April 16, 2011

Panduan Sediakan EBM Untuk Baby

Assalamualaikum...

Hari nie Lynn nak share dengan korang semua tentang panduan menyediakan EBM untuk baby...Info nie Lynn dapat dari Facebook...Jadi meh kita share sama-sama kat blog nie yer...

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu.  Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.

Ikuti langkah-langkah berikut

Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk:
  • Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
  • Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit.  Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingin, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
  • Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian-bahagian yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
  • Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda.
Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer)
  • Turunkan beberapa botol (kut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku(freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairaan boleh berlaku secara perlahan-lahan.  Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
  • Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada petia sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah di atas.
TIPS PENTING
  • Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu).  
  • Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
  • Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi).  Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4 - 6 jam.
  • Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2 - 3 jam dan beri kepada bayi pada penyusun seterusnya.
  • Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula.  Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam(dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku.
TIDAK BOLEH 
  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan 
  • Sebab & alasan : susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencerakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...