Assalamualaikum 

Pernah hadiri temuduga? Kak Long yakin semua yang dah kerja dah pernah hadiri temuduga kan...Semalam office mate Kak Long dapat offer temuduga untuk kenaikan pangkat...JAdi entry ni Kak Long tujukan khas untuk office mate Kak Long yang bernama Fauziah...Sila baca dan khatam sampai habis ya...

Untuk nampak confident apabila menghadiri temuduga, pemilihan baju, kasut dan jam tangan memainkan peranan yang sangat penting...Takkan korang nak ambil sambil lewa jer dengan penampilan imej korang kan...Kita nak dapatkan kerja tu mesti la tunjukkan kat panel temuduga good impression kan...Selain daripada tu knowledge dan skill komunikasi kita juga sangat sangat penting...

Fokus entry hari ni lebih menjurus kepada pemilihan jam tangan...Meh Kak Long share contoh contoh Jam Tangan Wanita yang sangat sesuai dipakai untuk hadir ke temuduga...

Leather Strap Watch

Haaa...Kut kut ada yang tak faham la kan...Leather Strap Watch ni adalah jam tangan yang jenis talinya kulit...


Jam tangan Michael Kors nie memang sangat segak...Pemilihan warna hitam adalah warna yang selamat dan tidak terlalu menonjol...


Jenama Triwa menampilkan koleksi jam tangan bertali kulit yang warnanya agak soft...Sangat sesuai digayakan ketika ditemuduga...


 Untuk mereka yang kurang berkemampuan tetapi ingin menampilkan imej yang berkeyakinan boleh memilih jam tangan keluaran River Island ini...

Selain itu pemilihan jam jenis Stainless Steel Strap Watch juga sesuai dipakai untuk hadir ke temuduga...

Stainless Steel Strap Watch

 Pilihan pertama Kak Long adalah jam Michael Kors nie...Memang sangat sangat menawan...


Jam tangan Casio nie walaupun harganya murah tapi memberi impak yang sangat positif kepada pemakainya...


Michael Kors juga menampilkan jam tangan bewarna silver untuk jenis Stainless Steel Strap Watch...Boleh pilih yang mana korang berkenan untuk dipakai ketika sesi temuduga...

Pilihan jam tangan wanita yang terakhir yang sesuai dipakai adalah Synthetic Strap Watch...

 Synthetic Strap Watch 

Untuk yang mengalami masalah kulit sensitif, yang tak boleh pakai jam bertali kulit boleh memilih jenis Synthetic Strap Watch seperti jam jenama Daniel Wellington...

 Pemilihan warna warna tanah sangat sesuai dipakai untuk sesi temuduga...Warna tidak terlalu menonjol dan sangat menarik untuk dipakai...


Warna pilihan ini juga warna yang selamat untuk si pemakai...

Ada banyak jenis jam yang Kak Long dah share kat sini...Jadi untuk kawan Kak Long yang bernama Fauziah tu dan juga para pembaca lain boleh la pilih jam yang sesuai untuk dipakai ketika menghadiri temuduga nanti...

Owh yer...Kalau ada yang berkenan dengan jam jam di atas...Korang boleh la sopink jam yang korang berkenan tu di ZALORA...Ada banyak lagi pilihan jam tangan wanita yang boleh dipilih di ZALORA...

March 7, 2016

Selamat Pengantin Baru Adik-Adikku

Assalamualaikum

Entry tertunggak...Dah lama benar tertunggaknya...Meh ler sudikan diri membaca yer...

6 Februari 2016 yang lepas Kak Long sekeluarga joint wedding adik sepupu Kak Long di Parit Raja...Pada mulanya nak gerak jer terus ke Melaka tapi kitorang singgah sekejap bila Mak Tih dan Pak Tih Kak Long beria mengajak joint sama...Kesian plak kat diorang sebab dah beria benar mengajak...

Ni ada 3 best picture yang Kak Long nak share dengan korang...

 Selain Kak Long dan anak anak syurga...Kat dalam nie semuanya adik sepupu Kak Long...Dari kiri Omar, Alia, Amy dan pengantin baru Annur...

 Wawan, Annur, Atuk, Kak Long, Amani & Zafirah...

Kitorang sekeluarga amek gambar dengan Annur & Wawan kat pelamin...

Then lepas tu terus kitorang gerak ke Melaka...Nak hantar Amy nikah plak kat Ayer Molek, Melaka...Amy nikah 7hb tapi kitorang datang sehari awal sebab nak berjalan jalan dulu kat Melaka...Entry berjalan jalan tu nanti Kak Long update kemudian ya...Settlekan satu satu dulu...

 Nampak muda belia kan adik sepupu Kak Long nie...Tahun ni berusia 25 tahun...Tak ler muda benor...Dia memang awet muda...Hihihihi...

Isteri Amy...Zawiah...

