December 31, 2025

Hari Terakhir 2025

Assalamualaikum

Hi korang... Sihat hari ni? Syukur alhamdulillah Lynn sekeluarga sihat sihat saja... Pejam celik pejam celik dah tiba hari terakhir 2025...


Semalam Lynn baru berkesempatan mengisi segala borang borang untuk sesi persekolahan 2026... Dah lama sebenarnya diperam borang borang tu... Tapi semalam la baru ada kerajinan nak isi semua borang... Hihihihi... Dan dalam masa yang sama sibuk juga mengira perbelanjaan untuk pembelian buku sekolah dan peralatan sekolah yang perlu dibeli...

Tahun 2026 ni kesemua anak anak kami akan bersekolah... Qistina yang sulung sekarang ni di UiTM Kota Samarahan 2, Sarawak... Januari dan Februari ni bulan bulan penting untuk anak anak di UiTM... Sekarang ni duk berperang dengan tugasan, ujian dan projek akhir... Moga Allah swt permudah segala urusan... 

Qaleesya pula tahun depan dah masuk Tingkatan 3... Berdasarkan keputusan exam akhir tahun baru ni, nampak minatnya cenderung ke Seni Visual... Jadi tahun 2026 ni nak perhatikan, kalau betul minat nya terarah ke Seni Visual... Masa Tingkatan 4 boleh la ambil aliran yang berkaitan dengan Seni Visual...

Yang no 3, Qhasrina... 10 Januari ni dah kena attend orientasi sekolah menengah... Macam tak percaya anak dara ni dah masuk Tingkatan 1... Awal awal dia dah pesan kat mama papa yang dia tak nak masuk sekolah berasrama... Jadi kami ikutkan la kehendak dia... Sekolah harian biasa jer dengan kakak dia Qaleesya... 

Qaseh pula masih di sekolah rendah Darjah 5... Syukur alhamdulillah anak ini berjaya jadi Top 5 di dalam kelas sewaktu ujian akhir tahun... Dalam diam dia memecut laju... Dan dia juga berjaya lulus dan naik ke Darjah 5 untuk sekolah agama... Dah boleh fokus untuk UPKK pula... 


Yang paling mendebarkan dah tentu la Qayyum... Anak bujang ni akan mula bersekolah di tadika pada 5 Januari ni... First time nak masuk tadika dan mama papa mengharapkan dia boleh bawa diri... Macam mana dia stay kat rumah pengasuh dulu... Harapnya semua pun okay okay jer sepanjang pembelajaran di tadika... 

Doa Lynn moga semuanya baik baik sahaja 2026 dan seterusnya ini... Walaupun struggle sepanjang 2025 ni syukur alhamdulillah kami berjaya harungi semuanya dengan baik baik sahaja... Terima kasih Allah di atas limpah kurnia buat kami sekeluarga... 

December 29, 2025

Penghujung 2025


Assalamualaikum

Apa khabar semua? Sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung 2025... Hari ni dah 29 Disember... Lagi 3 hari dah muncul 2026... Sekejap jer masa berlalu kan... Dan hujung hujung tahun ni ramai jer yang Lynn tengok menghabiskan cuti tahunan... Ada juga yang masih bekerja seperti Lynn... Chill chill jer duk opis selesaikan tugasan yang masih bersisa untuk tahun 2025...




2025 ni berlalu dengan penuh kejutan... Disebabkan baru sahaja aktif semula di blog memang banyak cerita yang tertinggal yang tak sempat Lynn share pada semua di blog kesayangan ni... 

Syukur alhamdulillah... Segalanya okay okay sahaja walaupun agak struggle sepanjang 2025... 



December 19, 2025

Dividen ASB 2025

 Assalamualaikum 

Pejam celik pejam celik, dah tiba hujung tahun 2025... Pagi tadi kami suami isteri duk buat kiraan bajet yang perlu kami sediakan untuk sesi persekolahan anak anak untuk tahun 2026... Untuk keluarga yang besar ni memang banyak juga yang perlu kami peruntukkan untuk persekolahan anak anak... 

Yang sulung kat IPTA, No 2 dan No 3 bersekolah menengah, No 4 masih bersekolah rendah dan hat bongsu akan mula masuk tadika 5 tahun... Tak perlu la disenaraikan apa yang perlu dibeli dan dibayar... Berpeluh peluh nanti 😆

Syukur alhamdulillah, petang ni dapat info berkaitan Pengagihan Pendapatan ASB... Bahasa mudahnya Dividen ASB la... Berita yang dinanti nantikan untuk sesetengah orang... 





Kalau ikutkan tak berubah pun kadar dividen ni berbanding tahun lepas... Tapi tetap la juga bersyukur ada juga buat simpanan di ASB... Dapat la juga membantu nak renew road tax dan insurans kereta... Syukur alhamdulillah...

December 17, 2025

Apa Khabar?

 Assalamualaikum 

Lama sungguh tak bersiaran di sini... Apa khabar semua?

Syukur alhamdulillah kami sekeluarga baik baik sahaja... Moga korang pun baik baik juga ya...

Dah lama tak update blog, ada lagi ke yang masih sudi membaca coretan saya kat blog ni? 

Macam macam cerita yang saya share kat blog ni dulu... Entry pertama tahun 2008... Macam tak percaya 17 tahun dah usia blog ni ya... 

Entry pertama saya di blog ni tentang NUR QISTINA FARZANA 😍... Masa tu Qistina baru setahun lebih kut... La ni dah 18 tahun... Nun jauh di bumi Sarawak sana... 

Ehhhh... Teruja pula hari ni update blog... Nanti nak update lagi la ✌

Ok bye 

Usaha Untuk Lebih Sihat

 Assalamualaikum  Sejak aktif semula di blog ni, Lynn cuba untuk buat satu entry berkaitan kesihatan diri... Tapi hari ke hari masih tak ter...