February 1, 2012

Selamat Datang Febuari

Salam sayang untuk semua kawan-kawan blogger dan pembaca setia blog kesayangan Lynn nie...Syukur alhamdullillah hari nie kita semua masih berpeluang bernafas di bumi ALLAH S.W.T. ini...Dan hari nie juga merupakan hari permulaan untuk bulan Febuari...Actually Lynn memang ternanti-nantikan ketibaan bulan Febuari nie...

Sebab pertama Lynn ternantikan bulan Febuari nie adalah kerana pada 26 Febuari nie birthday Mr. Hubby yang ke 31...Mr. Hubby berkongsi tarikh lahir dengan anak saudara kami Nur Khairina Damia...Dan 2 hari sebelum itu birthday MIL Lynn...Insyaallah pada 25 Febuari nie kami akan mengadakan kenduri aqiqah anak kesayangan kami Nur Qaleesya Arissa di Felcra Lakai, Negeri Sembilan...

Dulu waktu Qistina, habis jer pantang sebelum naik kerja dah buat kenduri aqiqah...Tapi yang kali ni lewat sket...Tapi tak ler lewat mana pun...Tak sampai pun setahun lagi usia Qaleesya...Insyaallah pada majlis tu nanti akan diadakan juga Bacaan Yassin, Tahlil dan doa selamat serta kesyukuran...All in 1...Untuk aqiqah ini kami sepakat memilih kambing untuk diaqiqahkan...Urusan pembelian kambing dah pun dibuat oleh FIL Lynn...Duit pun kami dah serahkan awal Januari lepas...Tapi kami belum tengok lagi kambingnya...Insyaallah kami akan balik awal sebelum kenduri untuk pilih kambing...

Adakah kami akan pilih kambing yang ini...
 atau yang macam nie...


yang macam nie pun okey juga...


Erm, tengoklah nanti yer kami pilih kambing yang macam mana...Hehehehe...

MIL ada cadangkan sewaktu kenduri aqiqah nanti diadakan majlis berzanji, potong jambul dan berendoi...Tapi setelah adakan perbincangan bersama Mr. Hubby, kitorang prefer kalau diadakan majlis berzanji dan potong jambul sahaja...Sebabnya Qaleesya dah pun 8 bulan lebih waktu tu...Dan sangat-sangat comfirm la Qaleesya dah tak sesuai nak duk baring macam baby baru lahir kat dalam buaian yang cantik-cantik macam kat bawah nie...
 So sweet la buaian nie...Memang sesuai untuk gegirl macam Qaleesya...

Yang nie pula sesuai untuk boboy...
 
Anak dara tu dah makin lasak dah sekarang nie jadi rasanya tak sesuai nak letakkan dia kat dalam buaian tu...Kang tak pasal-pasal dia berguling-guling kat dalam buaian tu...Huhuhuhuhuh...Jenuh plak nanti Mama dan Papa nak handle...Lynn memang excited nak menantikan majlis 25 Febuari nie...Tarikh pun Lynn yang pilih sebab nanti leh celebrate sekali birthday Mr. Hubby...Syok dan menjimatkan sebab tak perlu buat event lain...Betul tak...

Owhhh yer...Lupa plak nak tanya korang semua...Kalau diberi pilihan korang suka Lynn pilih warna apa untuk tema majlis nie nanti?




Cer pilih...Cer pilih...Hehehehe...

Tak lupa juga nak wish Selamat Hari Wilayah kepada semua warga wilayah peserkutuan...Seronok la korang ek hari nie cuti...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...