February 23, 2010

Jawatan Kosong di LPP

Berita baik untuk kawan-kawan yang masih mencari-cari pekerjaan tetap atau nak perbaiki jawatan yang sedia ada sekarang nie...Untuk pengetahuan korang semua baru-baru nie Lembaga Pertubuhan Peladang @ LPP tempat Lynn & Mr. Hubby cari makan ada keluarkan iklan kekosongan jawatan...Ada beberapa jawatan kosong yang ditawarkan dan untuk info yang lebih lanjut korang leh terjah sini okey...Lembaga Pertubuhan Peladang...

Syarat-syarat dan borang permohonan jawatan pun ada kat web tu...Jadi untuk mereka yang masih menganggur, student2 yang baru jer grad atau korang2 yang nak kerja gomen maybe ini adalah peluang korang...Mana tahu ada rezeki korang semua...Lynn just share this info dengan korang jer...Terpulang la pada korang yer nak apply atau tak...Hehehe...Seperti kata GTO Eryiqazz, Sharing is Caring okey...

February 21, 2010

Simpati, Sedih, Buntu?

Saya sangat terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada bapa lewat tengah malam hr Khamis lepas...Bapa bertanyakan adakah saya dan suami menghadapi apa-apa masalah...Owwwhhh...Sangat pelik di situ sedangkan kami baru sahaja pulang dari rumah bapa pada hari Selasa dalam keadaan yang sangat gembira dan x nampak macam menghadapi masalah yang serius...

Tiba-tiba bapa minta saya mematikan panggilan dan akan menelefon saya kembali...Saya yang tengah mamai ketika itu terpinga-pinga...Apa kes nie?  Kelam kabut jer...Saya sudah mula mengesyaki sesuatu telah berlaku...Setengah jam kemudian tertera nama bapa di telefon suami saya...Saya menjawab telefon dan terus bertanyakan kepada bapa...Kenapa nie? Apa yang telah berlaku?

Bapa mula bercerita itu dan ini...Saya sangat terkejut dengan apa yang bapa telah sampaikan...Owhhh...Rupanya bapa mendapat panggilan daripada seseorang...Sepupu saya sedang mengalami masalah keluarga yang sangat hebat...Di waktu itu saya terfikir-fikir bagaimanakah seorang lelaki yang bergelar suami boleh melakukan perkara sedemikian kepada sepupu saya yang paling saya sayang dan rapat...Suami sepupu saya nampak sangat baek okey...Solat pada waktunya dan tak nampak macam dia yang timbulkan masalah...Di dalam family kami dia jarang berceloteh...Tak seperti saya dan sepupu yang agak giler-giler kalau kami berjumpa...Dia sangat cool...Berbual bila perlu dan lebih suka bermain playstation bersama ipar duainya...

Saya dapat merasakan sepupu saya sangat sedih, keliru dan buntu ketika ini...Saya dan Mr. Hubby juga terfikir-fikir alangkah tergamaknya suami sepupu saya untuk memperlakukan sepupu saya dan anak mereka sebegitu...Saya sungguh marah dan rasa nak pergi jer ke rumah sepupu saya malam itu juga...Nak berikan bahu saya untuk dia tempiaskan rasa sedih yang bersarang dalam dirinya sekarang nie...Tapi bapa menghalang saya untuk bertanya kepada mereka sekeluarga...Kata bapa biarlah mereka yang bercerita tapi jangan kita yang bertanya...

Saya ingat kata-kata bapa...Mr. Hubby juga melarang saya bertanya dan minta saya bersabar dalam hal ini...Setiap hari saya akan berkata pada Mr. Hubby...Sampai bila saya harus bersabar...Saya nak bersemuka dengan sepupu dan familynyer tapi Mr. Hubby melarang...Akhirnya pagi ini Lovely Qistina mengajak kami ke rumah mak sepupu saya yang dipanggilnya Nenek untuk bersarapan...Cadangan untuk bersarapan Mee Goreng Mamak akhirnya terpaksa dibatalkan kerana Lovely Qistina sangat mahu bersarapan di rumah Nenek...