 Bergambar kenangan dengan keluarga Pak Long, Pak Anjang, Mak Ngah (family saya) dan Mak Cik...Turut sama wife sepupu saya...Wakil keluarga Mak Tih...

Dengan keluarga kecil Mak Ngah dan Pak Ngah...Missing arwah Abang Ngah dan Syafiq...Al Fatihah...

Didoakan Annur & Wawan serta Amy & Zawiah kekal bahagia hingga ke akhir hayat...Semoga menjalani kehidupan rumahtangga dengan sebaik-baiknya...Enjoy your marriage life...

February 4, 2016

Simple Birthday Celebration Zahra & Amani

Assalamualaikum

Anak anak Kak Long yang 2 orang nie hari lahirnya bersebelahan jer...Nur Qhasrina Zahra lahir pada 12 Januari 2013 dan Nur Qaseh Amani pula lahir pada 13 Januari 2015...Bersebelahan tarikh tapi tahun yang berbeza...Tahun nie Zahra dah pun 3 tahun dan little Amani dah setahun...Sekejap jer masa berlalu...

So sempena wedding adik sepupu Kak Long di Taman Universiti last Saturday, Kak Long tempah kek ni untuk buat simple celebration untuk anak-anak syurga Kak Long nie...


 Kak Long tempah kek ni dengan harga RM139.00...Kek Red Velvet yang beratnya lebih kurang 2.4kg gitu...Kak Long tempah kat Rosza Rozali...Korang search IG dia...Memang superb arr kek yang dia buat...Tak pernah mengecewakan Kak Long sejak jadi regular client dia 3 tahun lepas...



 Lambatnyer nak potong...Kak Qaleesya dah lama tunggu ha...



 Amani memang lum pandai pegang pisau kek lagi...Jadi dia tukang perhati jer la...Hihihihi...

Pasal apa gambar nie macam nie ek...Sah sah ler edit kan...Hahahaha...

Kek tu habis di situ juga ya...Memang tak dapat bawak balik...Syukur alhamdulillah...Ramai yang dapat makan kek tu...Anak anak syurga pun happy sebab dapat celebrate ramai ramai kan...

Mama dan Papa doakan Nur Qhasrina Zahra dan Nur Qaseh Amani menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat...Semoga ALLAH SWT melindungi anak anak syurga mama dan papa...

Amiin

February 3, 2016

Cuti Cuti @ Teluk Kemang, Port Dickson

Assalamualaikum 

Sorry ler lama sungguh tak bersiaran...Bersawang habis ha blog nie...Hari tu time cuti panjang Thaipusam, Kak Long gie bercuti kat Teluk Kemang, Port Dickson dengan family Kak Long di Rawang...Turut serta sama family mak cik Kak Long yang duk kat Wangsa Maju...

Ermmm...Sebenarnya program ni program last minute...Kitorang tak ler planning beria sangat pun...Niat asal Kak Long nak kumpulkan family Kak Long dan family Mr Hubby...Nak celebrate birthday Zahra dan Amani...Tapi apa kan daya...Tak dapat nak teruskan niat tu...Jadi kitorang decide untuk pergi juga ke Teluk Kemang dan sewa 1 malam homestay kat sana...

Mak cik Kak Long yang cari homestay tu...Memang ler puas hati sebab homestay tu lengkap giler...2 bilik ada aircond...1 bilik kipas biasa...Tapi kelengkapan dalam homestay memang superb arr...Dah macam rumah sendiri tau...Syok...Sewa homestay baru RM200.00...Cuma bila duk homestay nie tak dapat ler nak mandi kat swimming pool tu...Hahahahaha...Yang paling syok homestay depan surau ok...Malam tu plak ada ceramah Maulidur Rasul...Haaa...Berjemaah ler Ibu, Ayah, Pak Cik dan Mak Cik Kak Long gi dengar ceramah malam tu...

Kitorang gerak dari Rawang lepas sarapan 23hb tu...Mr Hubby yang lead time gerak pagi tu...Terlupa pula yang Jalan Selayang tu sibuk dengan perarakan Thaipusam...Haaaa ambek ler mengadap jammed...Kitorang sampai jer ke Teluk Kemang jam 11.30 tengahari...Terus dapat masuk homestay sebab owner homestay nie kawan Mak Cik Kak Long...

Terus ler berhempas pulas masak kuah sup dan kuah tom yam untuk sajian tengahari tu...Kitorang hari tu bersteamboat dan grill...Memang ler syok bila dapat makan ramai ramai macam ni...Berebut-rebut anak beranak...Hihihihi...



Tak rugi ler Kak Long beli Steamboat n Grill ni...Sebab anak anak syurga Kak Long memang suka makan steamboat ni...Jadi bila dah ada sendiri ni boleh ler masak masak makan kat rumah...Nak bawak gie mana mana pun senang...Hihihihi...

