December 27, 2010

Kurang Sihat Sket

Assalamualaikum dan salam ceria semua...Korang sihat ker hari nie? Syukur alhamdulillah kalau semuanya sihat-sihat belaka...Weekend baru nie Lynn x sihat sangat...Petang Jumaat Lynn diserang demam, batuk-batuk dan selsema...Nak tak nak berkunjung juga Lynn ke Klinik Siti Fatimah...Dapatkan nasihat doktor dan ubat yang sesuai untuk dimakan sebab Lynn kan preggy...Kalau tak preggy senang citer...Makan jer panadol dan ubat batuk Hurix atau Cap Ibu dan Anak tu...Insyaallah okey la nanti...

Sepanjang hari Sabtu Lynn duk berehat jer kat rumah...Nak online di rumah pun Lynn tak der mood...Almaklumlah badan tak berapa nak sihat...Mr. Hubby dan Qistina keluar berdua ke tempat kerja Mr. Hubby sebab pada hari tu ada urusan pengambilan telur ikan siakap di Teluk Jawa, Pasir Gudang...Jadi Lynn tinggal la sorang-sorang kat rumah...Memang rest jer la...Tak masak pun hari tu...Just makan apa yang ada jer...

Sehingga ke hari nie Lynn masih tak sihat sepenuhnya lagi...Cuma selsema dah berkurangan dan demam memang dah kebah la...Batuk-batuk plak makin menggila sekarang nie...Aduhai...Hari Jumaat lepas Lynn tak dapat plak ubat batuk sebab batuk tak kuat sangat...Doktor just bagi ubat sakit tekak jer...Tapi semalam makin menjadi-jadi plak batuk Lynn nie...Huhuhuhuhu...Nampak gayanya petang nanti kena la singgah sekejap ke Klinik Siti Fatimah beli ubat batuk yang sesuai untuk preggy mommies...

Hope sangat Lynn akan beransur sihat la yer...Lebih2 lagi Jumaat nie nak hantar Adik Finaz balik ke UiTM Merbok...Biarlah sihat fizikal dan mental hendaknya...Line internet di pejabat Lynn pun nampaknya macam tak berapa nak sihat sangat...Kadang2 okey kadang2 K.O...Lynn tak tahu la sempat ke tidak nak gier terjah blog korang semua macam kebiasaannya...Tapi kalau semuanya okey Lynn akan datang berkunjung yer kat blog korang...Okeylah...Sementara line tengah okey nie Lynn nak gie jalan-jalan blog korang...Adios...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...