Baru jer saya melangkah masuk ke rumah mak cik saya, mata mak cik saya sudah bergenang dengan air mata...Owhhhh...Dugaan ini sangat hebat...Pak cik saya juga nampak sugul...Mak cik terus bercerita itu dan ini...Saya terus-terusan mendengar dan ada kala memberi komen...Usia perkahwinan sepupu saya lebih kurang saya jer...Saya nikah pada bulan Mac 2006...Dia pula pada Disember 2006...Anak kami sebaya...Lahir pada tahun 2007...Tapi kini suaminya telah mula bermain kayu 3...Aduhai...Saya sangat sedih mengenangkan nasib sepupu saya...

Mereka akan pergi berubat kampung kerana nampaknya suami sepupu saya seperti terkena ilmu pengasih @ guna-guna...Menurut sepupu saya, suaminya baru berjumpa dengan perempuan tersebut pada 1 Februari tapi kini suaminya dah macam orang gila bayang...Balik sahaja kerja suaminya akan membersihkan badan dan keluar semula...Tak hiraukan sepupu saya dan anak mereka...Balik semula ke rumah pada pukul 3 @ 4 pagi dan keluar semula pada awal pagi...Dan sepupu saya juga berkata suaminya lebih mementingkan perempuan tersebut berbandingkan keluarganya skrg...Owwwhhh...

Blank...Saya sendiri buntu bila memikirkan hal ini...Macam mana saya nak bantu sepupu saya?  Ya ALLAH Ya Tuhanku, kau tunjukkanlah hikmah di sebalik apa yang telah terjadi...Kau bukakanlah pintu hati suami sepupuku untuk pulang ke pangkuan keluarganya...Saya sangat sayangkan sepupu saya dan anak mereka...Kau tabahkanlah hati sepupuku dan keluarganya untuk menghadapi dugaan yang hebat ini...Tunjukkanlah jalan yang benar dan berilah peluang kepada mereka untuk hidup bahagia seperti sebelum ini...Amin Ya Rabbal Al Amin...

February 19, 2010

Kissing 18SX

Amboooiiii...Tak agak-agak punya tajuk...Hahahaha...Jangan terkezut yer kawan-kawan...

Baru-baru nie Lynn dapat kiriman e-mail dari seorang sahabat...Tentang kelebihan berciuman...Wahhhhh...Macam menarik jer kan topik nie...So Lynn nak share dengan korang info yang Lynn dapat nie...Teruskan membaca yer kawan-kawan...

KELEBIHAN BERCIUMAN

Ahli Perubatan mendapati bahawa aktiviti berciuman adalah baik untuk kesihatan...

Berciuman bukan sahaja dapat membuatkan seseorang itu merasa senang, tetapi juga efektif dalam melawan banyak penyakit...Apa sahaja keuntungan bercium bagi kesihatan?
  • Bercium dalam waktu yang lama boleh membantu sistem sirkulasi kita...Ketika bercium, detak jantung makin cepat sehingga 110 degupan jantung per minit...Wahhh...Bagus nie...
  • Setelah berciuman, paru-paru berkerja lebih keras...Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dengan nafas normal, hanya 20 tarikan nafas per minit...
  • Berciuman yang langsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress...Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress...Untuk mereka yang selalu stress boleh la mencium pasangan anda sekarang juga...Hehehe...
  • Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini...Owhhh...Macam tu ek...Boleh amalkan nie...
  • Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri...Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri...Erm, patutlah bila kita sedih, lepas kena cium dengan pasangan jer terus mood ok...Ada pengalaman nie...Hahahaha...
  • Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur...Otot pipi yang menegang kerana ciuman yang ghairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah...Agaknya kulit wajah Dato' CT tu putih gebu dan halus mulus sebab selalu kena cium ngan Dato' K kut...Jealous lor...
  • Berciuman juga baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolestrol...
Persoalannya?

Anda : Cium siapa yer? (Sila jawab dengan jujur)...Hehehehe....

    Marah tu boleh tapi...

    Pagi2 nie dah terdengar kecoh2 di pejabat...Lynn sebenarnya memang malas nak amek pot bila ada kecoh2 nie...Lebih-lebih lagi bila perkara nie terjadi di awal pagi...Di pagi Jumaat plak tu...Huhuhu...Tapi dalam pada tak nak amek pot tu Lynn curi-curi dengar juga...Curi-curi ker? Tak lor...Memang dengar dengan jelas sebab manusia tu cakap dengan kuat dan lantang sekali..