Lepas jer makan makan...Kitorang lepak dulu kat homestay...Dah petang sket dalam kul 5.00 gitu baru ler gerak ke Pantai Teluk Kemang...Duk usha juga Rumah Terbalik tu...Tapi tak masuk pun...Kat Pantai Teluk Kemang ni dah penuh dengan payung dan kerusi untuk orang sewa...Sewa yer...Bukan dia bagi korang suka suki duduk kat situ...Hihihihi...Jadi kitorang nie agak cerdik pergi ke kedai makan...Ibu Ayah Kak Long dah sah ler tak mandi pantai jadi diorang melepak kat situ sambil minum minum petang dan makan burger...

Yang lain lain bersuka ria mandi pantai ler apa lagi...Hihihihi...
  
 Mula mula menangis bila letakkan dia kat atas pasir nie...Sekali bila dah pegang dan rasa sendiri tekstur pasir tu...Haaaaaa...Terus seronok...

 Mainan tu Kak Long beli sebab kononnya nak bagi anak anak ni membina istana pasir ler...Hahahahaha...Diorang lagi syok berendam kat dalam air weiii...Sekejap jer main pasir...


Tengok tengok...

Dah nak maghrib terus rushing balik ke homestay...Malam memang tak merayap mana...Just lepak lepak jer kat homestay dan continue makan makan...Kata adik Kak Long percutian kali nie dipenuhi dengan acara makan makan jer...Hihihihi...

Esok paginya lepas sarapan kitorang melepak lagi kat Pantai Teluk Kemang...Semua turun mandi kali nie sebab cuaca sangat ler best...

 Mula mula duduk duduk jer...Kak Long lum amek feel lagi time baru sampai tu...

Diorang ni memang terus jer menerpa pantai...Tak tunggu tunggu lagi...

 Tengok ler tu...Aktiviti ni memang wajib kut kalau mandi pantai...




 Yang ni mandi manda sampai puas...


Tinggal kepala jer ha...



Meh ler layan video Nur Qaseh Amani first time mandi pantai...Punya la suka dia...

Lepas puas mandi manda dan hari dah panas sket...Kitorang terus balik homestay dan siap siap berkemas...Makan makan dulu then lepas tu baru check out...Kak Long sekeluarga terus balik ke JB...Diorang yang lain terus balik ke Rawang dan Wangsa Maju...

Insyaallah ada rezeki leh ke Teluk Kemang lagi...Kat sana homestay dah comfirm ada dan yang seronoknya semuanya lengkap...Okey la...Nanti kan next entry yer...Take care semua...

January 12, 2016

Rompakan Bersenjata di Bandar Baru Kangkar Pulai

Assalamualaikum 

Semalam kita dikejutkan dengan viral message tentang rompakan bersenjata di hadapan sebuah taska di Bandar Baru Kangkar Pulai...Perghhh...Memang tak sangka sungguh perkara tu terjadi di dalam kawasan perumahan Kak Long...Kes tu memang benar benar terjadi yer...Bukan main main tau...


Dan malam tadi ada sorang akak nie message Kak Long personally...Kak Nor nie merupakan isteri kepada sahabat satu jabatan Kak Long...Ingatkan message tengah malam nak order barang yang Kak Long jual...Rupa rupanya nak bagi tahu info tentang kes rompakan semalam...

Yang kena rompak ni anak saudara Kak Nor...Dan dia minta saya dan family berjaga jaga sebab perompak nie kita tak jangka tindakan dia...Semalam anak saudara dia kena acu dengan pistol...Memang trauma...Mujur tak ditembaknya anak saudara Kak Nor nie...

Sekarang nie kita dah tak boleh nak menjangka apa yang bakal terjadi di sekeliling kita nie...Kita tengok orang tu macam baik jer, macam okey jer...Tapi hakikatnya kita tak tahu perangainya macam mana...Macam kes semalam...Mana nak jangka penjenayah tu ada pistol...ALLAH SWT lindungi anak saudara kawan saya tu...Kalau la ditembaknya kesian la pada anak anak, pada suami, pada keluarga...

Terlalu ramai orang jahat di luar sana sekarang nie...So kita kena lebih berhati-hati...Kalau tak perlu nak buka pintu pagar tu tak payah ler buka...Balik jer rumah terus cepat cepat kunci pintu pagar...Dan sekarang nie Kak Long mula terfikir tentang kebaikan Auto Gate nie...Insyaallah ada rezeki nanti leh buat Auto Gate untuk rumah sendiri...

Anak anak kita pun kalau boleh biar la main kat dalam rumah jer...Memang ler nampak macam kita ni nak kongkong anak...Tapi sebelum apa apa yang buruk terjadi, better kita cegah dulu kan...Kak Long tahu tak semua yang sependapat dengan Kak Long nie...Erm...Masing masing ada cara masing masing...So kita buat yang terbaik untuk diri kita, family kita dan persekitaran kita yer...

Take care semua...

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...