    Nak share sket citer nie ngan korang semua yer...Entah apa la yang tak kena dengan sorang mamat kat pejabat Lynn nie...Mungkin malam tadi tak dapat kot...Wakakakaka...Opsss...Terlebih sudah...Untuk pengetahuan korang sejak akhir-akhir nie dia suka betul la mencari kesalahan orang lain...Asal ada jer yang tak kena dengan seseorang tu sure dia la insan yang paling kecoh kat pejabat & spread the news kat Mr. B...Kadang2 pelik gak bila Mr. B leh dapat tahu apa yang berlaku kat pejabat nie walaupun Mr. B tidak berada di tempat kejadian...

    Pagi nie dia marahkan seseorang...Dia kecoh-kecoh kat pejabat nie tentang keburukan orang tu...Dia bagitahu kat semua yang orang tu sebenarnya tak layak untuk duduk di jawatan tu...Siap cakap lagi ini la akibatnya kalau masuk kerja guna tingkap dan tak guna pintu...(Guna kroni untuk dapat kerja) Huhuhuh...Habis semua diungkitnya...Setelah habis dia membebel Lynn tertanya-tanya pada diri sendiri ...Dia nie duk mengutuk dan marah-marah macam nie dia sedar tak yang diri dia sendiri tak betul...Aduyai...

    Lynn sebenarnya selalu sangat dengar dia nie membebel tak tentu hal tentang staff di pejabat nie...Ada jer yang tak kena di mata dia...Bagi Lynn sebagai salah seorang pegawai senior di pejabat nie dia mungkin boleh marah tapi berpada-pada ler...Manusia di muka bumi ALLAH S.W.T tidak dilahirkan sempurna...Masing-masing ada kelebihan dan ada keburukan...Antara kita sedar ataupun tidak jer...Jadi sebagai salah seorang hamba ALLAH di muka bumi ini kita kajilah diri kita sendiri sebelum kita membuat sebarang tafsiran atau nilaian tentang orang lain...

    Dan kalau boleh dia jangan lah sibuk nak jaga tepi kain orang sebab kalau la orang lain sibuk jaga tepi kain dia nanti sure waktu tu dia plak tentu arah...Mind your own business la...Lynn sentiasa berdoa agar Lynn tidak tergolong di dalam kalangan orang seperti ini...Huhuhu...

    Its Very CooL

     

    Its very cool...

    Tak sabar rasanya nak tunggu weekend mcm Garfield nie...

    Hehehe...

    February 17, 2010

    WeDdinG PhOto ConTeSt By LynN HamZaH

    Salam....

    Hi semua...Secara rasminya Wedding Photo Contest yang Lynn anjurkan 26 Januari 2010 tamat pada 15 Februari 2010...Sorry la lambat buat entry tentang contest nie...Lynn balik rumah parents di Rawang...Jadi masa untuk blogging nie agak terbatas la...Sorry yer kawan-kawan...

    Happy sangat sebab ramai juga yang menyertai contest nie...Untuk pengetahuan semua seramai 77 peserta telah menghantar penyertaan masing2...Oh yer, kalau ada yang tak tersenarai dalam list peserta di side bar blog Lynn please inform Lynn yer...Tapi setakat hari nie rasanya itu la senarai peserta yang menyertai contest nie...

    Lynn nak ucapkan tq kepada semua yang menyertai contest nie dan sebagai permulaan untuk pemilihan pemenang Lynn akan meminta juri untuk contest nie select 30 photo yang terbaik di antara 77 peserta...Lynn akan pamerkan 30 photo tersebut sebelum 26 Februari 2010...Update seterusnya tentang contest nie korang kena la tunggu yer...

    Untuk 77 peserta yang telah menyertai contest nie Lynn wish korang semua good luck yer...Contest yang Lynn anjurkan nie untuk suka-suka jer...Just for fun...Jadi untuk mereka yang tidak terpilih dalam 30 photo yang terbaik hope tak la terasa hati yer...Lynn juga nak berterima kasih kat korang semua kerana support contest nie...Jadi kalau ada di antara korang yang nak buat contest tu maklum la kat Lynn yer...Nanti Lynn plak leh joint contest korang...Hehehe...

    Salam 14 Ramadan

     Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...